Pages

Showing posts with label birthday Rizq. Show all posts
Showing posts with label birthday Rizq. Show all posts

20 June 2019

Celebrate Birthday Rizq Iskandar (V2)

Ini celebrate kat kampung pulak.
Kalau last year sambut umah uwan dia kat PJ.
Tahun ni kat kampung semula.
Kali ni kita celebrate famili ja.
Buat malam raya ke2. Khamis tu.

Mak Rizq order kek fruitlicious dari Secret Recipe.
Maklum lah SR baru buka kat pekan kiterang nih.
Dulu kalau nak kek SR jauh nak pi. Kena gi Ipoh / KK.
Booking dulu by phone masa raya pertama tu.
Pastu raya kedua tu, sebelum gi jejalan raya, gi bayo. Nak balik rumah baru amik.
Simple je kali ni.
Buat macaroni.
Pastu makan sate (ayahcik belanja).
Potong kek.

Dak kecik ni nampak kek terus nak kek..nak kek..
Naseb la bila orang nyanyi happy birthday kat dia, dia tak melalak.
Tapi, dia punya perangai, lambat sgt orang nak bagi dia kek, dia pi ngap kek tu (T____T).
Ya Tuhannn... anakkk... hahahahah.

Antara gambar2 yang ada.
Sebok nak makan semua. Tak byk amik gambar :D


Ada yang sempat rakam aksi dia tgh nak makan kek tu.

Dah gigit kek tu, dia buat muka selamba.
Ko mampu??!
Adoi.
With mak2, pak2 sedara.
And sepupu2 Rizq.
Sepupu dia semua dah besar2.
So, kat sini dia memang dimanjakan lah :D
Siap tido lambat dok tgk abg2 sepupu dia main PS4. Macam bujang2 dah lagaknya (T___T)


1 June 2019

Happy 3rd Birthday, Rizq Iskandar

1st June 2019
Happy 3rd Birthday, Son.


Moga menjadi anak yang soleh, anak yang bijak, anak yang menyenangkan hati semua orang.
Ibu, Ayah love you so much, to the moon and back.
Awak kurniaan Allah paling istimewa untuk kami.


25weeks dalam perut 

Beberapa jam selepas dilahirkan

Genap 1 tahun

Photoshoot 1 tahun :)

1st birthday.
Hari raya 2017 di rumah opah.

2nd birthday at Rumah Uwan, PJ
Majlis berbuka puasa famili




Photoshoot 2 tahun.


Utk 3 tahun, belum photoshoot.
Maybe nak ambik outdoor pula sbb dah 2 tahun buat indoor photoshoot.
Baju semua dah ready.
Heee.. Tahu je lah mak Rizq ni kan.
Belum booking je lagi.
Lepas raya lah carik PG.


4 June 2018

Happy 2nd Birthday Rizq Iskandar

1hb Jun 2018.
Sudah 2 tahun umurnya.
Alhamdulillah.
Syukur pada Allah.
Macam biasa, jatuh pada bulan Ramadan lagi.
(dan akan berterusan hingga 3,4 tahun lagi rasanya. Hehe).
Kita buat small celebration je bersama family belah uwan n aki Rizq.
Buat buka puasa, then buat cake cutting ceremony sket.
Buat pada 2hb. Sbb hari Sabtu.
Oh.
Sebelum tu kami ada sesi photoshoot.
Biasa lah.
Kali ni bertema raya terus.
Ye lah. Selalunya gambar berbaju raya asyik lah tak semenggah.
Kali ni kita amik gambar elok-elok.
Gambar lain-lain ada di FB :)



Dan.
Dengan ini, maka sempurna lah sudah penyusuan Rizq Iskandar.
Terima kasih Allah dengan rezeki ini. Terima kasih kerana memberi kemampuan kepada emak Rizq untuk menyusukan Rizq dengan susu sendiri.
Perjalanan yang tidak mudah, tapi tidak juga terlalu sukar.
Pendek kata, memang dipermudahkan Allah.
Sepanjang 2 tahun tu, tak pernah dihantar kursus luar kawasan yang memerlukan bermalam. Tiada outstation, kerja pun tidak terlalu teruk dan dapat mengepam mengikut jadual.
Keperluan anak pun dapat dipenuhi. Setiap hari dapat bekalkan susu sebagaimana keperluan Rizq. Momen terindah sangat.
Tak sangka dapat menyempurnakan.


Untuk Rizq Iskandar,
Ibu dan Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Rizq Iskandar.
Jadi anak yang soleh, menjadi anak yang bijak dan sentiasa menjaga agama.

25 April 2018

2 Years Old Boy Photo Shoot

Rizq dah nak turn 2 tak lama lagi.
So, jom kita carik idea apa props yang akan kita gunakan utk photo shoot tahun ni.
Last year, idea je ada di sini.
Tapi, yang jadi adalah begini.

Best gak studio photo shoot  ni.
Jadi, tahun ni mak Rizq decide untuk studio photo shoot lagi.
Tema dah ada sebenarnya.
Slot untuk photo shoot pun da booked.
So... tungguuuuuu...

Sekarang ni kita nak carik props dia ja.
Jom tengok!

Last year mak Rizq buat sendiri number 1.

Rasa memang nak beli lah blackboard kecik tu.
Huruf tu boleh order kat shopee ja.

Yang ni kang nak kena usung pulak segala keta dia.

Pegang 2 belon.


Atau nak senang beli no. 2 ni ja.
\
Saja letak gambar ni.
Smart kan. Mak suka.
Tapi, tak sesuai dengan cuaca negara kita
nak pakai camni. Huhu.

p/s : Dah lama juga tak buat outdoor photoshoot. Maybe nak buat masa 10th wedding anniversary nanti. Macam best jugak kan. Dapat buat kat tepi pantai ka, kat Cameron Highland ka. InsyaAllah. Boleh..boleh...

3 August 2017

Rizq's 1st Birthday

Hari lahir Rizq adalah pada 1 Jun.
Tapi, tahun ni, 1 Jun adalah puasa ke6.
Tak boleh lah nak buat majlis pada hari tersebut.

Just mak n ayah Rizq ada tempah kek dari baker's mak.
2 jenis kek kegemaran - brownies dgn pandan gula melaka.
Pastu kami agih2 pada rerakan office and nenek asuh Rizq.
Dah beberapa kali mak Rizq order dari Azwa ni.
Baker's yg baik. Dan tidak bagai bagai.
Yang mak Rizq suka tu sbb dia ada free delivery setiap hari Jumaat.
Makanya, mak Rizq suka order hari Jumaat, terus ke office.
Kek dia memang sedap. Sangat. Diakui. Dan harga sangat reasonable.
Jadi, mak promote dia. Area KL, boleh la order dgn Azwa ni.
IG dia [sugarbakes]


Okay. Lps tu, tahun ni ingat nak buat birthday Rizq di kampung.
Lepas tu ada lah beberapa siri lagi. Nak buat kat KFC ke McD ke.
Tapi, masa macam takde lah nak buat. Nak nak plak time raya kan. Semua orang sebok ngan open house.
Mak dah siap buat banner tau utk majlis2 ni.
Tapi dah tak sempat. Akur je lah ada satu majlis.
Next year lah. Rizq turn two. Tapi tu pun masa bulan puasa juga.
Jadi, kita buat open house raya terus lah. Tempat cam biasa lah. By the pool juga.
Okay juga tu, setiap tahun kita akan buat kenduri makan makan jamu orang, kan?

Majlis di rumah opah.
Syawal kedua.
Kami masak sendiri ja.

Ada laksa, opah buat (sekejapan je abis, mak makan semangkuk je).
Ada makaroni, mak Rizq buat.
Ada pulut kuning.
Ada roti jala.
Ada homemade meatball, kak ipar buat.
Buah2.
Dan kek.
Kau ingat orang kampung takde yg pandai buat kek gegambar ni?
Huhu.
Yang best nya, Rizq buat drama pulak.
Dah bagi dia lena dulu dalam 2 jam dgn harapan dia bangun nanti mood dia baik.
Bila dia terjaga tu, salin lah baju dia apa semua.
Lepas tu bawak ke depan.
Orang pun semua nyanyi happy birthday to you.. happy birthday to you.
Dia boleh bantai nangis okay.
Haha.
Anak aku melankolik sangat ke hapa ni.
Kot rasa sebak ke orang meraikan majlis dia.
Haha.
Yang pasti, dia panas.
Ya. Hari raya pertama pun dia mengamuk. Sbb panas.
Yang ni pun, lepas dia ngamuk2 tu., tanggalkan baju, tukar pakai singlet. Baru senyap.
Ya Tohaannnnnn....
Layan je lah gegambar yang ada.

Memula ni elok lagi.

Ha. Mula dah. Orang nyanyi2 dia dah nak marah.

Rimas dah.

Makin stress. 

Dan terus ngamok.

Patut lah. Panas memanco manco kat situ.

Doa.

Doa by abang ipaq

Masa ni dah elok tapi moody terus. Haha.


Jemputan pun tak ramai.
Sedara mara kami je.
Simple simple je pun.
Tu lah. Rasa tak puas hati juga tak buat majlis beria.
Takpe lah.
Lagi pun tahun ni baru buat dia punya majlis akikah tu ari kan.
Nak buat lagi pun, orang cemuih plak asik nak dtg rumah kita.
Hehe.
So, next year plak.

20 June 2017

Rizq Turn 1 Studio Photoshoot

Mak kan macam macam.
Haha.
Dah teringin nak studio photoshoot la plak.
Carik carik, guna hashtag segala dan nak jadi rezeki, ada satu studio ni buat promo ambik gambar bertema hari raya.
Terus pm tanya bleh tak kalau amik promo tu tapi tak amik gambar raya.
Tak kesah katanya.
So, terus deal.

Mari lah kita pergi ambik gambo.
10hb Jun. 
10 hari lepas birthday ke setahun.
Itu pun, sesi sepatutnya kul 12.30. Smpai studio tu dkt nak kul 1pm.

Mana tak nya. Dah siap lawa2. Dah naik keta semua.
Ttiba budak bertuah tu berak plak. Haha.

Naseb la tempat tu on d way nak ke office juga. Maka, singgah ofis.
Wash kat office. Haha.
Pitam tau.
Pastu pulak waktu tido dia.
Dah tertido dlm keta.


Tapi, Rizq Iskandar bukan jenis crancky tak memasal.
Dia okay je kalau ttiba terbangun dari tido.
Asal kita ada kat depan muka dia.

Nak warm up pun tak lama.

Patut sesi ni sejam. Tp sbb kami lewat dah jadi setgh jam je lah.
Tapi, setgh jam pun.. sgt successful tau. Sbb Rizq Iskandar sangat memberi kerjasama.

Memang anak soleh ibu ni :)

Gambar ada kt FB. Ada kat IG.
Ni mak sharing sket.
Yang lain dari yg dah share tu.
Cam biasa, mak dah design utk photobook juga.





1 June 2017

Selamat Hari Lahir Pertama, Rizq Iskandar






First and foremost, Thank You Allah for these greatest gift in our life.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Syukur atas kurniaan ini.

Moga Rizq Iskandar bin Mohd Ruslan, sentiasa berada dalam lindungan Allah, menjadi anak soleh, anak yang bijak, anak yang menyenangkan hati orang yang memandang, akhlak yang baik dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola.

We love you.
To the moon and back!


*walau bulan puasa, dah banyak program yg mak plan utk si kecik ni. Birthday party ditangguhkan hingga hari raya. Mungkin ada banyak version birthday party nya. So, nantikan undangan ya! 

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign