Pages

30 September 2012

Edisi Input Dan Output : Bajet 2013

Sana sini sejak dari ari Jumaat pun orang dah update pasal Bajet.
Jadi tak perlu kut aku nak ulas, cerita panjang2.
Cuma, kenapa ek? bila bajet orang mesti tumpukan pada Bonus utk kakitangan awam. Padahal byk lagi isu penting dlm tu yang merangkumi kepentingan kepada rakyat khususnya dan tidak hanya untuk kakitangan awam.
Bila orang pandang itu, maka, tu lah yg jadi isu tu. Ada yg direct tulis kat FB PM lah, kata apa yg lain dapat lah. Weeyyy... PM berdiri dkt 3 jam tu bukan dia cakap pasal bonus tu je. Byk lagi menda lain weyy... Bila kata ada BR1M utk rakyat lain, kata pulak sumber duit tu dari mana. Ini kelakar gak lah. Duit tu dari mana pun ada terjejas ke duit simpanan awak dlm tu. Kurang tak satu sen? Memacam la kalo nak kondem kan. Tp kena gak ada orang2 yg jenis ini. Mana buleh yg menyokong saja.

Oke, bila tulis camni napak cam aku pro-Govt plak yer. Ate'... ai org G, harus la cam pro-G. Haha.. Boleh camtu kan?? 

Tidak lah cemtu. Semberono je kata orang tu. Sbb tu aku pun amik Master in Public Administration, which kat dlm tu ada byk course pasal 'public' ni. Juga pasal politik segala. Yer, mmg aku minat menda ni seme. Masa ni la kita boleh mengeluarkan pendapat mengenai apa yg kita baca (theory) dan apa yg kita sedang buat sebenarnya (in term of work - in public agencies). 

Jadi, tu lah. Terpulang lah memasing kan. Sbb kami ni kira kakitangan paling ramai, maka, orang akan amek kisah. Tp bank kasik bonus berbulan-bulan, sykt GLC lain yg bagi berbelas bulan, takde pula orang kesah yew. Lagi la gaji mereka berdabel2 tinggi nyer. 

Apa pun, Alhamdulillah... kami suami isteri dapat gak merasa. Mak pun dapat (pencen arwah ayah), adik beradik yg lain pun dapat. Yer, mmg kami seme keja dlm sektor govt. Dan tahun ni aku up sket - dapat baucer buku RM250. Itu pun kalo dapat lah kan. Udah la PM berlawak masa bentangkan tu hari katanya kalo U yg pro-aspirasi menang, kena tgk dulu (UM is the one U yg pro-aspirasi menang. Huhu).
credit : here

Aku ni sepatut kena gi library ni. Nak carik bahan utk buat presentation. Ha, dalam presentation aku ni ada sebut pasal Theory of Equity n Procedural Justice. Ha, kalo ada sapa rasa bajet ni unfair, meh la bagi pendapat, leh aku masukkan dalam pembentangan aku pada hari Selasa minggu depan (9 Okt). 
Tweheheheee.... 

28 September 2012

Edisi Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

kredit : Here
Harap harap aku dapat gak kad ni.
Tweheheee.
Sbb aku kan siswa skrg ni.
Tweheheee.


TnC hanya ada ni.


KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
  • Pengajian sepenuh masa; dan
  • Warganegara Malaysia.

Aku mungkin stuck kat pengajian sepenuh masa tu je lah kot.
Tp course aku ni takde kategori ke full ke part. Sama je semenya.


Tkpe. Kita tgk cemana.
Kalo dpt tu, Alhamdulillah ler kan.

Byk gak tpt yg ada diskaun. Termasuk hotel2, kedai buku.

*Tahun ni nak dgr bajet pasal kepentingan 'siswa' jer. Dari aspek penjawat awam, takpe lah.. menda yg sama je kot. Cuma, harap2 ada juga faedah2 lain cam hal perumahan dll tu.

27 September 2012

Edisi Groupon : Mana Satu Idaman Qolbu

Lama kot dah aku tak beli apa2 kat groupon.
Eh, ye ke lama?
Haha.

Groupon ada bagi voucher free 10inggit kan? Rugi tu tak amek. Dia offer kejap je. Smpai 29hb.
Jadi, tetiba cam rasa nak beli, nak beli gak. Retu time raya dia offer. Tak sempat ku rembat.
RM10 yer, rugi lak kalo tak rembat.
So, survey2 la apa nak beli. Tknak yg memahal pun.
Taknak yg bercuti cuti seme tu. Takde dah gi cuti cuti skang ni.
Duduk umah dendiam temanya skang ni.
Photobook pun dah malas dah. Ada sebijik lagi belum design pun. Itu nak buh gmbr2 kat Redang tu ari.

Jadi, nak beli barang.
Setelah ditimbang tara, 2 barang ni aku tgh pikir2 nak amik mana satu.

Satu yg ini.
kredit : Groupon
Ada kegunaan ke?
Dulu masa kat Krabi murah je. RM15 pun dapat. Tp pikir bila masa nak guna lagi. Jadi, idak la membeli pun nyer.
Lps tu bila gi Redang tu ari, dah cam menyesal tak beli.
Heh!
Lps tu pikir, skang ni kan salu turun mandi kolam, so senang la taruk kunci ke phone ke kamera ke (eh, motip nak bawak kamera turun swimming pool. Cam jakun ja). Jadi cam senang plak letak dlm tu. Tapi, dlm plastik biasa pun buleh. Hurm.
Tp bes, dpt 3 size. Rega RM68, tolak RM10 tinggal RM58 jer

Kedua yg ni.
kredit : Groupon
Hihiw. Dah lama nk beli nih.
Tp tak terbeli. Nak timbang berat uolss.. nak letak dpn pintu bilik air.
Pas mandi pepagi, timbang.. pas makan timbang, pas berak timbang. Eh!

Bes gak kan.
Murah pun murah. RM39, tolak seploh hinggit, jadi RM29 saja.
Ada kaler lawa2 lak tu. Nak match ngan wardrobe n bilik aku amik pink or merah tu kan.
Tp bateri tu mudah ke nak carik?

Tapi, aku rasa aku nak beli penimbang ni lah.
Bes sket. Hihiw.

Jom beli weh...dapat RM10 pree tu..jom...jom...

*rasanya aku dah takde idea nak tulis blog.  Apakah faktor yang menyebabkan ku rasa begini tetiba??

Sambung Citer Kupu Kupu

kredit : here
Oke, sambung citer kupu kupu dalam perut semalam.
Phewww.... lenkali toksah duk buat cemgini lah. Kecut perut seme ada.

Citernya begini (kena citer gak utk kenangan lps abis blaja nati ni Insyaallah...)

Smlm kelas HRM. Dtg cam biasa lah.
Tetiba dtg grup member kat aku. Dia ni foreigner. Dari Iran.
So, dia tnya ada bawa case study tak?
Aku tanya case study apa?
Dalam nak citer tu lecturer da masuk kelas.

Lps lecturer masuk terus dia kata, ok kita bersedia dgn presentation.
Grup 1 - dia sebut nama. Lps tu grup 2 - adalah grup aku. Dan ada grup 3.
Aku pandang sorang lagi grup members. Dia pun tatau apa menda nak present.
Astaga.
Dalam ber4 kami (sebenar ada 6, tp 2 orang tak smpai lagi), sorang pun tatau ada case study n nak kena present.
Sebenarnya lecturer hantar case study tu thro spectrum. Padahal, pagi smlm tu ada la aku masuk spectrum. Apa hal aku tak pasan pun ada case study tu. Itu yg buat aku terkilan abis. Pulak, aku masuk gak spectrum version 2 punya. Takde apa pun.

