Pages

9 September 2013

Edisi Matta Fair Sept 2013


Saja pegi. Jalan2 meramaikan umat dalam pwtc tu. Aku g ari Sabtu. 
Huimakkk... ramai bebeno kome.. ingat kot dah bising2 kat FB rega minyak naik... rega barang naik.. takde la ramai orang dah. Idak juga... sama je cam yg sebelum2 ni. Malah lagi ramaiiii... pfttt...
Oh. Lupa. Yg bebising kat FB tu bising bagi pihak orang lain yer. Bagi pihak derang, derang mampu. Kuikuikui *gelak tutup mulut*

Biasa kalo ada event kat pwtc kiterang parking kat hentian putra tu.
Tp kali ni da agak lewat. Kul 11 (sbb sblm tu g joging kat TTwangsa. Hikhik).
Mmg tau takkan hado nyer parking.
Jadi, mari lah kita naik tren. Alah, 2 stesen je pun. Tapi kalo ikut kos, better bawa kereta je. Sbb kalo naik tren : kos parking - 3 ringgit. Kos tren sorang pergi balik : RM2.80 x 2 = RM5.60. Jadi total cost kalo naik tren RM8.60. Kalo naik kereta, parking situ..berapa ah.. 3ringgit ke. Tah. Tak ingat, tp kurang la 8 ringgit tu. Amboi..berkira. Eh. Harus lah..kata rega minyak naik, harus kira every single cent. Kuikuikui *sekali lagi gelak tutup mulut*

Tapi, naik tren mudah. Trus je jalan guna laluan flyover atas tu. Trus masuk pwtc. Register. 4 hinggit sorang. Dapat beg kaler itam.
Aku sebenanya nak dtg sbb nak carik pakej umrah kalo ada yg bes bes. Ada plan la nak gi ngan mak kalo mak sihat. Lps tu plan saja nak tgk kot2 ada hotel murah2 utk 5th anniversary. Dalam pala ni pikir Philea Melaka and Avilion, PD (Grand Lexis dah pegi, takyah tgk). Takpun Pangkor.

Aku tak pergi Matta Fair yg bulan 3 sbb kalo bln 3 punya dia tak smpai ke date anniversary aku. Biasa kiterang celebrate anniversary bulan Januari walo exact date is on 13 December. Cuti skola bhaiii.. tak sanggup aku nak bersesak nak join orang ada anak bercuti. Lets derang yg have fun dulu, takyah menambahkan sesak. Pastu bulan 1, dah reda..da seme orang g skolah, baru kita celebrate. Lagi bes gitew. Jadi, yg bulan 9 punya Matta Fair ni mmg sesuai la sbb due date utk booking rata2 until March,2014.

Sbb dia punya jalan kena masuk tpt international dulu, pastu turun domestik, pastu tpt travel agent jadi, cam kena pegi la seme tmpt tu dulu. Dah kena pegi 2 round. 1st round tgk tgk dulu. Pastu naik balik, kali kedua baru cam aaa.. mari carik. Tgk Malindo Air. Eh. Cam bes. Tiket g Langkawi RM49 cuma (one way). Kalo return, 2 pax dalam 200 gitu. Murah. Siap carik date dah nih. Duk tepi, diskas ngan myDH. Tiket 2ratus, otel pun dalam 2ratus, makan minum dan shopping. Sbb nak g Langkawi ni mmg nak duk 1nite utk beli pinggan je. Haha. Jadi, kena ready dalam 1k tp dpt soping dlm 6ratus saja. Baik beli sini ja. Huhu.

Jalan2 lagi. Tersinggah satu booth.
Eh. Macam bes. Tanya tanya.
Pastu carik tpt utk berpikir.
Smbil berpikir tu dtg la orang duk propose vacation club la apa la.
Haih..org tgh kira untung rugi ni, dia seboookkk la plakkk.. Biar laki aku layan, aku duk pikir kalau gini, oke tak?..kalo gitu oke tak?
So, dalam tempoh singkat. Tak smpai 15minit pun kot. Kiterang wat decision.
Giler ah. Ye lah.. kalo masuk free tak pe gak esuknya datang lagi cam pesta buku tu.
Ini, masuk bayo wey. Kang sekali lagi aku kira segala kos tu kang. Haha.

Ingat senang nak buat keputusan?
Takut jadi cam yg burnt tiket ke Vietnam bulan Januari tu hari.
Sudah la melibatkan jumlah yg besar (pd kategori kami ni lah). Tapi ni boleh refund. Ada la TnC dia. At least, dpt gak dari burnt semua. Tapi harap2 jadi lah. Aku doa mak sihat. Itu yg utama.

Jadi, bila dah closed deal yg tu, mmg tak akan tgk lah deal yg lelain.
No. Never. Ever. Haha.
Mmg Philea dapat murah. RM399 saja.
Avilion tak tgk. Grand Lexis cam sama je yg aku pegi tu ari. Avilion, entah, tak napak booth.
Pangkor ke apa ke tak tgk dah. Cukup cukup sudah.

Pakej umrah.
Ingat kot ada byk la. Sbb ada Islamic Matta Fair skali kan.
Tp takda apa pun. Tah hapa hapa je.
Kali lain ku carik lah. Tgk kat internet je nanti.

So, skrg, saving. No tupperware until da date. No online shopping. No itu no ini.
Lama lagi tu. Sempat la google dulu habis habisan. Lagipun yg ini sebenar mmg tiada dalam perancangan.
Aku mmg camtu. Tetiba terus beli. Cam g Hongkong dulu. Tetiba terus beli tiket. Lps tu baru survey dan oke ja..smooth je Alhamdulillah. Alah, cam HK ke Krabi ke seme tu kita boleh g sendiri. Free n easy. Takyah guna travel agent. Boleh je.

Tahun ni mmg tiada cuti cuti sangat.
So, oke kut ditunda seme tu ke tahun dpn.
Hihi.
Yg aku beli tu ada dalam salah satu brochure atas ni.
Hiwhiwhiw.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign