Pages

5 August 2014

Hari Raya 1435H

Salam Aidilfitri.
Alah, kita buat entry raya tros lah yer. Bakpe nak simpan2. Tgh tak busy nau nih. Sok sok waran perjawatan dapat, mmg nahas la busy nyer.

Pre-raya.
Aiols kan cuti awal. Start 24hb Julai. Hari Khamis. Kenapa? Saja. Huhu. Kasik rest jap. Tenangkan pikiran. Cewah!
Hari Sabtu tu family abgcik datang rumah. Kiterang ada program meronda jalan TAR mlm tu. Ha kauuu. Aku pun rasanya lama giler kot tak jejak jalan TAR tu. Samada ke pasar malam dia mahupun yg masa bulan puasa tu. Mmg tak la. Tp reramai nih, sokay lah. Pergi naik chemerah sebijik je. Sbb abang malas nak bawak kereta, nati satu dapat parking, satu lagi tak. So, berhimpit la kau 7 orang dalam tu. Huhu. Abg aku siap buat lakonan muka kesian if kena tahan ngan polis sbb naik beramai2 dalam keta. "kesian la kami incik..kami datang dari kampung nak merasa pergi jalan TAR" Ye lah. Polis pun tak heran. Orang punya la ramai smpai parking melata2 panjat tembok tepi jalan tu. Seriau nengoknya. Luckily us, dpt parking yg semenggah jugak la dkt area Dang Wangi tu.

Siang Sabtu tu kan jem teruk, pikir semua orang dah balik kg la. Ni aku amik gmbr dari balkoni rumah. Mmg tak pernah tgk DUKE jem sebegitu rupa. Macam tak bergerak kereta. Kesian sungguh mereka. Ni semua pakat nak balik ke Pantai Timur lah ni. Teruk betul jem dia.

Mau nyer... ramai jugek. Takde la sempat nak tgk apa dah. Just beli jubah. Murah. 3 pasang RM100. Share la akak ipar aku ngan anak dia n sepasang utk aku. Lelain, mmg takde la.
Lps tu dah settle nak pergi makan kat mamak. Buleh pulak masa nak lintas jalan aku lembik lutut. Muahahah. Ini mmg lawak. Dah terduduk aku kat tgh jalan. Tp bukan la tgh jalan betul. Cam atas divider tu. Nak paut kat laki aku, tp entah, cam nak terjatuh jugak. Jatuh la. Serembat seradong la kau kat tgh jalan tu jawabnya. Haih (T_____T).

Tahun ni kami sengaja nak malam raya kat KL. Sebab.. saja lah. Nak merasa cemna rasanya malam raya di KL. Seumur hidup aku, ini kali pertama aku tak balik kg lagi malam raya. Mula ingat nak round2 KL. Lps tu rasa cam.. ah, malas. Tak payah. Tido jelah. Tapi, dentuman meriam (ye meriam, bukan mercun mahupun bunga api ye) mmg meriah tatau smpai kul brapa abis. Kesimpulannya - takyah la nak malam raya kat KL sangat. Tak best pun. Mmg tak best! Yang best sbb cingelat la tak payah nak buat banyak kerja. Hoho.

Hari Raya.
Lps solat raya baru gerak balik ke Raub. Banyak la jugak kereta, tp smooth je perjalanan.
Smpai Raub, mak mentua n mak2 sedara tgh buat ketupat palas.
Makan2 jap. Pastu ketiduran dalam kepanasan. Panas nau weh hari raya pertama tu. Tak buleh nak kata apa dah. Walau kampung dikelilingi pokok. Tetap panas tahap mengelupas bibir.

Raya kedua.
Raub - Kuala Lipis - Kuala Lumpur.
Beraya rumah mak sedara asben belah ayah dia pulak. Dalam petang tu gerak balik KL.
Ha. Ni mmg jem sket dari pekan Bentong. Masuk tol Bentong pun jem.
Ni kat rumah sedara kat Lipis. Felda Sg. Ular kalau tak silap.


Raya ketiga.

Kuala Lumpur - Perak.
Memula janji nak konvoi ngan abgcik sbb dia ada kat Kuang. Umah mertua dia. Tp dia mana buleh nak tunggu2 bagai. So, suh dia gerak dulu. Kiterang lambat sbb nak beli bahan2 buat sotong kangkung, buat siakap stim n stimboat. Petang tu siap2 masak siakap stim n stimboat. Perasa tomyam. Makan ngan mi yg cam maggi tu (tp bukan megi, dia mi je. Brand Cintan. Oke gak. Tak oily). Kakcik buat sotong kangkung. Makan tu je lah. Pun sodap! Aku rasa, signature dish aku skrg ada lah siakap stim (-_-"). Lps tu buat air epal + limau kasturi + asam boi. Pergh. Masam hoi.

Raya keempat.
Plan asal nak ke Penang. Tak jadi. Sbb lewat ah gerak. Tahu je lah. Nak masuk bilik air pun beratur. Tu tak kira kes nak ter berry bagai sbb minum air masam2, tomyam bagai malam tu kan. Lps sorang - sorang masuk bilik air. Jadi, ke Taiping je. Rumah akak aku. Dia tak sehat. Jadi, dia tak balik beraya kt kampung. Anak buah aku (anak akak aku) masak spegeti n bihun goreng. Lepak rumah dia smpai petang. On d way balik singgah umah mak sedara kat K.Kangsar.

Raya kelima.
Ma kazen datang beraya. Lepak2, sembang2 smpai dia lunch kat rumah. Oke la. Punya berjanji nak jumpa dari KL tak jumpa2. So, jumpa kat kampung saja.

Raya keenam.
Perak - Kuala Lumpur.
Balik la weh. Bawak anak buah aku gak balik skali. Dia transit tido semalam before gerak ke Melaka pulak esuknya tu.

Raya ketujuh.
Lepak rumah. Masak bihun sup tulang.

Jadi,
begitu lah.
Raya tahun ni disambut sederhana je.
Kami pun takde la baju raya bagai2 pun. Simple je. Sepasang yg sama sedondon masa raya pertama. Pastu ikut suka la. Ada la gak baju baru, cuma bukan utk raya pun benarnya. Nak pakai g ofis je.
Dan tahun ni, takde pun orang sebuk2 tanya pasal anak (mungkin tak byk g beraya pun, jd tak jumpa ramai orang). Mak sedara aku pulak mendoakan aku ada rezeki anak tahun depan. Insyaallah. Mekasih Mak Wan. 
Tapi, seriyes rasa tak best btul bila pergi beraya takde budak kecik kan. Cam masa aku beraya kat Pahang tu, pergi rumah orang mmg ramai2 tp ada kazen pun semua dah besar2. Semua pun tak bawak budak kecik. Rasa takde penyeri. Ah. Tak kira, tahun depan mesti ada nih. Mestiii.... muahahaha (apa, ingat kereta ke buleh beli gitu gitu je).

Akhir kata, selamat hari raya dari saya, puanstoberi :)

Maaf zahir batin (takde kosongkosong ya. Nak mintak maaf, mintak maaf bebetul).
Gambar sedondon ke, sefamili ke, exklusif hanya di instagram. Hahaha. Eksklusif la sangatttt.... 

5 juta komen

okeh, nnt terjah ig tgk gambo raya ;)
selamat hari raya kak!
btul sederhana je thn ni..anak je hepi hehe

Samalah gambar raya bnyk kat ig yes eksklusif kat ig hahaha ... kat blog pun ikut mood cerita hihihi ... kiranya puan stoberi raya ni raya jadual penuh lah yer... aminnn moga termakbul doa mak sedara dan akak yer..

Selamat Hari Raya kekda.. maaf zahir & batin..

Zana jugak tak update2 citer raya.. kang dah habis raya baru terkedek2 nak update.. hihihihi.. :)

Salam Raya Aidilfitri KekDa.....jauh berjalan raya kali ni? Huhuhu....kagum2!

Seronok blogwalking dan baca entri kawan-kawan edisi raya ni...semuanya positif-positif belaka, kan?

Selamat Hari Raya Reen, maaf zahir batin... orang pun dah x tanya sangat i sbb dah lama kot...malas dah nak tanya. hihihihi...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign