Pages

30 September 2012

Edisi Input Dan Output : Bajet 2013

Sana sini sejak dari ari Jumaat pun orang dah update pasal Bajet.
Jadi tak perlu kut aku nak ulas, cerita panjang2.
Cuma, kenapa ek? bila bajet orang mesti tumpukan pada Bonus utk kakitangan awam. Padahal byk lagi isu penting dlm tu yang merangkumi kepentingan kepada rakyat khususnya dan tidak hanya untuk kakitangan awam.
Bila orang pandang itu, maka, tu lah yg jadi isu tu. Ada yg direct tulis kat FB PM lah, kata apa yg lain dapat lah. Weeyyy... PM berdiri dkt 3 jam tu bukan dia cakap pasal bonus tu je. Byk lagi menda lain weyy... Bila kata ada BR1M utk rakyat lain, kata pulak sumber duit tu dari mana. Ini kelakar gak lah. Duit tu dari mana pun ada terjejas ke duit simpanan awak dlm tu. Kurang tak satu sen? Memacam la kalo nak kondem kan. Tp kena gak ada orang2 yg jenis ini. Mana buleh yg menyokong saja.

Oke, bila tulis camni napak cam aku pro-Govt plak yer. Ate'... ai org G, harus la cam pro-G. Haha.. Boleh camtu kan?? 

Tidak lah cemtu. Semberono je kata orang tu. Sbb tu aku pun amik Master in Public Administration, which kat dlm tu ada byk course pasal 'public' ni. Juga pasal politik segala. Yer, mmg aku minat menda ni seme. Masa ni la kita boleh mengeluarkan pendapat mengenai apa yg kita baca (theory) dan apa yg kita sedang buat sebenarnya (in term of work - in public agencies). 

Jadi, tu lah. Terpulang lah memasing kan. Sbb kami ni kira kakitangan paling ramai, maka, orang akan amek kisah. Tp bank kasik bonus berbulan-bulan, sykt GLC lain yg bagi berbelas bulan, takde pula orang kesah yew. Lagi la gaji mereka berdabel2 tinggi nyer. 

Apa pun, Alhamdulillah... kami suami isteri dapat gak merasa. Mak pun dapat (pencen arwah ayah), adik beradik yg lain pun dapat. Yer, mmg kami seme keja dlm sektor govt. Dan tahun ni aku up sket - dapat baucer buku RM250. Itu pun kalo dapat lah kan. Udah la PM berlawak masa bentangkan tu hari katanya kalo U yg pro-aspirasi menang, kena tgk dulu (UM is the one U yg pro-aspirasi menang. Huhu).
credit : here

Aku ni sepatut kena gi library ni. Nak carik bahan utk buat presentation. Ha, dalam presentation aku ni ada sebut pasal Theory of Equity n Procedural Justice. Ha, kalo ada sapa rasa bajet ni unfair, meh la bagi pendapat, leh aku masukkan dalam pembentangan aku pada hari Selasa minggu depan (9 Okt). 
Tweheheheee.... 

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign