Pages

10 July 2019

#rizqtengokwayang : Toy Story 4



Ni bulan lepas punya cerita ni.
22 Jun, hari Sabtu.
Nenek asuh Rizq buat makan2. Dia buat kecik2 ja. Jemput kenalan rapat.
Lepas pegi makan2 tu, terus bawa Rizq tgk wayang citer ni.
Abang Acap dia pun ada skali.
Abang Acap pegi umah nenek asuh jugak. Abang Acap (sepupu Rizq) ni baby 1st yang nenek jaga. Sekarang umo abang Acap dah 25 tahun. Huhu. Abang Acap panggil nenek asuh - mama. Sekarang Rizq panggil nenek. Huhu.

Jadi, lepas makan2 tu kiterang pegi lah terus ke Quill Mall.
Sini lah senang. Takde orang pun. Nak beli tiket pun aman aman ja.
Sekarang beli tiket takde dah kaunter. Kalau kaunter kena guna kad ja.
Nak guna cash, sila ke mesin dia.
Amboi. Bertahun dah kot tak pegi tgk wayang ni.
Eh. Ada la. Masa tgk Didi n Friends tu :D
Kira ni kali kedua lah Rizq masuk wayang.

Dan sekali lagi terkejut sbb tgk tiket 3 orang RM52.50!
Mak oii.. dah kenapa mahai bebeno ni.
Bila tgk resit, cukai hiburan je dah RM10.50.
Maknanya RM3.50 sorang.
Harga tiket RM14 sorang.
Maknanya cukai hiburan tu 25%.
Jadi, tiket masuk untuk seorang adalah RM17.50
Okay. Tepuk dahi.

Naseb la uols yang muda mudi ni nak bawak awek tgk wayang ya.
Kami dulu doblas ringgit dah buleh masuk dah.
Sekarang dekat doploh ringgit hoi.
Tu tak masuk beli popcorn lagi, parking lagi, makan2 lagi.
Ko berdeting takde RM100 cash jangan cerita la.
Tu pun masa beli ni aku tgk ada couple tu nak beli tiket kat kaunter. Guna kad. Sekali kad dia tak cukup nilai. Terpaksa pula dia guna kad awek dia. Takpe dik. Akak faham. Belum gaji, kan? Huhu.

Okay. Lupakan pasal tu.
Caj ni pun nanti jadi kesenangan utk kita juga semula kan. Bukan setiap hari pun nak tgk wayang. Sesekali ja. 3 orang RM50, kalau anak beranak ramai macam 6 orang ke, baru RM100. Okay lah tu.
Lagi tinggi caj, lagi banyak yang akan ditambah baik, lagi banyak kemudahan dan kesenangan kita dapat :)

So, cemana Rizq dalam ni.
(T____T).
15 minit pertama - ya dia teruja. Tapi sbb kami masuk masih part iklan. Patut kena masuk lewat. Bagi cerita dah start baru masuk.
Lepas tu dia dah rengsa. Tapi bertahan lagi.
Masuk sejam dia dah nak bergerak gerak.
Adeh.
Ayah dia bawa keluar jap.
Lepas tu mula lah ke sana ke sini.
Naseb la orang tak ramai. Dan juga naseb cerita kanak-kanak. Kalau cerita lain kami tak bawak lah pun. Ni pun rasa tak selesa jugak. Takut menganggu orang.

Overall cerita ni best.
Suka tgk. Comel2 belaka.
Rasa yg part 1, part 2 dah tgk. Part 3 lupa. 
Boleh lah.
Tapi, nak bawa lagi dia pergi tgk wayang, thn depan lah pulak kot.
Setahun sekali je bawa tgk wayang :D



2 juta komen

pengalaman berbeza ikut umur dak kecik tu kekda....hehehe....
Lama jugak tak tgk wayang [tetibaa...] =)))

alaa tak berkesempatan lagi tengok toy story 4 :( btw saya follow sini ye #107

https://sayesyadiya.blogspot.com

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign