Pages

18 August 2014

Selesai Yang Wajib Untuk Tahun Ini

Alhamdulillah.
Selesai pun menggantikan 'hutang' utk tahun ni.
Lega rasanya.
Seperti biasa. 6 hari. Dan tahun ni dapat selesaikan puasa ganti pada bulan Syawal.
Syukur rasanya.
Tp, aku tidak lah puasa direct 6 hari.
Sbb ada majlis hari raya lah, apa lah kat ofis kan.

Antara yg aku buat masa berbuka ni.
Tetiba teringin bubur nasik. Motip sangat rasanya sbb aku bukan suka makan menda lembik nih. Tak pernah buat. Eh. Pernah la sekali. Lps tu, masa lps operation tu mak mertua buatkan. Seminggu je aku buleh telan. Tu pun sket je. Curi2 makan ngan sambal tumis baru buleh masuk. Then, kak ipar aku buat lak. Eh. Cam bes je beliau buat. Makan lak ngan ikan bilis tumis kering tu kan. Kalau buat camtu, ikan bilis dia still rangup macam ikan bilis goreng biasa je. Meh ai bagi resepi ikan bilis tumis kering. Best makan ngan bubur ke, nasik pepanas ke, buat sahur ke. Mmg ngam ho.

Ikan Bilis Tumis Kering

Bahan-bahan
Ikan bilis
Cili blender
Bawang besar (potong dua - hiris separa bulat)
Garam.
Minyak.

Cara-cara.
Basuh ikan bilis - goreng kan. Lps dah garing, angkat dulu. Gunakan lebihan minyak goreng ikan bilis untuk menumis. Tapi, jangan banyak sgt minyak. Kurangkan sket. Masukkan cili blender. Kacau sampai agak garing. Masukkan bawang yg dah dihiris. Masuk garam (sket je sbb ikan bilis dah masin kan). Then baru lah masuk ikan bilis yg dah digoreng tu. Gaul rata. Dah siap. 

Bubur nasik tu aku masak guna rice cooker. Hurm. Lama gak nak masaknya. Tapi tak la sehazab nak tunggu kalau masak guna dapur biasa kan. Even guna induction pun lama. Maleh ah nak buat selalu bubur ni. Lambat.....

Lps tu, hari last puasa, makan chicken chop.

Ngeh. ngeh. ngeh.

Makanya, settle lah puasa yang wajib untuk tahun ni.
Dan buleh la kita buat puasa sunat pulak (bulan lain pulak la kot.. bulan Syawal ni takde dah la. Huhu).

http://eemoticons.net

3 juta komen

dulu masa belajar kt uitm siap bt bekal lagi ikan bilis tumis kering tu...sedap giler makan ngan ns panas2..hahahaha

KekDa..tanya skit?
Puasa ganti 6 hari yang KekDa dah settle buat tu disekalikan dengan puasa sunat syawal ke? :)

bubur?? sedappnya... sy okey jer.. tp suami suka ckp mcm mknan org sakit.. dia geng dgn amir jer ermm.. sy kalau dpt dgn ikan masin ikan ikan bilis gini mmg sedapp.. x pun kangkung goreng belacan sedappnya...

tahniah dah berjaya ganti puasa... senangkan dah ganti awal²..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign