kredit : Here |
Which 1 yang uols prefer?
Travel agent (TA)? Atau travel by our own (DIY) ?
For me, utk melancong atau jalan2 berdua nih, aku prefer DIY.
Aku ni nak kata kaki "traveller" tu tidak lah. Tp siapa yg tak suka melancong, bukan? Kalau ada kelapangan dan ada rezeki, mesti la kita nak jalan jalan, tgk tmpt orang. Tp kadang bajet tight, hati nak bagai-bagai. Maka, utk meminimakan belanja, kita buat la travel secara DIY. Nak kata backpackers pun, tak berapa nak backpack sgt la. Ini antara pengalaman aku travel dalam dan luar negara secara DIY. Kalau takat Cameron ke Genting ke Langkawi ke takyah la DIY sangat namanya. Itu mmg kita dah mahir kan. Walau ada jugak la buat research sesket. Meh aku share experience 'DIY travel' aku.
Kalau ikutkan, kali pertama aku bercuti ke luar negara dgn kengkawan adalah ke Bandung. Tahun 2010 (semua cerita, bule refer : Bandung Trip). Masa ni nak kata DIY pun tidak juga. Sbb kat Bandung kami ada tour yg bawak kami dari satu tempat ke satu tempat. Lagipun, pergi reramai masa tu. Kawan kawan, makcik kawan kawan, kakak kawan kawan, kawan kakak kawan kawan. Haaa. Ramai kan. Tp itu lah kali pertama pergi dengan kawan kawan.
Bermula dari situ lah, aku mula mengorak langkah utk 'berani' ke tempat orang secara DIY.
Ha, begitu. Kadang aku sendiri macam tak percaya yg aku buleh 'gamble' gitu je. Member aku pun kata "ko mmg gamble je". Haha. Gamble lah. Tp kena full preparation kalau nak DIY travel nih.
Rombongan CikReen Ke Bandung |
Biasanya balik dari satu tempat, aku akan beli tiket ke tempat lain pulak.
Jadi, lps balik dari Bandung, aku beli tiket ke Sabah. Biasanya every January mmg aku jalan2 utk sambut post-wedding-anniversary celebration. Gitew. Sbb apa post? Sbb anniv aku bulan 12. Tahu sajalah bulan 12 tu cuti sekolah kan. Selain semua tmpat penuh dan ramai, mahal pulak tu harga hotel.
Jadi, seterus aku travel by our own - sememangnya hanya berdua - adalah ke Sabah. Atau secara spesifik ke Kundasang. Bulan Januari, tahun 2011. (cerita penuh : Kundasang). Walau negara sendiri, tetap lah kena buat 'homework' dulu. Kena refer blog2 orang dah pernah pergi. Carik info apa yg best. Mana penginapan yang best. Makan cemna. Tapi pergi negara sendiri takde la risau sgt. Sewa kereta - sesat pun buleh bertanya lagi. Dan kita pun takde rasa cam canggung ke. Bercakap pun bahasa sendiri kan.
Kan aku ckp, balik je dari bercuti mesti pikir2 nak pergi mana lagi kan. So, balik dari Sabah 'ter'beli pula tiket flight ke Hongkong. Masa tu, aku msg myDH tanya nak g HK tak. Tak terperanjat kawan tu, tetiba tanya nak pergi Hongkong. Ala, tahun 2011 tu tak berapa ramai lagi orang nak ke HK. Ada lah, tapi tak ramai. Sekarang, orang buat macam balik kampung pulak pergi HK tu kan. Beli tiket MAS bulan Mac, pergi bulan Oktober (cerita : Hongkong ). Ha, yg ni baru bebtul DIY ke negara orang. Dari carik info segala tempat menarik, cemna nak naik pengangkutan awam, nak stay hotel mana. Tapi, tak susah. Sekarang ada internet. Guna je lah. Aku byk refer dari forum CARI. Digabung dengan blog orang. Dengan bantuan google maps, lagi mudah kerja. Lps tu byk menda buleh beli online. Cam tiket nak masuk Disneyland ke (tp aku beli kat sana - sbb nak payung. Huhu). Memang la remeh pergi sendiri tanpa travel agent ni. Tp keseronokan dia tu lain macam tau. Contoh macam sebelum pergi kan kita dah carik2 info, lps tu tgk gmbr tmpt tu cantik, tmpt ni cantik, lps tu trus rasa tak sabar. Bila dah smpai kt tempat kita tgk tu - terus rasa cam syukur Alhamdulillah, ada jugak peluang tgk tmpt ni bebetul. Best kan. Kepuasan. Tu aku suka.
Disneyland, Hong Kong |
Balik dari HK, beli tiket pergi Krabi pulak. Pergi bulan Mei 2012. Huhu. Dah ada pengalaman kat HK, takkan Krabi nak guna travel agent. Hotel aku amik kat Groupon. Murah banyak kot. (citer : Krabi). Kat sana baru kita amik tour yg nak pergi pulau atau pun naik gajah bagai tu. Mmg best! Lps Krabi ni, kiterang ke Redang pulak. Bulan Julai 2012 (citer : Redang). Redang ni biasa la kan. Terengganu je kot. Dah kenapa nak ber TA bagai. Pergi sendiri je. Naik bas je dari KL. Yang ni mmg ala-ala backpackers sbb kiterang booking Redang je, pergi K.Terengganu nak tido, tak booking hotel. Lps tu ada sedikit renyah lah. Nxt time, better don't. Nak pergi memana, booking terus. Jangan nak backpackers sgt. Sbb aku, walau pun jenis yg boleh gamble takyah TA, tp aku nak well-organize. Kalau tidak, buleh jadi rungsing.
Krabi |
Bulan Januari 2014, kami naik cruise. Ini beli masa Matta Fair bulan Sept 2013. Cruise dari Penang-Phuket-Krabi-Penang je pun. 4 hari 3 malam. Yang ni mmg pengalaman super best. Cruise kot. Duk dalam kapal besar, tgh lautan. Menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Yg ni pun buat homework jugak. Eh, kenaaa... nak tahu kat mana nak parking kereta yg tinggal kat port, cemna keadaan dalam kapal, nak pergi mana kalau derang transit, makanan apa seme. Tp info pasal cruise sgt terhad. Jadi, aku dah cerita panjang lebar kat sini - Cruise
Superstar Libra Cruise |
Hint! |
Cuma, kalau bawak parents, bawak anak, mungkin susah la sket kan kalau nak DIY. Ye lah, kadang orang tua/bebudak ni tak sama ngan kita. Kita ni buleh je makan celah2 mana. Takkan kita nak susahkan derang cemtu. Kena la proper sket persediaannya. Ambik hotel best best sket. Yang ni kita tak boleh lah tight budget sgt. Kalau berdua - itu takpe.
Sbb tu kadang tu aku terpikir, Allah tak bagi aku rezeki anak sbb Dia nak tunaikan segala impian aku yg lelain ni dulu. Gi travel, gi jejalan. InsyaAllah, lepas ni ada rezeki anak. Dan kalau ada rezeki anak lagi best sbb nanti nak bawak anak pulak. Best! Tak sabar. Hehe.
Itu lah antara pengalaman aku travel secara DIY. Mostly mmg tak guna travel agent. Tp kalau nak gi umrah tu, kena la guna TA. Best sebenarnya travel sendiri ni. Kalau orang tanya kenapa nak travel sendiri? Jawapan dia kepuasan. Kepuasan dia mmg lain macam. Sbb tu ramai yg gamble takyah guna TA. Senang je - google - semua nya ada :)
2 juta komen
ke ostolia ke kak? hehe
saya nak kirim fm jek :P
ni entery berjela.. dah baca semalam.. tp lupe komen... pfttt ... sonoknya pg berjalan bebas tanpa agensi, ramai kate satu kepuasan.. tp mmg kena berdikari...
nak pg mane ni.. wah sakan.. kdg btl jgk apa yg allah aturkan adalah yg terbaikkan.. perancangan allah adalah yg sebaiknya.. yg penting usaha dan doa.. tgh pikir kekda nak pg mane ni.. ada bg hint² tak eh.. pg sydney ker?? hahaha .. bestnya... pg luar negara...
Terima kasih atas komen anda :)