Pages

8 August 2014

Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Tak perlu lah diceritakan kelebihan puasa enam di bulan Syawal ni kan.
Semua pun tahu.
Dan semua pun tahu, puasa enam ni puasa sunat. Buat dapat pahala, tak buat, tak la dapat dosa.
Begitu.

Cuma soalan sejak turun temurun - boleh ke gabung puasa ganti dan puasa sunat bulan Syawal?
Soalan ni mmg 'evergreen'.

Penerangan lanjut perkara ni, boleh baca kat sini :
Gabung puasa

Bagi aku simple je.
Buat yang wajib dulu.
Abis citer.
Yang wajib apa dia? Yang wajib puasa ganti kita lah.
Itu yang wajib.
Jadi, niat puasa ganti je. Kalau tinggal 6 hari, dapat la jugak pahala berpuasa dalam bulan Syawal. If lebih 6 hari, nak habis, habiskan terus. If not, sambung la bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan bulan2 lain. Boleh lagi.

Kalau berkesempatan dan rajin.
Buat puasa ganti, then sambung puasa sunat bulan Syawal.
Lagi lah berganda pahala nya kan.

Last year aku dapat buat puasa ganti dalam bulan Syawal.
Alhamdulillah lah. Itu lah pertama kali aku settle kan puasa ganti dalam bulan Syawal. Kalau tak, memanjang nya dah ujung2 tanjung, dah masuk Syaaban baru nak settle kan. Walau pun 6 hari cuma yg tinggalnya.. Huhu.

Jadi, tahun ni, nak cuba habis kan jugak.
Lega rasa bila dah habis nih.
Lps tu, nanti buleh buat puasa2 sunat yang lain.


3 juta komen

sama la..saya gitu gak..klu bleh nak abeslan ganti dlm bulan syawal ni jugak..4 ari lg ni huhu

KekDa, Yani ni puasa ganti untuk tahun ni x de....dapat puasa full. Tengah bajet nak start puasa 6 minggu depan....kena kuatkan semangat..huhu..tahniah ye kak, dah nak abis puasa 6 dah...dah boleh sambung raya!

buat awal2 senang,,,,
mood nak raya lagi
lepas abis puasa ganti & sunat 6
raya lagi meriah :-)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign