Bacaan pertama semasa ber MC. Hihi.
Satu hari je aku balun.
Settle. Haha.
Pendapat aku?
Begini
Aku suka novel ni. Sbb lain dari yg lain. Skang pattern asik2 citer kena kawen paksa- saling tak suka - lps tu dah jatuh cinta - pastu abiss... bosang! too cliche'. Baek drama, baek novel. Gituuuu la jalan citer nya. Maleh aku.
Yang ni oke. Salu kan kalo kita baca dia macam nak tahu la apa ending dia. Gi selak paling last skali (potong stim), lps tu ooo.... bahagia... ataupun ooo...mati ye yg jahat tu. Atau ooo..padan muka dia jadi gile. Tp yg ni tak. Awal2 lagi dah ada epilog (ke prolog??) yg hero n heroin mmg bahagia akhirnya. Takyah ko susah2 nak selak belakang. Jadi, skang ko kena baca gak page by page apa terjadi dalam hubungan mereka. Ko skip, ko takkan dapat la tahu apa cerita dia.
Melarikan dari elemen biasa novel (walo watak Arissa tu tetap digambarkan cantik cam Fazura), cerita berlatar belakang kan kampung nelayan kat Penang dan juga KL lah (semestinya). Siap ada loghat Utagha lagi. Hihi. Takyah susah2 nak gi London ka, Perth ka mana ka. Penang. Bila dia citer jambatan Pulau Pinang, nah... ko tahu dah nak imajin. Takyah dia susah2 nak describe detail2. Bagus ni penulis dia ni.
Cerita orang kebanyakan kawen dgn org berdarah raja. Tengku lagi. Tapi takde cliche yg keluarga Tengku tu tak suka si perempuan ni. Itu semua cliche. Hihi. Tp ada la gak sedara mara tu tak suka. Itu sekadar penambah rasa kata orang kan. Oke je. Takde masalah. Nek Da, Kak Dura, Adila, dan juga watak utama (hero) Tengku Iz - seme pun baik2. Walau rumah besar 3 tingkat. Hihi.
Betul. Cam citer lain juga, ada badai menimpa dalam rumahtangga mereka. Arissa kemalangan. Hey..hey.. hey.. kalo ko pikir kemalangan kereta, pastu ilang ingatan.... itu cliche'. Ini mmg lain dari yg lain. Aku pun tanjat.. smpai aku plak rasa, aduhhh...kenapa plak Arissa ni buat cemtu. Kalo tak, sure tak jadi punya. Haaa.. kau..
Cuma dah nak last2 tu cam laju sket. Kejap je belajar2 terus dpt PHD. Ada anak 4 orang.
So, recommended. Bagi aku, aku mmg sker. Bagi org yg suka citer cliche2, org yg jiwa bunga tisu, romantik tahap dewa, tak suka la kot novel ni. Komedi romantik sket novel ni. Takde la romantik bagai nak giler yg stok cam eh...ada ke orang camni?
Buat drama pun oke kut. Hihi. Tapiii..masa baca ni takde aku bayangkan Arissa tu sapa, Iz tu sapa. Mereka ada lah mereka.
Keep it up good work utk penulis nya - Ainul Hazrah.
Sinopsis : Here
Sebenar aku nak baca Curi Curi Cinta dulu.
Tp buat masa ni aku tak buleh baca dulu lah
sbb buku tu tebal amat. Jadi, baca yg nipis2 dulu.
Satu buku aku da skip. Cam bossaaaann jek. Huhu
Terima kasih atas komen anda :)