Aku tatau ada berapa part edisi pindah randah ni. Kalo satu part je, lantak la. Aku saja tulis part 1. Kut terpanjang kang buleh buat part 2. Saja nak catat kat sini utk kenangan atau pun sebagai rujukan. Sbb tu ari aku tulis progress renovation aku tu pun ada gak gunanya. Aku tak ingat date, aku refer situ. Sbb ada gak yg aku tak catat trus kat buku nota, but aku catat dalam blog.
So, 8 Sept 2012, selamat lah kami sekeluarga (eceh, cam ramai nau bunyinya). Oke la, kami suami isteri, ha gitu baru betul ye dak?. Selamat lah berpindah. Baru 8 tahun ja pun kat KB tu. Walo baru je 8 tahun, tp memacam kenangan juga lah. Dari zaman anak dara hingga lah zaman berkahwin. Dari duk ngan housemate yang memacam perangai, hinggalah duk berdua je ngan housemate skang. Ihiks. Memacam perangai lah. Termasuk perangai aku juga lah yang macam2. Haha. Nati kalo rajin, kalo dah takde apa nak diceritakan buleh citer pengalaman dengan housemate kan.
Dan skang no more KLCC view dari depan mata.
|
Lori baru sampai. Belakang AmBank tu KLCC lah. Sgt dkt. |
Dari nak kemas, nak kemas, hari nak pindah baru gegas2 pindah. Biasa la kan. Lps tu baru rasa cam nyesal2 kenapa tak kemas dari awal.
Hak tuih la kan utk diri sendiri. Lagi mau nyesal2. Padahal sehari sebelum tu da amik cuti. Lps register kat UM tu pun buleh je kemas, tp sedap la, tido la apa la. Gi Nagoya lah. Memacam hal. Sudahnya smpai ke dinihari duk tertonggeng2 lagi. Lps tu sebelum subuh dah bangun. Padan muka! Lps tu melambak lagi barang tertinggal.
Aku amik mover yg biasa buat perkhidmatan angkat barang kat ofis tu ja. Itu myDH yg deal. Aku tatau apa. Yg aku tau, aku nak kotak. So, derang supply. Cuma retu aku ada mintak derang wrapping segala furniture ngan barang2 letrik, tp bila datang derang tak bawak plastik wrapping. Grr.grr.grr... dan akibat nya, peti ais aku calar. Abis ni sapa aku nak pertanggungjawabkan ni? Ha, ni yg susah kalo orang dah kenal2 nih.....
|
MMS gambo kat abangcik. Suh dia tunjuk kat Mak. Ngeeee.... |
Tenaga kerja 3 orang. MyDH pun tolong skali la. Giler banyak barang. Aku dengar bebudak tu mengeluh. Paling tak tahan adalah - aku usung majalah InTrend aku. Haha. Iyer, aku beli InTrend sedari keluaran pertama hinggalah skang. Tak silap keluaran pertama 2005 kut. Ha, kau, 7 tahun punya keluaran. Ko darab lah dgn 12. Dkt nak 100buah majalah. Berat nak mamp! Lagi susah sbb aku tak masuk dlm kotak (giler ko, nati mau bolos berterabur tgh tangga), jadi aku ikat2 dalam 10,20 buah sekali. Berat... kalo aku pun takde kuasa aku nak angkat. Majalah lelain cam
Mangga (eh, giler hapa nak beli majalah Mangga. Bluekk) Pengantin, Jelita, Nona dah ntah majalah apa lagi tah abis aku jual dah. InTrend tak boleh. Aku sayang. Tu pun tak bersusun lagi tu.
|
Ni kemas masa malam. Baru setgh rumah penuh |
Baju aku sendiri je dah 5 kotak besau. Giler. Aku pun tak reti dah nak kurangkan cemana. Rasa macam nak pakai, tp mostly rasa cam tak berpakai dah. Entah. Lantak lah. Usungkan jer. Oke, pasni tak yah beli baju dah. Cukup lah tu.
|
Bila lori nak smpai dah jadi gini. Penuh rumah! |
|
Dah kosong. |
Aku ni jenis segala ntah barang tak berguna pun aku simpan. Duk sayang sayang. Lps tu bila ngemas, sendiri yang rasa, eh, ni pehal sampah ni aku simpan?. Mengong. Kotak tah amenda je pun aku simpan. Kadang tu tag baju siap rega tu pun aku simpan.
|
Aku jarang beli novel. Ada 2 kotak ja. Ini sekotak. |
Aku bajet derang angkat barang2 dlm 2 jam. Tp mmg betul. Derang dtg kul 10pagi, kul 12tghari gerak ke KSU. Kiterang pun ikut gak. Sampai KSU satu hal plak. Lif angkat barang derang kasik guna 1 ja. Pulak ada ramai pindah gak hari Sabtu tu. Pakkal la kan. Jenuh.
|
Umah KSU yang memula kosong ja. |
Oke la rumah aku ada lif, tp rumah aku hujung tanjung plak. Hahaha. Kesian bebudak tu. Muka penat abis. Salah sorang budak tu cakap "penat wey, byk giler barang" bila kawan dia kata apsal muka ko masam je. Hihi. Dik, tu pun ada lagi barang akak tak bawak. Kalo tak, mau pitam dah ko kot.
|
Dah masuk barang. Tp ini baru 1/4 ja. |
Cemana leh byk barang pun aku tatau. Sejam lebih gak la derang ngangkat. Utk semua kerja ni derang caj RM350. Tatau lah mahal ke murah, tp kalo dibanding dari segi barang aku yg banyak giler, pastu rumah aku memula tu derang dah turun naik tangga, pehtu derang angkut plak naik lif, dan terus smpai ujung, rasa oke kut kan.
Ha, kan da panjang. Mmg kena ada part 2, so, sambung kat part 2 plak lah. Muka aku nak tulis pependek... Memang tak la kan. Ahahahah.
Terima kasih atas komen anda :)