2 grup yg lain dah ready la dgn derang nya slaid powerpoint utk presentation.
And kiterang baru nak baca case study tu.
Mujur lah sorang lagi foreigner (Thailand) dalam grup kiterang tu volunteer nak present. Dia baca seimbas lalu, then tulis point penting kat whiteboard.
Hah! Amek kau. Traditional method.
Tp mmg yg orang Thai tu sgt fluent English dia sbb dia blaja dulu pun kat Finland. Lawa budak ni. Islam. Nadia nama dia. Memula aku igt dia melayu. 

So, dia present ngan Farisa (Iran) tu.
Giler ah. Mencik tau camgini. Lps ni hehari nak tgk spectrum. 

Tu arr... camgini la bila yg dah kerja nak sambung blaja kan.
2 grup lagi tu mmg full time student. Mean, derang tak kerja. So, pepagi derang ada la masa nak diskas ke apa ke. Yg kiterang ni.... Adui..dui..

Oke, pas ni nak carik topik research plak. Kena gi Nat. Library la ni sbb takde masa nak pegi ke library UM sanun. 

*phewww.....* tarik nafas lega

*lupa nak tmbah, case study itu adalah sebanyak 10 mukasurat!

26 September 2012

kupu kupu dalam perut

Tahu tak rasa bila tetiba semua orang da ready dgn slaid memasing utk present dan grup kita terus terpinga pinga sbb taktau langsung apa nk d present. giler betul. esuk aku citer pjg. susah nk tulis ne.

Edisi Buckle Up

Haha. Terkezut kan previous entry ku tetiba jadi kelas "oh my english" pula. Haha.
Itu guest post by Zalora itself. No editing, no altering, originally from Zalora dari emel derang. Jadi, entry itu adalah dibawah "pengawasan" mereka. Dan komen2 yg kuar kat situ, harus derang baca. Jadi, kut2 penah ada pengalaman sendiri dgn service derang, komen la situ yer. Aku pun tak penah order dari derang, tp pasni mungkin ada kut. Mari kita terai... wiwiwiwi :P
Tkpe la kan. Sesekali buat 'iklan'. Tehehee...

Oke, buckle up please.
kredit : here
Yer, nak kata lawak, tak la lawak.
Biasa la. Rasa seme orang pun ada pengalaman kena tahan ngan pak polisi bila tak pakai seatbelt.
Kiterang kena last 2 week. Masa dari kampung, nak balik KL. Still pun kat area pekan kat umah aku tu lagi.
Time tu mmg kuar dari kedai, pastu elok nak masuk simpang, terus napak segerombolan polis tgh buat road block. Ha, dgn aku, dgn myDH mmg tak pakai seatbelt. Aku sempat tarik dan klik, tp myDH tak sempat. Lagipun tpt driver tu, dia mmg macam stuck. Itu utk keselamatan sebenarnya tu, taknak bagi kita ter kedepan kalo brek mengejut ke apa. Tarik2 je dia sangkut. Huhu.
So, polis tu dah buat tangan macam "ha..ha... tak pakai tali pinggang" kat laki aku.
Haha. Aku rasa cam dia bagi amaran je tu. Takyah benti pun takpe kut. Tp myDH berenti je tepi. 

Kena la tahan. 

Meh IC, meh lesen.
Dia tgk alamat myDH. Dari KL ni katanya. Tgk no plate. Kiterang pun kata dari kg nak balik KL. Dia tgk belakang mak aku ada. MyDH terus la cakap.
"Oke, saya mengaku saya salah, tp saya ni kuar dari TF ni tadi" (TF tu pasaraya dkt2 situ la).
Lps tu, polis tu cakap ayat yg jadi "bahan" kami smpai skang. Hahahahah..
Dia kata

"saya ni nak kata keja baru, dah lama la. Nak kata dah lama tu, baru la lagi. Tapi saya mmg selalu la sangat dengar alasan keluar dari sana lah, dari sini lah"

Hihi.Hihi.Hihi.

Lps tu dia tanya keja mana. Cakap je lah. Dia tanya kat mana? Sbb mungkin dia ingat cawangan ofis kiterang yg kat Perak tu.
Dia tgk sticker tpt keja kiterang tu jugak.
MyDH terus je lagi ngaku salah lagi dan minta maaf. 

So, dia bagi amaran je lah. Lepas lah. 
Lenkali jgn buat lagi katanya. Tali pinggang ni, start enjin, terus pakai dia kata.
Haha. Tunjuk tali pinggang kat suar tu kang, tau lah. Hahahaha.

Biasanya kiterang pakai seatbelt ni bila da masuk hway. Awal2 tu tidak. Hurm. Tp tu lah..mujo tak kena saman, kalo tidak... melayang lagi duit. Mungkin dia tgk sbb keja govt kut... (T___T)

Lps kena tahan tu terus la pakai. Dan smpai hari ni, masuk je keta myDH sudah berubah.
kredit : here

What’s Hot At Zalora





For more information visit us at

What’s Hot At Zalora


For most women, the word “online shopping” is like music to their ears. These are the same women wholove the feeling of walking into a mall and smellling the scent of new shoes and handbags. Most are also contented to just window shop or “cuci mata.”

Shopping to be fashionable is important to women as it gives them the power to transform theirimage and make a social statement. To some, fashion is an art form but for others, it is a religion.
If this is how you feel then welcome to the shopaholic paradise of online shopping where you can find anything and everything at any price with any colour.



But what if you are too busy with work responsibilities and household chores which stop you from checking out what’s new and what’s hot in the fashion world?Fret no more, because you can now browse through ZALORA and see what’s in and hip. Still, for some women, this wont be enough as fashion is constantly changing, slightly elusive and extremely seductive.

Yet as far as shopping solutions go, ZALORA comes pretty close – you can now shop from over 100 brands and choose the perfect product without worrying about wasting time because everything is in one place. Checking it out and shopping will be a piece of cake as you know you have it all in the palms of your hand.

Visit the ZALORA blog for more fashion ideas!

Edisi Nuffnang X

Tetiba aku sudah berdaftar NuffnangX.
Motip?
Entah. Dalam kesibukan smlm tu sempat gak explore apa ke benda mendalah Nuffnang X ni.
Rerupanya dia cam link dgn blog kita. So, kalo nak balas komen ke apa ke buleh terus bukak Nuffnang X. If kita bukak kat hphone senang la nih.
Juga, boleh follow blog orang lain seme lah dlm tu.

Ini contoh newsfeed blog aku sendiri dlm Nuffnang X.
Dan bila dah set dgn Nuffnang X ni, rupanya ruangan komen kat entry pun dah jadi lain.
Korang jgn terkezut plak tetiba cam lain aku nyer ruangan komen tu.
Buleh je, komen cam biasa yer.

Tp kalo taknak komen camni appear dlm blog pun buleh kot.
Just tukar kat setting.
Amik je verify my blog only.
Aku pun blum sempat explore sepenuhnya. Tggu lah weekend nati utk aku letakkan blog2 aku follow. Mudah, sesambil dlm kelas boring2 tu leh reply komen. Hikhik :D

25 September 2012

Edisi Demam Adam Dan Hawa

Kredit : Astro
Orang lain dah tgk berbelas belas episod aku. Aku baru hegeh2 nak tengok.
Aku mmg camni. Orang ramai suka tgk tu lah aku cam malas nak tgk.
Cam NurKasih, Nora Elina ke apa seme tu. Selamba je aku cam ah, lantak lah.
Lagipun masa dia start - 27 Ogos kan?, aku manade Beyond.

Bebudak ofis siap donlod segala.
Aku?
Mmg tak la. Aku mmg tak sker nak tgk skrin kecik2 ni. Eh, bukan kata amboi, belagak nak mampos lak kau ni tak suka tgk skrin kecik. Bukan..... aku tak selesa nak tgk movie ke drama ke dlm PC apatah lagi lappy. Tak puas sebenarnya. Sbb tu kalo dak Zaim donlod movie, pastu aku save dlm pen-drive ke dia burnt CD ke, mmg aku tak tgk semula. Cam citer Smurf. Ada je dlm thumbdrive. Tak tgk langsung pun.


Novel dia, rasa cam dah baca. Ntah. Tak ingat.
Nk tgk pun dah tgh2. Nak donlod, tgk dari awal, mmg tak kuasa lah kan.
Jadi, bila umah da pasang Asterok, tgk je lah dari episod 16 pun.

Itu pun tak tgk sgt, sebuk susun baju la apa la. Aku rekod je sesiap. Trus utk mggu ni punya episod. Dah. Settle.
Tgk lah, weekend nati ke takde citer bes baru tgk. Marathon je.

Mmg kena rekod sbb takut hari ada kelas tak smpat smpai umah kan.

Itu takpe lah.

Retu last week, aku geram sungguh la sbb tak dpt tgk Waris yg finale episod tu.
Grrrr... sbb tu aku hangin ngan Asterok tu. Suppose kalo dia siap pasang hari Khamis tu, aku dah senang lenang tgk. Ini dah dtg, siap balik plak sbb tak bawak besi. Haih. 
Nak tgk kat TonTon? Mmg tak la.


Abes? Cemana ending Waris ni??
Heh!

Edisi Housewarming : Tetamu

Thanks to mereka yg hadir. Saya sgt2 menghargai. Again, maaf jika ada kekurangan.
Saya paling terharu kawan2 alam maya yg ada setghnya belum pernah jumpa, tapi sudi juga datang. Mostly rakan alam maya yg sy jemput semua dtg. Terima kasih berbanyak yer. Sudi juga jengah teratak saya ni. Huhu.

Rakan blogger : Nana, Syana (1st time jumpa ni), Cha Hijau Cantik (juga 1st time jumpa), Nita (lama da dia tak update blog), Ejamaria, Suria Qistina.
tpaksa pinjam anak sedara utk kasik balance.huhu.
Nita. Tk smpt nak layan dia sangat. Thanks tau sudi dtg.
Rakan TTCian : Susu (1st time jumpa, aku leh tak cam, orang lain aku cam je. Mengong), Mar ngan baby Khadeeja yg super cute..gewaammm), Eida Baharom, CINTA, Yannie.


Rakan seporem mesra dot net : Noor Ain, Kak Lyn, Hasta - Jamilah Jamil, Dee, Fiza, Aishah Shamill
Rakan seofis : Bos saya, anak2 buah saya (Syira, Dila, Kak Ju n Nani), rakan2 sedepartment saya (En. Adzman, Zaim, Shahrir, Mama Kak Saba, Fara, Zahida, Fiza, Madi n Masz, Kak Azie, Kak Wannor, Kak Ain, Yam, Habsah, Zura, Kas As, Kak Fiza, Faridatul, Nana Liana, Kak Liza, Faizullah, Ungu Velvet n adik Pelangi nyer. Hihi)
Rakan sekolah : BFF saya - Zirah
Ex-housemate : Elly

Sedara mara saya esp kazen saya dari Serdang yg byk membantu hingga tamat majlis - Norlida n asben. Dia la tolong cucuk2 buah utk choc fountain, tlg goreng mee segala. Next time kita buat steamboat pulak yer. Serta family in law yg menolong pagi2 tu.

Juga utk segerombolan rakan2 myDH.

(ada lagi ke nama tertinggal yer)
Syana - Elly - Kak Lyn n Hasta - My Kazen
Maaf, maaf dan maaf sbb tak dpt nak layan sgt. Adoi...


Pada yg bawa buah tangan, ole ole ni, terima kasih bebanyak juga. Ni seme tahu kegemaran saya ni. Bekas stoberi, coaster kaler purple, bekas tupperware kaler purple! Itu saya tak pasti siapa yg bagi, tp mmg bes lah sbb saya masih belum ada bekas aiskrim tu. Huhu.

Dan pada yg tak dpt datang..usah la risau. Saya cuma menjemput... tak dpt tu tak mengapa. Bak kata orang tu, tak jemput kang ada pula yg berkecil hati kan.
Lagipun jemputan lain mmg ramai, kut seme yg datang, kami tuan rumah pulak risau. Haha. Oke, joking... tkpe.. ada rezki lain saya buat lagi :)

Lagi gambar dan cerita ada di blog mereka:
- Susu
- Nana 

24 September 2012

Edisi House Warming di KSU

Sebelum saya bebel bebel, sebelum saya citer citer, saya minta maaf kalo ada sahabat terdekat, yg seofis, yg sedara mara, yg kawan lama dan sebagainya, yang saya tak terjemput. Satu kerna, majlis ni mmg berskala kecil, satu lagi kerna, saya terlupaaaa.... huwaaa... ada jugak yg lepas majlis baru saya teringat. Ya Allah, apa punya teruk nih.

Oke, takpe lah kan. Ada rezeki saya jemput lagi nati. 
Eh, motip nak ber 'saya saya'?

As planned, majlis housewarming berlangsung juga pada 22hb. Suppose nak buat bln 10, tp sbb rasa cam dah lama sgt plak, pulak tu macam bizi dgn study seme kan, so, itu lah sebab diawalkan. Lagipun, instead of housewarming, kami ada buat bacaan Yasin sket. So, kalo lama sgt dah duduk, baru nak baca Yasin cam tak sedap plak.

Proses nak buat housewarming ni mmg la agak mencabar utk kami. Ye lah, time tu la keta rosak la, hose mesin basuh rosak la apa la. Lps tu time tu la langsir segala baru nak pasang. Rumah tu apa pun takde deco deco lagi. Basic je ada. Haha. Tkpe, nati lenkali datang, Insyaallah, ada perubahan. Blkg tv tu sebenarnya kami dah order 3D board. Tp hari Jumaat baru dpt, so, tak dpt nak cat n lekat. Lps tu jam seme pun tak pasang lagi. Frame gmbr pun tak gantung.

Mmg memacam, tp kami cekalkan juga hati (eceh, ni poyo sgt nih). Akhirnya oke la. Dimulakan dgn menjemput orang hari Rabu. Lps tu gi beli barang segala. Tempah makanan and so on, so on. Amik kebenaran management jugak sbb kami nak guest diberi masuk dalam kawasan rumah utk parking. If not derang kena parking kat luar.

Menu tak la banyak. Yg kami sediakan/buat sendiri - laksa, nasi impit + ayam rendang, salad popcorn, rojak buah. Dan aku order - nasi dagang n puding karamel. Lelain mak mertua bawak - kuih koci n dadih. Then ada pemanis mulut -choc fountain. Tapi waktu petang kami ada tambah mee goreng n mee bandung. Huhu.
Masa ni elok lagi tersusun atur kemas. Seme set tupperware.
Tp bila dah ptg. Dah kelam kabut, besen kedai 2inggit pun
aku taruk. Haha.

Jemputan, Alhamdulillah. Mostly mmg hadir. Aku tak sangka. Suprise sgt sbb aku tak suspect orang nak dtg pun rumah aku nih. Huhu. Sbb bila ajak by emel n kat FB pun ramai cam tak respond, so, aku tak buleh nak budget byk mana makanan aku nak buat/order. Lagi pun kan berskala kecik. Sekali tu... huhu.. aduh, terharu weh.. 

Majlis aku start dari kul 12pm. (Suppose aku nak buat kul 10 kononnya, tp ku edit, jadi kul 12pm, tak sempat wehhh,..tu pun kul 12pm aku tgh duk bersilat lagik kat dapo. Giler tul). Mujo la family in law aku dah smpai. Jadi, derang tolong la potong2 buah segala.
Kul 12 tu dah siap la, salad popcorn, laksa n nasi impit. Nasi dagang kena gi amik kat Taman Dagang (Eh, kebetulan pula, dagang dan dagang. Haha). MyDH gi amik dlm kul 11 lebih tu, skali jammed katanya. Maka, dkt kul 1pm baru nasi dagang tiba. Lps azan Zohor, kita stop jap makan, ada baca Yasin. Alhamdulillah, dpt juga bertahlil. Maka, lepas lah hajat dah kan.
Tp macam tau tau, lps siap seme bacaan Yasin tu, orang mula datang. Smpai family in law aku pun balik. Sorang kak ipar aku tak join dtg skali masa family in law aku dtg. Dia dtg time tgh baca Yasin, tp bila in law seme nak balik dia pun balik. Alor, tak smpai setgh jam pun tau. Small my heart (tiru Eida). Makan pun sket je. Mungkin sbb aku tak layan sgt kot. Tp serius, time tu orang dah start datang. Mmg tak sempat nak layan sgt pun. Pulak aku sebuk duk potong buah utk buat choc fountain. Tp orang dah nak balik, takkan nak paksa paksa. 
Masih terkawal.
Lps tu seme lah kengkawan dtg. Paling pack kul 2 lebih tu, and satu lagi pack masa time kul 4. Pergh. Aku tau orang dtg, lps tu aku tatau dah derang duduk mana. Dah tau umah kecik lagi mau ajak orang ramai kan. Tp idak la begitu. Aku tak ajak ramai mana pun, tp sbb secara kebetulan meke datang serentak. Sudah la aku lupa nak mention, kalo naik lif tekan tingkat 4. Ramai tersesat ke tingkat 3.
Masa ni mmg tak sempat dah nak entertain seme. Ramai...
Choc fountain ready dlm kul 2 lebih. Masa tu laksa dah settle habis dah. Huhu. Aku sendiri tak merasa. Mujo nasik dagang ada lagi. Lps tu mak aku mmg da prepare kuah mee bandung. Jadi kita celur je lah mee. Dan ada sorang member dtg bawa kek coklat yg sedappp... penyelamat keadaan. Hahaha.


Choc fountain ni pun penyelamat keadaan jugak la. Mujo cukup2 smpai petang. At least ada orang makan menda tu. Sedap oh choc dia. Aku sewa dari Bdr Tun Razak. Fara nama owner dia. Nice betul orangnya. Boleh tgk pakej dia kat blog ni : chocolate kidz.  Aku amik pakej yg sewa mesin + 2kg coklat. Aku amek kat Fara ni sbb aku tgk prosedur dia mudah jer. Deposit pun dia bagi bila dia dah check mesin tu. Takde nak bank-in balik ke apa. Coklat tu kita cairkan sendiri lah. Mudah je cairkan. Buh je atas dapo induction, campo sket Canola Oil. Kalo takde dapo induction, buh je dlm rice cooker. Sekejap je da cair. Jgn masakkan pulak dia. Aku buat buah cucuk2 dia - temikai merah, sun lady, pisang, anggur, epal hijau n mashmellow. Lps tu ada gak biskut apollo ngan biskut jejari aku beli time promosi raya kat ofis aku retu. Eh, sedap rupanya biskut tu. Sesuai buh dgn coklat. Hihik.
Kredit dari gmbar che eida Baharom.
Dlm kul 6 lebih, kawan MyDH datang. Haaa...masa ni makanan dah mula nak habis uolsss... nasi dagang mmg dah licin lincau dah. Aku dah takut nak keluar dari dapo. Haha. Dgn my kazen duk pikir cemana2. Akhirnya suh MyDH runner beli mee. Sayur,  udang seme ada. So, siap blend segala, goreng lagi mee. Huhu. Tak penah dibuat camni. Tp bila dah goreng2 napak mee tu sket la plak. Adui... Sambil tu aku goreng keropok leko.

Dlm kul 7pm, ada lagi member dtg. Masa ni lagi giler tatau nak buat cemna dah. Suh myDH kuar jap, beli tomyam. Jadi, itu lah menu terakhir. Beli kut2 ada lagi sesapa nak dtg. 

Ha, itu lah cerita dia. Mlm tu gak settle basuh bekas segala. Bes lah. Rasa nak buat je lagi. Huhu

Entry seterusnya baru aku letak gmbr tetamu2 yg hadir. Yg sempat aku capture the moment bersama. Seronok sgt sbb ada setghnya 1st time jumpa. Sudi gak hadir kan. Terharu ahkak tau... Dan pada mereka juga ku ucapkan maaf lah kalo majlis ni ada kekurangan. Kurang sudu ke, kurang air ke (myDH tender bancuh air), kurang gelas, kurang makan, kurang bilik air, dan segala gala lah. Serius saya terharu neh.. Dan jangan serik nak dtg lagi. Nati bebila saya buat lagi. Tp kat tepi pool pulak :)

Edisi Tak Sempat Sudah

Sempat tak nyelit jap.
Sempat kot nih. Kejaappp jerr...
Pindah bilik lagik. Adoi!
Barang aku ni baik kat ofis, kat rumah semenya banyak. Takde nyer erti sedikit.
Phew. Penat betul.
Walo pindah bilik sebelah jer. 
Lama dah sepatutnya pindah, tp saja buat tak hal je. Tp sbb pegawai baru dah takde tpt duduk, harus la kena buat jugak.
Ni bersiaran dari bilik baru lah ni. Hurm. Mmg cam tak biasa, tp lelama biasa lah.


Seharusnya nak citer pasal housewarming.

Tp takde kesempatan. Nenati lah.
Terima kasih pada yg datang. Mostly jemputan semenya datang. Mmg betul2 tak sangka. Sangat sangat. Teruja, gembira, nervous pun ada bila dah petang tu, makanan sedikit demi sedikit habis. Wuwuwuww... udah la bukak smpai kul 8mlm. Tp makanan cam byk dah habis. Giler btul haku ni. Mmg kamikaze. Sbb aku tak suspect sungguh lah orang sudi nak dtg. Aku cam bajet ada la dlm 20,30 orang camtu. Sbb ramai cam oke, tak janji. Ini aku rasa, lebih seratus. Phew *lap peluh merecik kat dahi*. Mmg tak smpat la nak bagi layanan mesra pada tetamu yg dtg sbb aku sibuk ke hulu ke hilir. Tp mmg bes lah. Rezeki kata orang tu kan. Nenati aku buat kat tepi pool plak. Tapi aku nak buat RSVP sesiap. Haha. *oke, lap peluh lagi*

Nenati ya. Aku nak gi library jap gi. Library ofis je pun.
Nak carik buku management.
Ye lah, cam mengong je kan gi kelas melenggang kangkung. Apa ko ingat ko buat diploma ke. Lps tu dalam 3 minggu lagi ada presentation, pun kena lah carik bahan juga. Lagi nak carik tajuk paper lagi. Haaaa... busy kan, 2 tahun lebih la gamaknya idup camni kan.

Oke lah. Esuk esuk lah sambung citer lagi ya.
Tak abis kemas lagi ni ha.

21 September 2012

Edisi Hari Jumaat Penuh Barokah

Salam Jumaat.

Entry choc fountain tu hari terpaksa di delete. Tak sempat nak reply komen kengkawan. But then, thanks for the comment n feedback. Sapa yang ada kelapangan jemputlah datang ya. Detail ada di FB.

Entry choc fountain tu ada virus plak. Thanks to my dearest sista - Zana Adieyza. Dia yg msg katanya ada virus dr tenting.com. Aku cam rasa weird jugak sbb rasa takde url kat bloglist yg nama camtu. Seingat aku lah kan. So, aku try view. And google apa ke menda tenting.com. Bila google mmg website tu 'harm'. Ini aku kutip masa kat ofis lah ni. PC ofis tak buleh detect virus kah?? Hurm... So, nak edit balik entry choc fountain tu, tapi tak boleh. Apa lagi.. terus delete lah. Dan.... dah oke lah. 

Sebenarnya memacam dugaan terjadi lately ni instead of hati gumbira masuk rumah baru kan. Tu lah. Kengkadang, kita tak boleh buat semuanya berjalan lancar. Tapi, aku terima dengan redha. Ujian tu tanda Allah sayang kan. Allah ingat kita. Walo kadang cam dah tak tabah dah. Apsal bertimpa timpa je masalah ni kan. 

Kereta buat hal. Dah seminggu. Memula dia leaking ja. Naik temperature tetiba. Balik dari kelas time tu. Tp mujo bukan aku yg drive. Masa tu ngan MyDH sbb kiterang gi ziarah anak buah kat PPUM lepas aku balik dari kelas. Sbb tu aku redha je dgn ujian ni, sbb Allah mmg duga, tapi Dia tak la buat kita suffer. Katakan aku yg drive sengsorang. Mmg tak boleh nak bayang. Udah la jalan aku lalu nak balik tu laluan ala ala highway je. Seme pun keta lelaju. Brrr...

Then dah baiki segala. Oke la balik kampung seme kan. Tup tup, mggu ni buat hal lagi. Adoi, tepuk dahi. Itu hari pun instead of baiki yg leaking tu kita tukar camshaft la apa la. Kurang 200 je lagi utk genap 1K. Lps tu dia macam buat hal lagi. Start boleh, tp bila da drive dia cam tak tukar gear. Baiki lagi. Entah tukar apa lagi. Kena lagi. Kurang 100 je dari yg memula. So, situ da berapa. Dah 2k. Mmg rasa geram betul. Sbb cam dah leh baya downpayment keta baru. Suppose bayar pakai CC je ni. Sbb tu terasa sakit jugak sbb cash keluar gitu ja. Dan macam aku cakap kat atas tu, Allah tak la bagi ujian sampai kita suffer kan. Alhamdulillah juga lah sbb aku dah da dpt lama dah cash rebate rumah yg utk Bumi tu. Cepat juga developer ni bagi.

Dah baiki tu, hari Rabu gi kelas cam biasa (Selasa tu tak pegi sbb keta breakdown tu lah). MyDH antar. Sekali masa dia nak balik tu breakdown lagi. MyDH pun senyap jer tak msg. 3 jam la dia tggu smpai aku abis kelas. Tp sempat la dia call adiknya. Adik dia bawak keta n lps aku abis kelas antar balik dia ke rumah PJ. Dan keta kesayangan tu bermalam kat UM lah. Merasa lah dia.

Jadi, Khamis (semalam) terpaksa la EL sbb nak amik keta tu balik. Bawak pomen skali ke sana, dia check guna komputer tu apa yg rosak, then dia drive keta tu ke workshop. Pepandai la cemna dia drive kan. Pomen katanya.

Taktau la keta ni merajuk ke apa tp mmg da smpai masa la kut. Bulan 1 thn dpn, genap 8 tahun dia berkhidmat utk aku. Selama masa tu mmg dia tak buat pangai gegila. Ini ja. Bos, kengkawan seme kata suh "tukar no. plate" amboi.amboi.amboi. Baru "tukar alamat" takkan nak tukar no plate jugak kan. Kang ada yg kunyah sesket Kitchen Kabinet kat dapo tu buat dinner. Haha.

Lps tu kat rumah pun, byk nau menda yg tak 'sempurna' lagi. Washing machine buat hal. Dgn hose yg rosak la apa la. Heh! Langsir pun tak pasang lagi. Astro buat hal, dah dtg lepas tu elok dia balik pulak dgn alasan besi nak extend piring tu tak bawak. Heh! Dan tak memasal aku terpaksa call Astro dan mengamuk2. 

Tapi, apa pun, Insyaallah, besok semuanya akan berada dalam keadaan teratur untuk menyambut kedatangan kengkawan. Tapi kalo napak masih berselerak tu, ada terkurang here n there pepaham je lah kan. Huhu.
Datang tau....

credit : here

19 September 2012

Edisi WW : Kenangan 2012


2 bulan baru dapat gambau ni dr KPKK.
"Tembamnya hakuuu!"

18 September 2012

KSU Reno : Progress [Part Last (Malas Dah)]

Malas dah nak buat satu satu cerita. Sekali harung je lah yer.
Ni kita part of renovation gak.
Dan penambahan aksesori dalam rumah tu.
Ini jugak antara rujukan aku kemudian hari. Jadi toksah cemuih ya.
Ni masa pasang Coway - date paling mudah ingat iaitu 31 Ogos 2012.
Mengong tau masa ni. MyDH yg tak senang marah2 tu pun dah naik hangin.
Yer lah, before kita pasang tu, hehari dia push push tanya bila nak pasang.
Padahal table top tak siap lagi. Mana nak letak kan? Atas bumbung?
So, bila kita fix date, boleh plak dia dtg lambat.
Kita fix - Jumaat tu - pukul 10pagi. Tp bila kita call boleh lak orang dia gi minum la apa la.
Tunggu lagi dah dkt kul 11 pun takde lagi.
Hurm. Dah la ptg tu after solat Jumaat kita ada nak gi Bukit Jalil tu kan.
Kiterang dah nak cancel dah. Padan muka.
Lps tu laju2 sales dia pun dtg skali masa technician dia tgh pasang.
Baru kau tahu kan.
Ni pasang hood n hob.
1 Sept. Seme dah oke, tapi buleh plak saluran wire utk hob tak buat.
Mengong giler.
Memula ingat nak tebuk top. Tp lagi macam leceh.
So, other option, kita panggil je apek wiring tu.
Suh dia buat lagi satu plugpoint.
Melayang RM250 utk pemasangan lagi satu plug point 15amp.
Ni pasang tv.
Hari yg sama dgn aku pindah - 8 Sept.
Ini paling sempoi. Aku beli tv, nun melantun kat kedai Cheras sanun. Dkt2 dgn Tesco Extra. Bukan sbb murah ke hapa, tp masa tu saja nak tengok. Sbb beli window dressing kat Baagus yg dkt dgn kedai dia. Tp rupanya terbeli pula. Tp oke la kedai ni. Tak byk hal. Letak downpayment. Datang buat bayaran final, esuknya dia dtg pasang. Senang. Lagipun murah gak rasanya. Upah untuk hantar n skali pasang bracket  (termasuk bracket tu) RM150 je dia amik.
Pegi gak Perfect Living ni. Pegi on 30 Ogos -after office.
Selagi tak dpt apa yg dimahukan kan. Jadi pegi. Dapat lah.
Lps tu beli gak kabinet utk letak dlm bilik air. Juga tpt sangkut2.
Ini plak masa ada sale kat Sogo. Yg MaybankCard dgn SCard tu. After office gak pegi - 6 Sept.
Borong menda2 dlm bilik ja. Comforter, bantal.

Ini temanya terpaksa akur.
Oleh krana built-in wardrobe da makan banyak ruang, aku tak buleh nak adjust divan ni.
Mencik!
Aku nak buat headboard dia kat tepi dinding, tp tak buleh.
So, terpaksa redha headboard dia kat tepi tingkap.
Mmg tak suka dan tidak seperti prosedur meletak katil di dalam bilik.
Tp apa nak buat.
Redhoo...

Perabot - datang masa aku kat ofis.
MyDH handle. So, mmg takde gmbr la.
Perabot pun aku just beli dining table, coffe table (yg tetiba rasa cam tak perlu pun, tp dah ter order), consul table, display cabinet, rak kasut, tpt letak dapo gas n cermin besar letak kat dinding. Lelain, sila guna barang lama.

Ini.

Yer, menyakitkan hati.
Malas nak cakap.
Sampai aku buat aduan melalui emel.
Padan muka kan. Sesenang hati je kan. Dekat 2 minggu dia tinggalkan rak tu camtu.
Dah bayar semua taknak dtg betulkan.
Aku call, dia buat tak hal je kan. Mendapat la kau.
Jangan buat lah dgn sykt tu. Cantik mmg cantik, tp terhapa je tah.
Nama syarikat - kalo tgk instagram aku, mmg ada la tulis.
Tp hari Sabtu tu ari dia betulkan dah sbb aku tulis dalam emel tu if derang tak amik apa2 tindakan, aku akan bagitau dalam laman sosial derang (FB page) n forum yg derang salu promote tu.

Begitu lah.
Skrg ni ada lagi menda tak kemas.
Jadi, kena kemaskan dulu.
Housewarming - kemungkinan besar pada 22hb ni.

14 September 2012

Edisi Pindah Randah : Part 1

Aku tatau ada berapa part edisi pindah randah ni. Kalo satu part je, lantak la. Aku saja tulis part 1. Kut terpanjang kang buleh buat part 2. Saja nak catat kat sini utk kenangan atau pun sebagai rujukan. Sbb tu ari aku tulis progress renovation aku tu pun ada gak gunanya. Aku tak ingat date, aku refer situ. Sbb ada gak yg aku tak catat trus kat buku nota, but aku catat dalam blog.

So, 8 Sept 2012, selamat lah kami sekeluarga (eceh, cam ramai nau bunyinya). Oke la, kami suami isteri, ha gitu baru betul ye dak?. Selamat lah berpindah. Baru 8 tahun ja pun kat KB tu. Walo baru je 8 tahun, tp memacam kenangan juga lah. Dari zaman anak dara hingga lah zaman berkahwin. Dari duk ngan housemate yang memacam perangai, hinggalah duk berdua je ngan housemate skang. Ihiks. Memacam perangai lah.  Termasuk perangai aku juga lah yang macam2. Haha. Nati kalo rajin, kalo dah takde apa nak diceritakan buleh citer pengalaman dengan housemate kan.

Dan skang no more KLCC view dari depan mata. 
Lori baru sampai.
Belakang AmBank tu KLCC lah. Sgt dkt.
Dari nak kemas, nak kemas, hari nak pindah baru gegas2 pindah. Biasa la kan. Lps tu baru rasa cam nyesal2 kenapa tak kemas dari awal. Hak tuih la kan utk diri sendiri. Lagi mau nyesal2. Padahal sehari sebelum tu da amik cuti. Lps register kat UM tu pun buleh je kemas, tp sedap la, tido la apa la. Gi Nagoya lah. Memacam hal. Sudahnya smpai ke dinihari duk tertonggeng2 lagi. Lps tu sebelum subuh dah bangun. Padan muka! Lps tu melambak lagi barang tertinggal. 

Aku amik mover yg biasa buat perkhidmatan angkat barang kat ofis tu ja. Itu myDH yg deal. Aku tatau apa. Yg aku tau, aku nak kotak. So, derang supply. Cuma retu aku ada mintak derang wrapping segala furniture ngan barang2 letrik, tp bila datang derang tak bawak plastik wrapping. Grr.grr.grr... dan akibat nya, peti ais aku calar. Abis ni sapa aku nak pertanggungjawabkan ni? Ha, ni yg susah kalo orang dah kenal2 nih.....
MMS gambo kat abangcik. Suh dia tunjuk
kat Mak. Ngeeee....
Tenaga kerja 3 orang. MyDH pun tolong skali la. Giler banyak barang. Aku dengar bebudak tu mengeluh. Paling tak tahan adalah - aku usung majalah InTrend aku. Haha. Iyer, aku beli InTrend sedari keluaran pertama hinggalah skang. Tak silap keluaran pertama 2005 kut. Ha, kau, 7 tahun punya keluaran. Ko darab lah dgn 12. Dkt nak 100buah majalah. Berat nak mamp! Lagi susah sbb aku tak masuk dlm kotak (giler ko, nati mau bolos berterabur tgh tangga), jadi aku ikat2 dalam 10,20 buah sekali. Berat... kalo aku pun takde kuasa aku nak angkat. Majalah lelain cam Mangga (eh, giler hapa nak beli majalah Mangga. Bluekk) Pengantin, Jelita, Nona dah ntah majalah apa lagi tah abis aku jual dah. InTrend tak boleh. Aku sayang. Tu pun tak bersusun lagi tu.
Ni kemas masa malam. Baru setgh rumah penuh
Baju aku sendiri je dah 5 kotak besau. Giler. Aku pun tak reti dah nak kurangkan cemana. Rasa macam nak pakai, tp mostly rasa cam tak berpakai dah. Entah. Lantak lah. Usungkan jer. Oke, pasni tak yah beli baju dah. Cukup lah tu.
Bila lori nak smpai dah jadi gini. Penuh rumah!
Dah kosong.
Aku ni jenis segala ntah barang tak berguna pun aku simpan. Duk sayang sayang. Lps tu bila ngemas, sendiri yang rasa, eh, ni pehal sampah ni aku simpan?. Mengong. Kotak tah amenda je pun aku simpan. Kadang tu tag baju siap rega tu pun aku simpan. 
Aku jarang beli novel.  Ada 2 kotak ja. Ini sekotak.
Aku bajet derang angkat barang2 dlm 2 jam. Tp mmg betul. Derang dtg kul 10pagi, kul 12tghari gerak ke KSU. Kiterang pun ikut gak. Sampai KSU satu hal plak. Lif angkat barang derang kasik guna 1 ja. Pulak ada ramai pindah gak hari Sabtu tu. Pakkal la kan. Jenuh.
Umah KSU yang memula kosong ja.
Oke la rumah aku ada lif, tp rumah aku hujung tanjung plak. Hahaha. Kesian bebudak tu. Muka penat abis. Salah sorang budak tu cakap "penat wey, byk giler barang" bila kawan dia kata apsal muka ko masam je. Hihi. Dik, tu pun ada lagi barang akak tak bawak. Kalo tak, mau pitam dah ko kot.
Dah masuk barang. Tp ini baru 1/4 ja.
Cemana leh byk barang pun aku tatau. Sejam lebih gak la derang ngangkat. Utk semua kerja ni derang caj RM350. Tatau lah mahal ke murah, tp kalo dibanding dari segi barang aku yg banyak giler, pastu rumah aku memula tu derang dah turun naik tangga, pehtu derang angkut plak naik lif, dan terus smpai ujung, rasa oke kut kan.

Ha, kan da panjang. Mmg kena ada part 2, so, sambung kat part 2 plak lah. Muka aku nak tulis pependek... Memang tak la kan. Ahahahah. 

Edisi Busy. Super Busy.

SILENT MODE!

Haha. Silent la sgt.
Busy sebenaunya. Busy.
Terabai blog lagi.
Cipta rekod. Bulan 9 ni byk terabai.

Masih tak dpt nak adapt dgn new life kah?
Jadi penduduk di tempat yang baru.

Lagi dgn status student baru.
Lagi dgn tugas nak lantik orang baru.
Seme seme pun baru.

Busy.
Super busy.

Lappy pun tak pernah ber on sejak duk di KSU.
Dan tak pernah ber online lagi sejak duk di situ.
Rugi bayar broadband untuk bulan ni.
Oh. Termasuk esuk, da 1 week aku jadi penduduk KSU.

Walo baju bajan masih duk ada kat KB.

Busy.
Super busy.

Kotak kotak pun still tak berkemas.
Kena kemas laju laju sbb weekend ni nak amik mak.
Lps tu, next weekend - plan nak buat housewarming.
Jemput datang ya. Insyaallah mmg akan di open dari jam 10 pagi - 10 malam. Jemput datang, at ur convenient time. Kalo rasa dalam masa 12 jam tu tak dapat nak datang, datang je lah bebila. Pun buleh.
Kad jemputan dah ada, tp map belum siap. Tak reti aku aih. Eh, skang seme pun pakai smartphone kan, kalo takde GPS tu, guna je lah maps application. Buleh kan?

Busy.
Super Busy.

Akhirnya aku decide amik 2 kelas je sem ni.
Biar kualiti, bukan kuantiti.
Tu pun nati busy la tu. Grup seme dah ada. Sebuk buat assignment pulak lah.

Busy.
Super busy.

Dah interview haruslah keluar surat lantikan.
Tahniah kepada pegawai2 baru yg dilantik.

U're the chosen one. Dan diberi kepercayaan oleh pihak atasan.
Jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Amanah.
Untuk organisasi kita. Dan amanah dari Allah juga.

Oke. Tu je lah.
Tatau bila boleh membebel cam biasa.

11 September 2012

Edisi Hari Pertama Bergelar Pelajar

Semula!

Ya lah. Sekarang ni sudah ada title student instead of orang gomen ya. Wuwuwuuu...
After 10 years tak masuk kelas/kuliah.
Bersedia tak?
Lama dah bersedia. Buat menda yg mmg dah suka kan. So, no hal.

7 Sept tu ari dah register.
Dia tulis Fakulti aku mmg 7hb tu - pagi.
So, pepagi lah pegi sbb kul 9 start register. Tetengok ramai giler dah orang. 
Oh, rupanya saja je dia tulis ikut fakulti tu, sesapa pun leh register.
Dia takut orang terlampau ramai je kalo tak ikut fakulti.

So, register.
Kul 9, dia bukak je pintu, menyerbu orang masuk sbb nak amik nombor.
Rasa awal dah. Tp dpt no. 20 lebih. Tp tak la lama sgt tunggu.

Dia ada kaunter2 dia, so mudah dah la.
Semak dokumen semua - tunjuk bukti pembayaran (mujo aku nyer betul, kalo tak satu hal nak ke Bank Islam plak, ada sorang brother tu kena, dah nak hangin dah dia) - bagi x-ray film (oh, aku rasa ni satu satunya tpt yg amek xray film, mujo aku buat sbb kat KPJ dia bagi CD skang ni) - register utk siswamail. Lepas tu abis lah. Settle. Dlm kul 10 settle dah. Alhamdulillah. Dipermudahkan. Parking seme pun senang. Tumpang je kat kolej kat dpn office IPS tu.
Semua beli baru. Bes. Bes. Baru ada semangat. Hihik.
Kelas start 10hb (Isnin).
Kul 5 tajam tajam terus kuar dari ofis. Kalo tak, mmg nahas. Tersumbat, tersekat lah jammed nati.
Alhamdulillah, oke, dalam 5.30pm da smpai.
Kena tahan lak ngan pakgad kat main gate tu. Haih.
Dia tanya mana sticker, aku kata aku student baru.
Dia kata lagi, student baru tak boleh bawa kereta.
Hah! ko giler ke nak suh aku jalan kaki. Dari office ni, kalo naik tren bagai, jenuh tak sempat nak catch up kelas kul 6pm.

Aku kata, part time student pun tak buleh ke?
Oh, part time boleh kot katanya. Ek eh. Engkau bhgn keselamatan, jaga plak U ternama ni. Pulak tu bukan guard perkhidmatan dibeli cam ofis2 ni. Dah tentu itu mmg jawatan di situ. Lagi mau ber'kot kot'.
Pastu aku tanya, mana nak dpt sticker sbb masa register dia tak bagi pun. Lagi bes dia jawab apa tau
"tak tau, tanya kat sana nati"
Bes tak?
Satu lagi maybe dia ingat aku full time student - 1st degree kat situ kot sbb muka nampak cam muda jew.. awww..awww.. Ahahahaha.

Oke, hari ni, aku bawak kad matrik sementara aku (A4 size), kalo dia tahan lagi, aku tempek depan muka dia. 

Sampai je cari kelas. Fuh. Ingat kat atas, rupanya kat bawah. Penat naik tangga.
Ramai nyer dlm kelas ni.
3 jam duk dlm tu, aku pikir2 nak amik ke tak kelas ni.
Rasa cam tak kot. Lecturer dah kata, kalo takde background subject tu tak payah amik dulu. But, aku mmg sah sah la ada kan. Tapinyer, aku rasa, aku amik 2 subject je lah instead of memula nak amik 3. Bukan per, nati masa nak presentation, buat assignment ke apa seme tu dalam satu masa. Jenuh. Nak keja lagi kan. 

Sempat gak dpt kawan baru. Tapi, derang memuda lagi. Hihik. Ahkak jugek yg dah kertu kan.
Tapi oke la. Dlm kul 7.15 camtu, dia break - ada la makan sket dia bagi - solat maghrib - then 7.40 masuk balik. Kul 9 abis. 

Oke, reni kelas lagi. Ha, yg ni mmg aku da register. Jadi, suka lah sbb nama dah ada. Semalam takde, sbb aku tak register lagi.

10 September 2012

Edisi Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad

Aloha!
Ahahaha... tetiba nak ber aloha apa hal?
Oke, salam pagi Senin. No Monday Blues oke.
Dah 10hb hari ni yer. Cepat nya masa berlalu. Rasa baru je masuk bulan Sept tu ari.

Cipta rekod.
3 hari straight tak bukak blog.
Perkara ini jarang2 terjadi.
Jika ini terjadi bermakna sangat sangat bizi.

Ekceli start hari Khamis (6 Sept) da bizi.
Seharian, dari jam 8 pagi hingga 5.00 petang duk dlm bilik interview.
Entry yg ada hari Khamis tu pun seme lah autopublish.
Yer, mmg paling lama lah interview kali ni.
Da settle interview pun balik lewat juga.
Jumpa bos dulu sbb esuknya (Jumaat) nak cuti.
Dalam nak kemas2 barang nak pindah, sempat lagi pegi Sogo jap.
Ada Sogo Card n Maybankcard sale kan.
Beli langsir, set comforter n bantal.

Hari Jumaat (7 Sept) lak lagi memacam hal.
Pepagi register @UM.
Lps tu p kedai yg beli tv. Settle kan.
Ptg tu g Nagoya jap.
Balik tu, apa lagi, ngemas barang la.
Kul 2 pagi baru stop. Tu pun tak siap kemas lagi.

Sabtu (8 Sept) - pindah randah day.
Phew.
Kul 5.30pagi dah bangun. Sambung kemas lagi. Clear kan peti ais segala.
Sbb kul 10 pagi lori sampai
Adoi. Memang penat terlampau.
Dan malam pertama di rumah baru. Hihiw.
Alhamdulillah.

Ahad (9 Sept)
Mengemas la apa lagi.
Dari pagi smpai ke malam.
Tu pun duk ulang alik rumah lama sbb byk barang tak angkut naik lori.
Penat tak usah nak kata lagi. Sakit betis, sakit lutut segala lah.
Dgn layan jammed orang pegi balik open house lagi kat Jalan Tun Razak tu.
Kul 9 jammed cam orang balik kerja. Ceh!

So, nenati baru citer satu persatu.
Harus citer, buat kenangan kan. Bukan salu ada experience pindah randah ni kan. Huhu.
Hari ni ada makan makan sempena raya bhgn kiterang.
Jemput lah datang yer. Hihi.

6 September 2012

Kisah Temuduga Dari Kacamata Seorang Penjaga Pintu

Kacamata?
Bila masa pula aku ber kaca mata?
Haha.

Oke, ini adalah pengalaman temuduga dari perspektif penjaga pintu. Ya. Penjaga pintu bilik temuduga. Aku lah tu si tukang penjaga pintu. Haha.

Mungkin orang akan kata, ah, baru sekali dua masuk bilik temuduga sudah mahu bagi perspektif bagai. Terpulang. Tp aku bukan masuk utk seorang dua calon. Tp sudah berpuluh. Eh, beratus ke.

Masa bulan puasa, aku berpeluang jaga pintu utk temuduga dalaman. Yg orang dlm yg nak naik jawatan baru. Bukan temuduga naik pangkat, tp kira temuduga utk lantikan baru. Yer, aku dulu pun tergolong dlm golongan ini bila kat jawatan skrg. Orang kata naik pangkat. Tp tidak lah. Tukar jawatan ja. Hihi.

So, dalaman ini biasa biasa ja. Lagi pun dah kenal sket orang orangnya kan. Cuma ada la yg cam sambilan seme tu, aku tgk agak take for granted. Suppose masa ini lah kena tunjukkan prestasi terbaik dlm temuduga sbb inilah peluang yg ada. Masa ini lah kena 'jual' diri. Agak kerugian di situ. Nervous mungkin. Tp rugi. Seriyes rugi. 

Kemudian, lps raya baru2  ni, utk orang luar. Jawatan gred 17 lah. Calon luar, kita buka 6 jawatan. Yg mohon ada 14ribu lebih. Diulangi. 14 ribu ya. Bukan 14ratus. Utk jawatan Pembantu Tadbir saja, ada 7ribu lebih permohonan. Ada ijazah segala pun minta jadi pembantu tadbir. Jadi, bila dah di saring, dipanggil utk temuduga jangan lah sambil lewa. Jangan lah take for granted. 
So, inilah pandangan dari seorang penjaga pintu bilik temuduga
kredit : Here

#1 : Study.
Bukan study bagai nak gila macam nak amik exam. Tp at least, kamu mesti tahu nama penuh tempat yg memanggil kamu untuk temuduga. Tergagap gagap menjawap soklan "sebutkan nama tempat yg kamu mohon kerja ini?" Tak tahu nama penuh? Hurm. Dari 7ribu lebih yg apply, kamu antara lucky one. Mengapa persiakan? Sayang tahu. Aku rasa sedih bila ada candidate  begini. Tp tak semua lah. Ada yg boleh jawab. Tp mostly tergagap gagap. Tak confident langsung. Aku tahu, derang ni isi borang online melalui JobMalaysia. Jadi, mungkin mereka tak perasan pun sapa yg panggil derang utk temuduga.
Seimbas lalu, masuk lah laman web, portal yang ada. Amik tahu lah sapa Ketua Pengarahnya, Timbalan nya. Fungsi jabatan. Tp tang KP seme tahu. Cuma tang timbalan, tiada sapa yg tahu. Kesian TKP yg ada bersama jadi panel.
Kemudian, perihal Kementerian. Ada yg tak tahu langsung nama kementerian. Kementerian Inovasi dibaginya. Oh. MOSTI la plak. Haha. Oke, mungkin nervous atau ada penyakit kegugupan. Nama menteri oke dah. Tp nama Timbalan.... kelaut...
Aku pelik. Pegi temuduga tanpa sebarang persediaan. How can dear? U're the lucky one. 7 ribu, dan kamu antara 20 terbaik. Aduhai.
Ada yg memberi alasan 'raya...tak smpat buka laman web?'. Kalo kamu sebagai majikan, terima ke jawapan tu?
Aku dulu nak pegi interview, jgn kata buka laman web, dgn menda dlm tu aku print segala. Penah aku interview kat SUK Negeri. Aku pun tatau apa perlu aku baca. Jadi, aku print senarai daerah yg ada kat negeri aku tu, keluasan dia segala. At least, ada something la boleh dicakap seolah kita tahu. Hihiw.

#2 : Penampilan
Tidak lah perlu mekap macam pokok krismas. Mengelip sana mengelip sini. At least, calitkan sedikit lah lipstik. Tak pun lip balm. Jangan lah dtg dgn muka berminyak berkilat. Tepek la sedikit compact powder tu. Sket ja pun. Bagi napak berketrampilan. Ye, aku tahu ada yg tak penah pakai tu seme. Ada yg macam eiii..eii.. apa ni mekap mekap, orang pakai bedak baby je lah. Tp pada hari anda yg terpilih dari ribuan umat tu, tolong lah 'menonjol' sket. Ada yg masuk utk jawatan PA. Tp alahai... 
Tahu tak, salah satu etika temuduga adalah perlu memakai kasut bertutup berwarna gelap?  Ada yg datang dgn sandal. Aduhai. Aku dulu pun tak suka pakai kasut bertutup. Tp utk temuduga aku dah sediakan sepasang kasut hitam bertutup. Mmg itu utk temuduga. Itu la sepasang kasut 'formal' yang aku ada. 

#3 : Sedia untuk 'menjual' diri.
Bukan yg dua singgit..dua singgit tu. Jual dalam erti kata, promote lah diri. Apa kelebihan anda? 'saya mudah berkomunikasi dengan orang ramai'. Err.. kelebihan ke tu? Bahaya kut, kang tak buat keja, asik nyembang ja. Zaman skrang ni semua di hujung jari. So, google la kriteria pembantu pejabat ke apa ke, sure keluarlah. Lps tu, masuk interview kamu kelentong lah apa kamu baca tu. Yang penting - konfiden. Haha.

#4 : Tahu serba sedikit tentang jawatan dipohon
Mohon jawatan PA, tapi tatau apa tugas dan tanggungjawab seorang PA. Lagi lagi kata perlu menjaga rahsia majikan. Selainnya?? At least masuk lah web ini - SPA. Kan ada sedikit job description di situ. Walo jawapan mungkin akan napak cliche, tp at least, kita tahu kamu ada melakukan sedikit study perihal jawatan kamu mohon. Ini lah jadinya bila mohon banyak banyak, dah tak tahu apa yg dimohon sebenarnya. Kasihan. Again, u're the chosen one. Ruginya tak buat betul betul.

#5 : Jangan terus buka cerita sedih.
Bak kata orang masa AF dulu tu, undi simpati. Contoh : saya tak kerja sbb mak saya sakit sekarang ni. Saya jaga mak saya. Oke. Bukan nak kata zalim dan tak simpati. Awal2 kamu dah buka cerita ini, nati cemna nak orang nak amik kamu bekerja. Boleh cerita pasal tu, tp twistkan jawapan. Mungkin boleh kata, sekiranya dapat kerja ni, saya akan bawa mak saya tinggal bersama saya. Lps tu mesti orang tnya kenapa. Dan baru cerita. Jangan awal2 dah bagitau apa masalah kita. Masalah lah nanti jawapannya.

#6 : Konfiden.
Ini sedikit sebanyak dari ketrampilan lah. Cara duduk pun dah tahu kamu konfiden ke tidak. Style kami di sini, masuk bilik temuduga dlm grup. Ada dalam 6-8 orang skali masuk. Ini lagi lah kena fight dgn yg lain. Janganlah duduk pun melengkung je badan. Cuba duduk tegak. Dan senyum. Suara pun kena kuat. Cakap tgk mata penemuduga. Ini cakap pun antara dengar dan tidak ja. Alahai. 

Jadi, itu lah diantaranya. Dulu, aku igt seme yg datang temuduga bersedia. Mesti dah tahu pasal syarikat la apa la. Dan aku bagai tak percaya sgt bila tk dpt bagi jawapan nama penuh jabatan. Serius. Sbb tu jangan kata orang masuk kerajaan ni ada kabel ke apa. Sbb kalo kamu sendiri men-down gradekan diri kamu, kamu dah bagi laluan pada kabel kabel tu. Apsal nak cakap kabel plak. Aku masuk keja ni, Alhamdulillah, takde kabel apa pun. Rezeki Allah. Begitu juga adik beradik aku yg lain. 

Mana yg dapat guna kabel tu, lantak la meke la situ. Derang pun mesti rasa cam tak bes juga. Ada sedara mara dpt masuk. Tp itu rezeki derang. Lagi la rasa cam malu 'ah, ko buleh la masuk sini, abang ko ada sini'. Tp kalo prestasi keja tak elok.. ha, menanggung malu lah.

Jangan la bila dah tak dpt keja tu mula nak kata 'kerajaan, mmg la..ada kabel dapat la' smbil memuncung2 bibir. Padahal sendiri yg masuk temuduga macam hampeh (maaf cakap, tp mmg aku terkilan btul dgn prestasi anak anak muda ni. Kecewa sgt sbb rasa melepaskan peluang).

Kalau ada lagi, nati aku tambah ya. Namun, pada yg masih belajar, pada yg masih mencari pekerjaan, satu je lah 'akak' nak pesan - don't take for granted pada peluang yg ada. Rugi sgt. :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign