Pages

21 August 2014

Edisi Realiti : Anak Terkunci Dalam Kereta

Selalu baca dalam paper pasal orang terkunci anak dalam kereta ni. Pastu pikir cemna la boleh terkunci kan. Tapi, bila jadi depan mata sendiri, ha, baru sedar, semua tu tak mustahil.

Petang semalam aku saksikan sendiri orang yg ter kunci anak dalam kereta.
Kisahnya petang smlm balik dari kerja (dalam 6.30 smpai rumah), kiterang decide naik tangga. Biasa naik lif, tp petang kan cam padat2 ngan orang amik anak semua kan, so, takpe lah. Kita naik tangga je. Tgkt 4 je pun kan. So, naik tgga hujung yg dekat ngan pintu rumah. Bawah rumah tu, mmg ada parking lot jugak.

Masa nak naik tangga tu, nampak sorang perempuan tgh duk nangis2. Asben tanya kenapa. Dia kata kereta ter lock. Kiterang pun cam oo...keta ter lock. Pastu dia kata, anak dia ada dalam tu. Aku terus 'hah! anak. Ya Allah'. Gigil kepala lutut jap.
Kira cam kiterang antara yg awal nampak lah. Ada sorang lagi brother tgh try korek2 tingkap belah pemandu.
Anak tu dalam umur 2 tahun camtu la. Kat tempat penumpang. Elok je dia berdiri. Tp ada nangis sesket. Mak dia mmg dah sedu sedan nangis nih. Cemna nih.
Aku suh myDH panggil guard dulu. Ye lah kan, pepehal ada guard senang. Nak mintak tolong ke apa ke kan.

Bila panggil guard abis la guard walkie-talkie guard lain.
Aku ni igt hammer je. Mmg pikir kena ketuk je cermin kereta ni.
Pastu bapak budak tu pun ada skali cuba nak bukak cermin tingkap sebelah pemandu. Kereta zaman sekarang yg siap semua safety features ni, igt mudah nak bukak gitu je. Kalau Wira ke Iswara lama dulu buleh la pakai kunci yg tarik tutup tu. Ni skrg dgn push start button lah, itu lah ini lah. Chemerah aku pun aku manade kunci manual. Kalau nak bukak guna kunci manual kena korek2 camna tah. Lagi susah je pulak.
Then, ada yg pergi call/panggil orang buat kunci ke pomen ke entah lah.
Mujo belum malam kan.

Lebih 20-30minit jugak la sementara nak tunggu tu. Orang dah mula ramai nih keliling. Ada yg suruh pecahkan je cermin, but, tak buleh la mandai kita kan. Tuan keta pun tak bagi izin lagi nak pecahkan lagi. Guard (supervisor ni, kira cam pakcik2) tu pulak kata, kalau dia nampak budak tu dah cam penat dan lemas, mmg dia pecahkan je.

Tetiba mak budak tu dah cam ilang punca. Suruh pecahkan je cermin. Pakcik guard  suruh aku tenangkan mak dia. Sbb kalau mak dia kelam kabut lagi anak nangis lagi teruk kan. Sbb aku antara yg awal, walau tak kenal dia, aku try la calm kan dia.. pujuk2 suruh doa apa semua. Dia pun terus attract anak dia dalam keta tu. 

Lps tu, cina pomen tu datang. Memula tak buleh nak masuk pulak kat gate. Pakcik guard tu siap g amik ngan motor kat gate depan. Haiyo. Dia datang je 'sori aa.. sori aa..' sambil sesengih. Alahai apek..cepat la bukak.
Like a hero, dia bukak dalam 5 minit je. Aaaaaa..... ni kalau curik keta sonang bebona nih. Aish.

Then selesai lah. Fuhh....

Wes, mmg gigil lutut aku, apatah lagi kalau mak dia kan. Tapi, kalau aku, takyah pikir panjang, kurang 5 minit aku suruh orang pecahkan je tingkap. Tak kesah la keta belum cukup setahun pun. Takpe. Duit tu lain cerita, ni nyawa anak. Lagi la orang susah nak dpt anak cam aku. Mmg no more bincang2 dah, no more tunggu2 dah. Yg penting anak tu dapat keluar.

Lps tu, mlm dapat berita ni pulak.
kredit : Metro
Ya Allah. Kebetulan betul. 
Tapi yang ni lagi kesian. 8 jam oke. Dalam keadaan panas semua.
Semoga syurga lah tempat anak ni.
Dugaan pada mak bapak dia. Semoga mereka bertabah.

Kalau dulu, bila baca cerita camni, aku mesti pikir cam tak logik tertinggal. Tapi lepas kejadian semalam, yg jadi depan mata aku, yg aku bantu tenangkan mak dia, mmg aku rasa aku tak boleh salahkan mak bapak. Cuai mungkin ya. Tapi, sapa yg giler sengaja lupa, sengaja biarkan anak. Ini ujian buat famili tu. Takziah dan Al-Fatihah.

5 juta komen

Assalamualaikum kekda.. seramnya baca. Allahurabbi. sian budak tu. benda dah jadi. memang kena alert kalau dah ada anak ni.. cemas sheila baca entri ni kak

sy baca berita tu tris teringat cite yg akak update kt sbb tu huhuhu...
dah ajalkan, terperangkap dalam kete 8jam tu jadi asbab je...
moga lebih berhati2 lagi pasni..
seriau dibuatnya

Anak saya pernah terkunci dlm kete jugak..kete terlock..kunci ada dalam n xde kunci spare...mmg panic..org dah kerumun..masa tu anak baru dalam 3-4 thn kot...

las solution mmg pecahkan cermin..pakai batu bata tepi jalan tu..balut tgn dgn tuala..mmg jadi pengajaran

Cikgu plak tu...
Sedih sgt..
Bnda ni asbab je..
Memang dah ajal dia cmtuh kan..
Semoga keluarga kita dilindungiNya

kereta yg mudah tertutup dgn lock sendiri ni kdg inilah risikonya.. sy baca pun ketaq lutu.. apatah lg akak yg kena tenangkan org tu..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign