Pages

3 May 2013

Selamat Hari Raya

Haha.
Selamat Ber Pilihan Raya sebenarnya.
Saja nak tulis gitu. Baru rasa meriah nya.
Hahai.

Tak meriah lagi ke??
Mujo aku tak ramai kawan sgt kat FB tu (ada 200++ je)
Kalo tak, entah apa lagi penuh kat wall tu.
Aku tumpang baca hok kawan2 nyer je.

Mana yg cam terlampau keterlaluan - aku hide je. Takkan nak unfriend.
Tapi kadang syok juga.
Tgk yg belah sana kata, yg belah sini kata.
Macam2 ada. Tu lah aku kata, dulu, tahun 2008, FB pun tak meriah lagi, jadi pilihanraya pun tak la 'sehangat' ini. Skrg kau tengok. Kuasa laman sosial. Haha.

Lantok kome lah.
Bak kata ustaz Kazim (walo takde kena mengena pun dgn praya pun buleh guna gak)
"kita ni tak banyak pahala, maka janganlah membanyakkan dosa pulak"

Aku pun ada pendapat, pandangan tersendiri.
Tapi, takkan nak cakap kat sini kan.
Laman sosial bukan tempatnya. Biarlah orang kata "kalau taknak berbicara tentang masa depan, teruskan lah dengan meletakkan gambar masakan atau apa yang kau makan tu"
Yerp. Biarlah aku dgn gmbr buku2 aku. Gmbr makanan. Gmbr kucing, semut, gajah dll.
Teruskan lah dengan what they call hal masa depan. Masing-masing ada minat masing-masing. Eh. Orang dah bagi tumpang wall dengan cerita 'masa depan' tu pun dah cukup baik tau. 
Gelihati. Haha. 
Harap2 pasni, semangat utk bercerita hal masa depan tu berterusan lah ya. Istiqamah. Itu yang penting. Takde istiqamah, takyah nak boikot segala. Eh. Macam lari track je. Eh. Salah citer yea?? Hahahahha.

Takpe.
Insyaallah. Ini kali ke3 aku mengundi. Sebaik umo 21 aku dah daftar. Tapi masa tu tak boleh la mengundi lagi kan. Tahun 2000 manade pilihanraya lagi. Tahun 2004 baru aku mengundi yg pertama. Masa tu arwah ayah ada lagi. Dan tahun ini mengundi bersama suami. Harapnya 4 tahun lagi, sudah bersama anak lah. Insyaallah jika dipanjangkan umur.
Yang pungpangpungpang lebih tu, dah berapa kali ini mengundi? Bukan patut kali ke3, kali ke4, kali ke6 mahupun ke7 ke?
Oh. Sila jangan terasa lah dgn statement ini kalau anda bukan jenis pungpangpungpang tu pun. Lagipun semua ada matlamat dan alasan memasing. Itu hak memasing, tak siapa pun boleh pertikai. Nak mengundi ka, takmau mengundi ka. Lagipun, kalo dia nak paksa, tentunya sebaik saja umo kita 21 tahun dia dah "mandatori" kan pendaftaran tu kan.
Aku tau, yg mana memerhati, yg mana tak pungpangpungpang lebih tu, mmg menunaikan tanggungjawab sebagaimana sepatutnya :)

So, selamat hari pilihan raya.
Selamat pulang ke kampung pada yg mengundi di kampung halaman. Ini kali aku mengundi kat kampung lah. Lain kali aku mengundi kat KL lah ya (nak tukar alamat dah..). Hahahaaiiiii...... 

Ingat. Undi adalah rahsia. Bye!

Nah sapa nak ikut jadual perjalanan ni. Aku mmg tokleh ikut utk yg ari Ahad tu. Kalo aku ikut jugak, laki aku kang tak dpt nak mengundi. Huhu

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign