Ari Jumaat tu ari update status ini.
Ramai plak yg like.
(ye..ye... kira lebih 10 tu dah ramai la. Maklum la, tak ramai kawan. Bukan thp retis yg letak gmbr kaki pun beribu dpt like. Huhu)Oke, itu bukan persoalan.
Persoalannya adalah, selalu eh kita jumpa camni kan?
Atau pun ada yg jadi berdesup tu?? duk potong2 orang tetiba jumpa balik kat tol atau pun traffic light.
Kuikuikui.Tapi tu lah.
Ni masa aku drive sendiri tu lah.
Mmg terhegeh2 la. Sbb dah lama maaaa aku tak jadi full time driver.
5 tahun dah aku jadi co-pilot. Skali skala bawa kereta mmg terhegeh2 la.
Ni masa kat nak masuk hway DUKE kat jalan jelatek tu lah. Kita ni berhati2, sopan bagai siap bagi signal, tertekan2 brek sbb jalan cam hampagas kat situ. Berlubang2.
Pastu zupp... keta ni pintas aku dan berdesup laju.
Aku cam memula tu, cam nak hoi... giler kau..bongok bla bla.
Padahal buleh je follow dulu blkg keta aku, then kang dah masuk hway kau potong la. Ni tak nyempat2. Nak gak pintas. Hieee....!
Tapi, cecpat aku kata "takpe, maafkan beliau, mungkin dia mmg ada urusan penting"
So, kita pun rileks ja. Bawa pun 80 je camtu.
Dan smpai la ke tol.
Skali tgk. Eh la... keta yg berdesup tadik.
Tetiba aku rasa nak gi sebelah keta dia "apa barang bro..keta berdesup desup, skali duk beratur nak bayar kat lorong tunai"
Miahahahaaaa.... cam badigol pun yer. Last2 lambat jugak kau. By d way aku smpai kat umah, kau pun masih beratur lagi kot. Patut aku buat lambaian ratu kat ko dari balkoni rumah aku kan.
Entah. Menyampah giler kat orang camni.
Dia bawak keta besar, tgk kita bawak keta kecik, pompuan lak tu, konon cam haibat la.
Tak hebat mana kalo bersepah isi perut, isi hotak tu kat tgh jalan kang.Laju2 pun nak ke mana? Kalo dah laju siap la smart tag segala. Eh. Tak kesah la kalo hari Jumaat tu hari je Smart tag kau tak berfungsi. Yang nyata kau kalah! Hahahahahah.
Terima kasih atas komen anda :)