Pages

19 August 2014

Masak Dan Makan

Aku takde la rajin nau masak. Cuma kekadang 'nampak' cam rajin kan. Datang jin malas aku, mmg APTB. Tak caya, tanya incik suami. Haha. 




So, dari balik kg lps raya tu ari, smpai last weekend, jin rajin aku datang merasuk. Tetiap hujung minggu masak yg special [special tu pada definisi aku lah. Bukan la yg special macam nasi beriyani, nasi mandy bagai. Yang simple je pun]. Bermula dari bihun sup tulang, lps tu rendang kerang lah, then last Saturday - laksa. Oh. Sebelum tu, kekuatan laksa terletak pada....

Ha kau, sana sini orang heboh bercakap pasal bunga kantan yg melambong harga nya. Aku pun tatau boleh ke tak buat laksa tanpa bunga kantan nih. Boleh mmg boleh, tp mungkin kurang lah aroma ke-laksa-an-nya tu agaknya. Agaknya lah kot. Aku pun tatau. Tak pernah tak taruk mendalah tu.

Minggu ni aku buat lebih sket la masak tu. If makan sendiri, setgh kilo ikan pun cukup. Ni sbb adik opis aku kata dia nak singgah sesambil beraya rumah orang lain yg area aku tu, aku buat la lebih. Beli ikan dalam sekilo setgh. Laksa 2 bungkus.

Sebenar aku pikir nak wat mi kari je kan. Pastu cam ada yg request nak laksa. Sokay lah. 

Carik ikan, bahan2 semua kat NSK Selayang. 1st time aku shopping kat NSK nih. Oke gak kan kalau nak carik ikan ke apa waktu malam ek kat situ. Dia bukan 24jam. Aku pergi lps maghrib.

Kat situ jumpa lah bunga kantan. Rega masuk akal jugak lah. Kira oke lah dari sebatang RM10 kan.

Dah alang-alang masak, aku jemput lah sesapa yg dekat. Takde open house bagai lah. Aku sendiri rasa rengsa dengan open house ni sbb rasa cam jalan sesak giler bila minggu2 raya nih. Nak nyampai dari satu tempat ke satu tempat pun berejam. Jadi, buat masa ni, kalau buleh elak, aku elak lah utk buat any occassion masa bulan Syawal. Kesian ke orang yg nak dtg pun berhempas pulas.

Tapi apa nak buat. Ini lah style urban beraya kan.

Tak dijemput taknak datang.
Even sebelah rumah yg buat pun, kalau tak jemput, kita rasa taknak datang.

Tapi, bila dijemput, pun tak datang jugak. Haha.

Aku kan, kadang tu, mmg ada rasa 'eh, dia tak jemput pun kite'. Tp sebenarnya tu hikmah bila orang tak jemput. Sbb memenuhi undangan adalah wajib. Lain lah uzur ke apa. Tapi, kadang kita ada rasa malas nak pergi, contoh cam jauh giler kot rumah orang tu, dgn jem lagi, terus cam tak nak pergi. Maka, lebih afdol tak dijemput. Biar lah. 
Aku ni kalau org update pasal open house ke apa, tp tak dijemput, aku lantakkan je. Lagi bagus. Tak kuasa nak kecik hati ke apa.

Takde la nak cakap 'eh, tak jemput?'
Nanti bila dia jemput, kau nak datang ke? Tak datang jugak kheeennnnn.. Biasa dah aku tu. 
Bila tak jemput, mintak dijemput, bila dah jemput, banyak lak alasan nya. Jadi, elok lah kita berlapang dada if orang tak menjemput. Mihihihihi.


As simple as that, sapa nak dtg rumah aku, datang je. Taknak datang, nak buat cemna. Lagipun, aku dah segan jugak nak ajak orang datang rumah musim raya kali ni, sbb guard tak bagi kereta pelawat masuk. Bodoh gile sykt guard yg nih. Dulu oke je bagi masuk. Menyusahkan orang pulak nak carik paking, lps tu menapak nak gi umah aku. Sbb orang ramai sgt buat open house, dia tak bagi masuk. Nanti la nak report kat management.


Eh. Aku nak citer pasal apa sebenarnya nih ha?
Haha.



Dah la. Minggu ni tatau nak masak apa.
Tapi, tghari ada jemputan wedding. Lps tu umah adik unit aku ni buat kenduri akikah anak dia. Walau nampak 2 je tempat nak pergi, aku kena prepare mental n fizikal utk duduk dalam jem. Kompom punya lah. Sbb tmpt aku nak pergi tu, mmg tmpt yg meriah dgn jem nya. Jadi, tempat2 lain, mmg tak mampu lah. Cakap sesiang nih. Malam, JMB rumah aku buat jamuan raya. Ini best pergi  ni. Last year memacam makanan yg best. Siap ada lucky draw yg memang aku takkan lucky punya. Huhu.

Oh. Kawan lama aku kata nak dtg petang Sabtu tu. Ready spegeti je lah. If dia jadi datang, masak. If tak datang, bule simpan buat lenkali.  

2 juta komen

jumpa setahun sekali
wajibla dtg bila dijemput
jgn serik jemput su lg ya :-)


terima kasih sudi jemput rin dtg ye

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign