Pages

15 August 2014

Kerang Dan Cucur Ikan Bilis

Last weekend.
Tetiba cam teringin nak buat rendang kerang.
Sbb ada baca citer raya orang, ada buat rendang kerang.
Cam bes je nih...

Maka, beli 3kg kerang (siap kulit la kan, byk mana je pun dapat) 
1kg kite bakar, then 2kg kite rendang kan.
Bakar tu simple ja. Basuh bersih2. Gaulkan dengan pes ikan bakar adabi. Perap dalam 10minit. Then, bakar. Gitu je. Dalam 15minit camtu, dah ada kerang yg masak. Settle.

Yang bakar ni, sekali hadap je kami laki bini ratah.
Call mak, mak kata, nati dapat darah tinggi  baru tahu. Huhu.



Yang rendang, makan ngan ketupat segera.

Dari tghari sampai ke malam makan tu je. Huhu.
Aku buat rendang pedas Perak style je. Mudah dan simple.
Cuma aku tak kacau sgt masa atas api tu, tetau macam nak hangus je.


Lps tu ada buat cucur jagung. Ni bila entah. Tak ingat dah. Bukan la jagung sangat. Tapi ada buh ikan bilis, daun kucai, toge, bawang. Aku jarang sebenarnya buat cucur bagai nih. Entah. Rasa cam tak reti je nak agak2 sukatan tepung air tu. Tapi, bila dah try, eh, cam bes pulak. Pastu buat rangup2. Best nyehhh.. cicah ngan sos pun dah oke.

Cara aku senang je.
Bahan-bahan :
Tepung gandum
Air
Serbuk kunyit
Bawang besar (hiris)
Ikan bilis/udang
Tauge
Daun kucai
Jagung (kalau ada, takde pun takpe)
Kiub ikan bilis (sedikit sahaja)
Garam
Serbuk baking powder

Cara-cara :
Bancuh tepung dengan air. Agak2 la. Tak pekat, tak cair sangat. Taruk serbuk kunyit. Agak2 jugak, napak kuning tu oke la. Jangan kuning sgt pulak. Tak cantik nanti. Masukkan sedikit baking powder (setgh sudu kecil kalau buat secawan tepung).
Letak secubit dua garam. Sedikit kiub ikan bilis (aku hiris sket je dengan pisau).
Gaul sebati.
Masuk la bahan2 yang digemari.
Cam aku buat - aku taruk bawang, ikan bilis, daun kucai, tauge dan jagung.
Then, panaskan minyak.
Biarkan minyak panas bebetul, then amik sesudu besar minyak yang panas tu, campur dalam adunan tepung (petua ni akak ofis aku yg terer masak bagi. Katanya nak bagi cucur tu rangup. Boleh jugak buat utk goreng pisang etc).
Dah gaul rata, boleh la masukkan adunan dalam kuali.
Guna sudu boleh, guna acuan apa pun buleh.

Jadi, begitu lah.
Minggu ni rasa cam nak buat lagi. Suka la pulak. Makan pepanas rangup2 tu.
Sapa nak merasa, singgah la rumah.
Ai goreng kan. Sap sap sui ja.

p/s : Hari Sabtu ni InsyaAllah, buat mi kari. Jemput lah singgah sesapa yg berhampiran tu. Petang la. Pagi ai nak gi facial dulu. Hihi. :D

4 juta komen

tak penah makan tau rendang kerang
teringin jugak nak rasa

Assalamualaikum kekda. hmm sedapnya kerang. lama tak makan. petua tu pun mak ajar sheila. hahah tapi jarang sekali buat kecuali masa buat karipap. hehehe

kekda,,,,kerang pemanggang ajaib tu nampak best

Oo...boleh eh pakai pes ikan bakar adabi untuk buat kerang bakar? Dalam peti ais belambak pes ikan bakar adabi ni arwah mak suka suruh Yani beli dulu.....bleh arr guna untuk try resepi kerang bakar KekDa ni..thanks kak!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign