Pages

13 August 2014

Kisah Payung

Aku lupa nak buat entry pasal ni.
Haha.
Payung yang mengundang kontroversi neh.
Payung apa lagi kalau bukan payung Petronas.

Ni cop masa nak penuh kad pertama

Kami takde la pergi jauh nau. Takat KL - Raub - Kuala Lipis - KL - Perak.
Kad pertama abis kat Raub. Raya kedua. Cop pertama (4 cop) dapat hari Sabtu, sblm raya tu (aku igt sbb masa tu, asben sembang ngan orang dari Shah Alam yg nak balik Tganu, tp terpaksa patah balik sbb jammed nak masuk hway Karak yg teruk hari Sabtu tu). Nak redeem kat stesen Raub masa dah dpt semua. Takde stok katanya.

Masuk kad kedua.
Masa ni kat Perak dah kot kalau tak silap. Raya ke 4.
Lps tu nak redeem lah yg kad satu tu. Pun nan hado.
Taiping takde. Sungai Siput pun takde (raya ke 6).

Balik tu tanya kat KL pulak. Pun takde. Takde. Takde dan takde.

Bila aku post kat FB, ramai respond kata tak dapat jugak.
Dalam ramai2 tu, ada sorang je kata dapat.
Tgk kat FB Petronas lak.

Ramai dah bising.
Makna, ramai yang tak dapat, dari dapat.
Then yg terbaru, ada member kata dia dapat 2 payung dah. Katanya menda free kena lah cepat.
Cepat tak cepat. Takkan kita nak bertunggu tangga kat stesen minyak tu kot.
Tak kuasa la haih.

Husband tanya kat orang Petronas, katanya sehari derang dpt 2 kotak.
Satu kotak ada dalam 28 kaki payung camtu la org tu kata.
Jadi, pikir sendiri lah berapa orang customer je dapat. Tu pun naseb kut time tu pi isi minyak, then payung tu ada. If not, kau sanggup nak tggu? Kuasa la haih. 

Kisahnya, aku rasa customer pun tak hadap la payung ni sangat.
But, dah buat promo kan. Kita pun cuba lah nak dapatkan.

Memang lah kalau bawak kes ni kita tak menang apa, sbb dia dah tulis "sementara stok masih ada".
But, kalau rata2 tak dapat, apa kes?
Aku baca kat FB Petronas tu, owner stesen Petronas pun dah bising sbb derang kena marah dengan customer. Pastu derang suh call Petronas. Which, mmg my husband dah buat. Call nombor toll free tu, siap sistem komputer derang yg cakap kata payung tu takde stok ke camna tah. Susah nak dpt ckp ngan operator. 

Cemni lah. Next time jangan buat promo camni. Buat cam lucky draw yg derang buat dulu.
Kumpul cop, tulis detail, masuk kotak.
Yang tu kita pun takde la terasa sangat kan.
Atau, takyah buat payung. Buat pelbagai menda lain. Key chain ke, pen ke, pensel ke, air mineral ke. Abis2 buku nota. Tu kalau nak buat sangat la gift bagi kat customer.

Yang paling senang - takyah buat. Simple. Takde promo pun orang isi jugak minyak situ. Jadi, takde masalah kan.

p/s : Pergi la tgk kat FB Petronas. Mmg klaka. Komen2 pun dah jadi lawak. Asal Petronas up gmbr sure orang cakap pasal payung. Termasuk aku. Muahaha.
Ala payung..ketipang payung...

4 juta komen

btul, tak mampu handle promo, xyah buat..klu nak buat jugak pastikan payungnya banyakkkkk hahah

Sejak hilang kad MESRA Petronas aritu, terus malas nak kutip point dan join promo Petronas bagai....nasib baik bila beremel dengan Careline MESRA untuk terminate kad, dia layan baik...

mmg buat sakit hati je kan.. kadang mcm amik kesempatan pun iye jugak.. mentang² raya bnyk isi minyak... nak pilih isi kat dia org, buat promo gini sdhnya stok terhad... buat cr gado jer huhuhuhu

penah baca dalm blog mana ntah
bukan nak tuduh..
mgkn jugak pekerja petronas yang sorok..hehehe
opspsss

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign