kredit : Here |
Oke, reni kita amik sket je cerita Bab C ni. Senang ingat kan, C for Cuti. Dlm tu ada lah memacam jenis cuti. Skang kita citer sket pasal Cuti Sakit je.
Bab C Perintah-Perintah Am memperuntukkan :
s.1 (iii) mentafsir cuti sakit sebagai cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh.
Di dalam Bab yang sama diperuntukkan di bawah :
s.17 (c) adalah menjadi syarat bahawa semua cuti sakit hendaklah dihabiskan di hospital atau di rumah pegawai melainkan jikalau ditetapkan oleh seseorang pegawai perubatan sebaliknya.
s. 15(a) pula memperuntukkan pada setiap tahun seseorang itu dibenarkan memgambil cuti sakit tidak melebihi 15 hari sebagai pesakit luar hospital atau klinik swasta tanpa sokongan manakala s.15(b) membenarkan 180 hari setahun sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta.
Dan ini perlu dibaca bersama - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2006
Info :
Pesakit luar : macam yg kita pegi kalo demam, cirit birit tu lah.
Pesakit dalam : Ada kes berat, perlu dirawat di hospital (warded) atau pun disahkan doktor untuk berehat di rumah selama sekian sekian hari.
p/s : Kalau pun tak duk HR, at least kita kena tahu yg basic2 ni. In case, ada HR terlepas pandang, kita leh alert awal2. Gitewww....
Terima kasih atas komen anda :)