Sebelum saya bebel bebel, sebelum saya citer citer, saya minta maaf kalo ada sahabat terdekat, yg seofis, yg sedara mara, yg kawan lama dan sebagainya, yang saya tak terjemput. Satu kerna, majlis ni mmg berskala kecil, satu lagi kerna, saya terlupaaaa.... huwaaa... ada jugak yg lepas majlis baru saya teringat. Ya Allah, apa punya teruk nih.
Oke, takpe lah kan. Ada rezeki saya jemput lagi nati.
Eh, motip nak ber 'saya saya'?As planned, majlis housewarming berlangsung juga pada 22hb. Suppose nak buat bln 10, tp sbb rasa cam dah lama sgt plak, pulak tu macam bizi dgn study seme kan, so, itu lah sebab diawalkan. Lagipun, instead of housewarming, kami ada buat bacaan Yasin sket. So, kalo lama sgt dah duduk, baru nak baca Yasin cam tak sedap plak.
Proses nak buat housewarming ni mmg la agak mencabar utk kami. Ye lah, time tu la keta rosak la, hose mesin basuh rosak la apa la. Lps tu time tu la langsir segala baru nak pasang. Rumah tu apa pun takde deco deco lagi. Basic je ada. Haha. Tkpe, nati lenkali datang, Insyaallah, ada perubahan. Blkg tv tu sebenarnya kami dah order 3D board. Tp hari Jumaat baru dpt, so, tak dpt nak cat n lekat. Lps tu jam seme pun tak pasang lagi. Frame gmbr pun tak gantung.
Mmg memacam, tp kami cekalkan juga hati (eceh, ni poyo sgt nih). Akhirnya oke la. Dimulakan dgn menjemput orang hari Rabu. Lps tu gi beli barang segala. Tempah makanan and so on, so on. Amik kebenaran management jugak sbb kami nak guest diberi masuk dalam kawasan rumah utk parking. If not derang kena parking kat luar.
Mmg memacam, tp kami cekalkan juga hati (eceh, ni poyo sgt nih). Akhirnya oke la. Dimulakan dgn menjemput orang hari Rabu. Lps tu gi beli barang segala. Tempah makanan and so on, so on. Amik kebenaran management jugak sbb kami nak guest diberi masuk dalam kawasan rumah utk parking. If not derang kena parking kat luar.
Menu tak la banyak. Yg kami sediakan/buat sendiri - laksa, nasi impit + ayam rendang, salad popcorn, rojak buah. Dan aku order - nasi dagang n puding karamel. Lelain mak mertua bawak - kuih koci n dadih. Then ada pemanis mulut -choc fountain. Tapi waktu petang kami ada tambah mee goreng n mee bandung. Huhu.
Masa ni elok lagi tersusun atur kemas. Seme set tupperware. Tp bila dah ptg. Dah kelam kabut, besen kedai 2inggit pun aku taruk. Haha. |
Jemputan, Alhamdulillah. Mostly mmg hadir. Aku tak sangka. Suprise sgt sbb aku tak suspect orang nak dtg pun rumah aku nih. Huhu. Sbb bila ajak by emel n kat FB pun ramai cam tak respond, so, aku tak buleh nak budget byk mana makanan aku nak buat/order. Lagi pun kan berskala kecik. Sekali tu... huhu.. aduh, terharu weh..
Majlis aku start dari kul 12pm. (Suppose aku nak buat kul 10 kononnya, tp ku edit, jadi kul 12pm, tak sempat wehhh,..tu pun kul 12pm aku tgh duk bersilat lagik kat dapo. Giler tul). Mujo la family in law aku dah smpai. Jadi, derang tolong la potong2 buah segala.
Kul 12 tu dah siap la, salad popcorn, laksa n nasi impit. Nasi dagang kena gi amik kat Taman Dagang (Eh, kebetulan pula, dagang dan dagang. Haha). MyDH gi amik dlm kul 11 lebih tu, skali jammed katanya. Maka, dkt kul 1pm baru nasi dagang tiba. Lps azan Zohor, kita stop jap makan, ada baca Yasin. Alhamdulillah, dpt juga bertahlil. Maka, lepas lah hajat dah kan.
Tp macam tau tau, lps siap seme bacaan Yasin tu, orang mula datang. Smpai family in law aku pun balik. Sorang kak ipar aku tak join dtg skali masa family in law aku dtg. Dia dtg time tgh baca Yasin, tp bila in law seme nak balik dia pun balik. Alor, tak smpai setgh jam pun tau. Small my heart (tiru Eida). Makan pun sket je. Mungkin sbb aku tak layan sgt kot. Tp serius, time tu orang dah start datang. Mmg tak sempat nak layan sgt pun. Pulak aku sebuk duk potong buah utk buat choc fountain. Tp orang dah nak balik, takkan nak paksa paksa.
Masih terkawal. |
Masa ni mmg tak sempat dah nak entertain seme. Ramai... |
Choc fountain ni pun penyelamat keadaan jugak la. Mujo cukup2 smpai petang. At least ada orang makan menda tu. Sedap oh choc dia. Aku sewa dari Bdr Tun Razak. Fara nama owner dia. Nice betul orangnya. Boleh tgk pakej dia kat blog ni : chocolate kidz. Aku amik pakej yg sewa mesin + 2kg coklat. Aku amek kat Fara ni sbb aku tgk prosedur dia mudah jer. Deposit pun dia bagi bila dia dah check mesin tu. Takde nak bank-in balik ke apa. Coklat tu kita cairkan sendiri lah. Mudah je cairkan. Buh je atas dapo induction, campo sket Canola Oil. Kalo takde dapo induction, buh je dlm rice cooker. Sekejap je da cair. Jgn masakkan pulak dia. Aku buat buah cucuk2 dia - temikai merah, sun lady, pisang, anggur, epal hijau n mashmellow. Lps tu ada gak biskut apollo ngan biskut jejari aku beli time promosi raya kat ofis aku retu. Eh, sedap rupanya biskut tu. Sesuai buh dgn coklat. Hihik.
Kredit dari gmbar che eida Baharom. |
Dlm kul 7pm, ada lagi member dtg. Masa ni lagi giler tatau nak buat cemna dah. Suh myDH kuar jap, beli tomyam. Jadi, itu lah menu terakhir. Beli kut2 ada lagi sesapa nak dtg.
Entry seterusnya baru aku letak gmbr tetamu2 yg hadir. Yg sempat aku capture the moment bersama. Seronok sgt sbb ada setghnya 1st time jumpa. Sudi gak hadir kan. Terharu ahkak tau... Dan pada mereka juga ku ucapkan maaf lah kalo majlis ni ada kekurangan. Kurang sudu ke, kurang air ke (myDH tender bancuh air), kurang gelas, kurang makan, kurang bilik air, dan segala gala lah. Serius saya terharu neh.. Dan jangan serik nak dtg lagi. Nati bebila saya buat lagi. Tp kat tepi pool pulak :)
Terima kasih atas komen anda :)