PP Bilangan 21 Tahun 2009 - Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan
Bagi penjawat2 awam, at least kena tau lah apa kemudahan perubatan yg kita boleh dapat. Takkan nak harap HR je kan..kadang2 kami di HR ni pun ada juga terlepas pandang [yerp.. tuan kebun stoberi pun jaga HR - perjawatan, tatatertib, personel].
Sebenarnya aku keluarkan pekeliling ni sbb senang nak refer utk case aku lah.
Dalam ni mmg ada disebutkan utk rawatan infertility.
Taknak sebut yg melayu punya sbb sayu benar bunyinya :(
At least, dia letak 'rawatan kesuburan' pun dah oke kan.
Takpe lah yg itu. Yg penting isi kandungannnya.
Tapi..hanya di LPPKN saja ya.
Claim tu bermaksud, bayar lah dulu. Nati claim.
If takmau bayar dulu pun boleh... tp kat spital kerajaan je lah.
Jadi,
as a govt servant, gunakanlah kemudahan yg ada.
Aku dlu pun mmg start dari LPPKN.
Cuma.. aku ni kan macam macam. Elok2 dah kat sana, byk la alasan nak lengah2 kan. (LPPKN agak laju yer.. aku retu mmg da boleh proceed IUI, tp aku saja taknak buat dulu. Alasan..nak g HK. Pastu terus malas..jgn diikut perangai haku nih).
Tapi... oleh kerana, perangai macam macam ni lah, taktau cemna ter pegi ke klinik swasta plak.
Ha...kau tanggung sendiri lah di situ kan. Haha.
Klinik swasta mmg absolutely cannot claim yer. Toksah memandai.
Unless disahkan oleh KKM rawatan tu tidak dapat disediakan oleh hospital/klinik kerajaan.
Cam aku buat laparoskopi tu ari.. mmg boleh buat kat spital govt. Jadi, toksah memandai plak gi kat HR, pastu cakap - cik.. sy nak claim wat saya operation kat klinik Doc Hamid tu ari. Mana boleh bhaiii....
Semua rawatan infertility ni pun boleh buat kat govt.
Cuma skrg, aku tgh pikir pikir.
Aku akan proceed dulu ngan Doc Hamid. Sbb akan sambung treatment dengan ubat ubat plak lepas ni [da buat appmt. Next week].
Tapi... lps tu dia jugak akan suggest IUI [if tak berjaya lagi lah].
So, aku rasa aku nak buat IUI dgn spital kerajaan.
Nak gi balik bukak rekod kat LPPKN aku dah takut. Sbb retu dah bukak fail, pastu da lupus pun (lps 2 thn tak aktif, dia lupus. Ini mmg org LPPKN gitau bila aku call tu ari). Pastu nak bukak balik. Ada kena maki kang. Takuittt.. Haha.
So, cena? Tau, HKL mmg la lambat, tp takpe lah.
Manatau ada rezeki, Insyaallah cepat.
Aku ada gak sembang ngan staff kat cawangan tu ari. Kawan tu siap buat 2x dah IUI. Kat GH Negeri je. Senang kot.. Buat kat Ipoh kang tau la.. Haha.
Pening kan.
Tu lah..begini lah nasib TTCian. Nak wat cemana. Insan terpilih je dapat melalui semua ni. Allah mungkin nak aku terus berdoa, sbb dgn cara tu aku makin rapat denganNya. Mungkin Dia takut aku terleka kalau semuanya serba sempurna. Allah Maha Mengetahui. Sepertimana aku up status kat FB tu ari - lain orang lain cara Allah turunkan rezeki. Mungkin aku lambat utk terima rezeki anak ni, tp ada byk lagi rezeki lain yg Allah bagi. Alhamdulillah......
Jadi, redha... itu lah key wordnya.
Takpe.. sebarkan aura positif je. Insyaallah, semua pun oke :)
Pic kredit : Here
p/s : Memang kami TTC'ian ni sedang bersabar.. kalo tak sabar lama dah kot tersasar dari landasan. Takat ni aku pasti, aku dan rakan2 yg lain memang bersabar, jadi tak perlu kut kalo nak kata 'bersabar la...'.
Ce bagi kata semangat lain sket.. selain bersabar la... bersabar la... oke..
good... love u olss (",)
Terima kasih atas komen anda :)