Pages

18 May 2013

Edisi Gas Oh Gas

Aku pun lupa dah bila aku tukar gas ni.
Hangkut gas ni dari rumah lama dulu. Aku duk rumah ni dari bln 9 thn lps. Jadi, dah 9 bulan kat rumah ni. Makna, mungkin dah setahun kot gas ni. Haha. Giler ko, setahun baru tukar gas. Eh. Oke gak la. Ada orang setahun setgh baru tukar. Normal la kan. Setahun skali tukar gas yg 12kg. Lagipun skang kalo nak masak sket2 tu guna induction cooker ja. Gas ni back up atau masak yg big portion ja.

Pastu tu ari tgh nak masak spegeti bawak ke ofis, gas habis plak. Mmg salu camtu. Geram je. Mujo skang oke, sbb dah ada induction cooker. Jadi, bila habis, buat cam tatau je. Tapi, tak buleh gak la nak fully guna induction cooker. Since aku pun takde pan yg beso, kalo nak goreng mi ke, mihun ke cam payah gak. Kena gak masak atas dapur gas.

Aku guna Petronas. Kat rumah lama dulu takde masalah sbb mmg mostly kedai jual Petronas. Call je kedai Pakcik err...pakcik apa tah. Lupa la plak. Maklum la..sethn sekali baru tukar gas. Haha. Mmg dia hantar je terus ke rumah. 

So, dah pindah rumah baru ni, udah tak tahu mana nak beli gas. Sbb sini mostly jual yg Shell punya plak. Pastu yg brand Mira pun ada. Huhu. Mira halanya. Mmg la boleh je kalo nak tukar gas hijau ke gas kuning tu. Tapi, cam sayang kot. Ada satu kedai jual, tp kena reserved plak. Bila tanya je dia kata dah ada orang cop gas Petronas tu. Oke lah. So, cemana?

Solution - google. Sbb aku rasa Petronas buleh buat home delivery. Am I right? Ya.. right. Call je Hotline dia (kat web dia ada la tulis pukul berapa penghantaran, hari apa semua lah)
Selama ni mmg tak hirau pun sbb ye lah, pakcik tu bleh hantar. Tapi delivery ni tatau la dia cover ke tidak area rumah aku ni. Tapi takkan la takde. Tetgh bando kot. Lain la kut umah kg aku sanun. Haha. Itu pun senang je, lori yg bawak gas petronas tu lalu, boleh je tahan. 
So, try call. Oke. Done. Lagipun buleh dapat point Mesra jugak kan. Dia kata tunggu dlm 1-2jam. Tp kurang sejam da sampai. Dah settle. Bkn je McD, pizza je kita buleh delivery. Gas pun buleh delivery. Mudahnya hidup. Hoho.

p/s : Gas naik harga ke? Takde lah. Sama je kot. Cuma bila Petronas Delivery ni dia ada up sket la. 12kg - RM25.80. Dulu kat umah lama RM24, kalo tak silap. Alah, tak kesah la. Setahun skali je kot. Dlm 2inggit camtu ja sebulan. Hoho.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign