Pages

6 May 2014

Misi Mencari Rak Di Dapur

Ada ada je kan aku ni.
Now nak carik rak lagi.
Tu hari nak carik rak letak kat bilik. Yang aku buat entry masalah penstoran tu

Rak di cari, lain yg dapat bila pergi Perfect Living.
Ada diceritakan di sini.
Hurm. Dah sebulan lebih tak sampai2 lagi ni.
Pacitaaaaa?? Ke nak tunggu aku menyinga dulu. Haih.
Dah siap pun, tapi bila suruh hantar hari Sabtu, ada je alasan. Lori takde lah apa lah. Eh. Sebijik je ke lori kau? Tu hari aku dah kata, rumah aku tu tak boleh hantar hari Ahad/Public Holiday. Pastu kena waktu bekerja sahaja. Dia duk kata boleh boleh. Now?? Menyusahkan betul. Tunggu la.. aku emel kat Perfect Living baru kau tahu. Dah tak boleh masuk pameran dia nanti.

Oke. Oke. Rilek. Kau ni, asyik nak menyinga je kerja nya dah kenapa? PMS kah?

Now, misi lain pulak.
Nak carik rak macam ni.
(Disclaimer - semua gambar dari google bila taip 'kitchen rack' / 'wire rack' / 'ikea softwood shelf' )

Yang ni bes, tapi tak tahu lah muat atau tidak ruang yang aku nak letak tu.
Aku ni memacam menda aku nak beli, tak sedar ruang dapur tu sekangkang semut cuma. Berangan macam rumah banglo 2 tingkat kekdahnya.


Ini pun bes jugak. Dan comel pulak tu. Tapi aku rasa tak tahan beban berat ni.

Ha, ni paling sesuai. Kalau jumpa yang ni mmg aku terus beli. Nak sangat. Sangat.
Tapi kat mana nak carik.
Nampak web dia macam kat cina je.

Ni mmg sebijik cara aku nak letak.
Sebelah peti ais.
Lps tu pulak muat microwave. Sekarang ni microwave aku aku buh dalam kabinet sbb takde ruang dan oleh itu, mmg aku tak guna langsung dah la microwave tu. Mujo orang bagi (hadiah kawen), kalau beli sendiri, dah lama aku jual. Haha.


Tapi, kalau tak jumpa cam atas tu, yang gini pun oke lah.
Ni aku tahu kat mana nak carik.
Ikea je.
Namanya GORM - shelving unit, softwood.
Cumanya, tahan lama ke softwood ni. Nak letak kat dapur pulak tu kan.
Kena carik tahan lasak sket lah.

Takpe. Kita carik yg steel rack dulu.
Lps tu kalau dah terpaksa sgt - amik je lah yg IKEA punya tu.
Mmg masalah penstoran betul haku ni.

Geram je rasa.
Dah buang2 pun, still banyak.

Ni almari aku bila nak sampai ni Pahhhhh.....??

4 juta komen

Eka pun punya masalah yg sama.penstoran,organizing,dan sewaktu dgnnya...salu tgk blog akkak ni


http://kebuncintasaya.blogspot.com/2013/04/ibu-tolong-ambilkan-cawan.html


Sumpah rajin gile.tah bila dpt buat camtu.siap label tu

saya cari rak nak letak kat stor huhuhuhu.. dapur dah ade kabinet cukuplah .. mcm sesuai jer yg gambar pertama tu letak kat stor ..

Syok kan kalau boleh beli rak idaman, dan susun atur sendiri barang2 dapur..
Yg rak 1st tu best, kita leh nampak apa yg da habis apa yang ada lagi ;D

rak yg 1st tu kan.. pernah beli kt giant... dlm 200rm camtu.. kuat gak rak tu.. sbb sarip susun barang2 enjin yg berat2 kt bilik die... tp aritu beli yg besar...
yg ikea tu.. klu skru kn ke dinding kuat sikit la kot.. klu x... mcm x kuat je...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign