Pages

18 September 2013

Edisi Skincare : Dermagic SimplySiti

Ni gmbr aku share kat instagram tu ari.
Bukan aku punya gmbr, tp dari FB Simplysiti.
Tapi... mmg ini lah skincare yg aku guna skrg. Aku mmg guna skincare begini je. Yg mudah didapati di Watson cuma.. tidak lah smpai ke kaunter seperti SK2 ke, Clinique ke.. ukur baju badan sendiri sudah. Hohoi. Hohoi.

Dulu aku guna Loreal, pastu tukar ini.
Lama dah aku guna. Setahun lebih kot.

Nak buat review tu cam tak perlu lah kan.
Sbb lain orang, lain resultnya.
Cam kulit aku ni, bukan kulit sensitif dan tidak berminyak. Jadi kau pakai apa pun boleh. Agaknya sental ngan sabun kapak tu pun boleh kot (tahu dak sabun kapak? Ala, sabun kaler coklat, bentuk 4 segi, keras. Buat basuh kain. Sbb apa panggil sabun kapak? sbb dpn dia ada gmbr org tgh mengapak. Haha)
Kalo balik kg, tk bawak pencuci muka tu, aku npk mak aku punya Safi Rania, pakai je. Nampak kak ipar aku punya Fair n Lovely, boleh je. Takde masalah. Kulit setebal kulit buaya mungkin. Haha. Tapi, aku bersyukur jugak lah dapat kulit yg tak banyak ragam ni walau aku ni tak suka makan sayur mayur dan kurang minum air (duluuuu... skrg tidak lagi). Tapi masa muda remaja mmg la ada poblem sket kan. Maklum la..jerawat masa bercinta.. Kuikuikui.. tu yg buat ada gak kesan2 tu. Tapi skang dah remaja kertu, takkan nak jerawat bagai lagi kot...

Aku pakai tetiga tu. Cuma, yg BB cream aku still pakai yg C Bright punya (kaler putih). Biar abis dulu, nati baru beli yg BB Cream Dermagic. Pastu serum2 segala tu aku tak pakai pun. Sbb aku pernah la beli yg krim utk mata tu (masa tu yg loreal punya). Konon tak bagi napak kesan2 penuaan lah kan.. sekali dua je aku pakai..lps tu terbiar sepi..dah bertahun.. masuk tong sampah. Ha.. aku ni mmg malas lah kalo menda2 tu jadi supplementary. Kalo basic je, then should be oke. Ni nak bertepek itu ini lagi.. eihh..kuwasa. Krim malam pun camtu. Mmg takkan pakai punya. Wat rugi je. 

Cuma satu lah yg bes Dermagic ni. Dia punya toner tu mmg bes. Sejuk je muka. Lps cuci muka, terus buh toner, pastu taruk moisturizer. Mmg sejuk je. 
Iklan dia kurangkan stress kan? Entah ek. Tidak la aku ketahuan, tp mungkin sbb jadi sejuk je.. kita jadi calm jugak lah. Cam nak gi kerja tu kan.. keluar rumah, kadang pepagi kena angin sepoi2 bahasa dari kejauhan Genting Highland tu cam sejuk je muka. Bes!

Oke. Nati nak gi cuci2 mata tgk produk lain kat web dia. Aku tak pernah lagi beli online ni. Tgk lagi murah, tapi postage mesti ada tu. Takpe. Beli kat Watson je lah. Bule kumpul point. Hihihiw.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign