Pages

Showing posts with label puas hati. Show all posts
Showing posts with label puas hati. Show all posts

17 December 2015

#puanstoberisuka : Order Cheese Tart

Aiyoh... susah betei lah nak carik orang yg buat cheese tart.
Bukan susah apa. Ada tu ada.
Tapi, begitu begini pula cerita nya.

Sebenarnya, mmg dah ada member yg buat menda2 camni.
Tapi tu lah.. dia keja PWTC. Pastu masa nak order tart ni, dia sebok ngan PAU. Jadi, tak boleh order kat dia.
Kut tak mmg order kat dia je lah.
Dah la sedap. Fruit tart dia, mmg ai bagi 5 bintang.
Dulu pernah ada buat entry pun [link : creampuff]

So, ai terpaksa lah guna kuasa Pamoga hashtag #sayajual.
Haiyoh..not easy man..not easy..
Ada yg nampak cun dah cheese tart dia (ai nak fruit cheese tart sebenarnya), tapi nun jauh kat Kedah la, Pahang la, Shah Alam la.

Lagi satu, yg jadi susah bila ai nak menda ni pagi. Awal pagi.
Sbb ai nak bawa pula ke tempat lain. Tak ramai yg bole commit awal pagi nak deliver.
Ada yg kata boleh deliver terus ke tempat ai nak bagi tu, tapi minta nama penerima pula.
Oh. Cannot lah. Ai bukan nak bagi pada seorang je. Ai nak bagi reramai.
In fact, ai pun tak tahu nak bagi nama siapa. Kang buat nya orang tu takde ke apa ke. Cemna kan.
So, terpaksa lah cancel yg ni.
Carik lagi. Ai macam dah fedap dah mulanya. 
Rasa cam nak bagi karipap sardin je lah kalau camni. Haha.

Tapi, dah namanya hajat kan. Allah permudahkan lah juga.
Nasib jumpa satu.
Deal ngan dia. Dia kata boleh buat delivery pagi.
Ai tak kesah pun kalau orang tak hantar smpai ke rumah.
Cukup kalau ai boleh pick up dkt kawasan2 rumah.
So, yang bakers ni boleh. Katanya dia boleh hantar area Giant BC.
Just nice. Dan boleh commit untuk hantar dalam pukul 9 pagi.
Lega giler.
Closed deal je terus bayar.

Pagi tu tunggu je lah kat tmpat yg di deal.
Ai rasa bakers ni fulltime housewife kot.


Best.
Memuaskan hati. Harga pun reasonable.
Terima kasih Azwa sbb sudi terima tempahan and hantar awal pagi.
Alhamdulillah. Lepas hajat nak sedekah kat orang hari Jumaat tu.
Jadi, ai bagi hashtag #puanstoberisuka.
Boleh carik IG adik ni @sugarbakes [websta : link]


4 March 2015

Perkhidmatan BSN Ipoh (HQ) Memuaskan Hati

Kalau memang dah bagus, kita cakap bagus.
Bukan yang tak bagus je kita nak cerita.

Okey, ni pengalaman aku ke BSN Perak (Ibu Pejabat Negeri).
Letaknya kat Ipoh la kan.
Entry ni sememangnya untuk BSN Ipoh sahaja, bukan utk lelain BSN. 
Sbb? Ada sebabnya ya. Jap lagi kita story.
Now kita cerita penghargaan utk BSN Ipoh ni dulu.

kredit gambar : beautifulipoh
Last Monday (2.3.2015) aku ke BSN Ipoh atas satu urusan. Ini pertama kali lah pun aku ke sana. Walau duk di Perak, tapi tak pernah la nak g BSN tu. Nak buat ke hapa pun kan. Tapi okay la sini, parking pun senang gak. Ada je belakang2 tu.
Mulanya aku diberitahu, urusan aku ni perlu bawa mak bersama. Tu yang ambik cuti dan bawak mak sekali. 

Masa baru sampai dan nak naik ke kaunter pun dah puas hati dah sebenarnya.
Polis bantuan yang jaga situ, nampak je mak aku dia dah suruh naik lif. Sbb mak aku bertongkat. Jadi, dia tahu la sakit lutut nak naik tangga ke kaunter. 
Masa nak tunggu lif pun, ada staff yang menyapa. Nak kemana? Kalau nak ke kaunter, tingkat 2, katanya.

Jadi, naik lif, pergi tingkat 2 (namanya je tingkat 2, kalau naik tangga satu tingkat je).
Pergi kaunter. Tanya kakak bertugas kat depan skali tu.
Dia explain pun baik je. Sampai dia yang isi kan borang. Sbb ada la urusan nak tukar tukar dokumen la apa la. Jadi, dia tolong.

Lepas tu, dia kata suppose tak perlu pun bawak mak ni. Kiterang pun cam eh?
Aku pun cakap la, tu ari saya call no BSN HQ (KL) - no kat laman web tu la kan - dia kata kalau nak buat transaction keluar duit ke apa ke, mesti bawa mak. Dan bawa ke centre. Kalau branch, takut takde duit. Aku cam haiyo.. bank kot, takkan takde duit.

Sbb tu aku kata, aku tak mahu bagi pujian dan penghargaan pada BSN lain. Operator yang bagi penerangan ke aku tu pun tahpehapa je. Banyak kali dia cakap, mmg kena bawa mak. Kalau mak tak larat, sakit tak boleh bangun sekali pun, pihak BSN yang akan datang rumah. Amboi. Jadi, tu yang kami bawa mak. If not, dah settle kat KL je lah kan.
Dah la memula aku call satu nombor, dia suruh call nombor lain, dah call dia suruh call balik nombor memula tu. Dah aku cam nak marah baru dia tanya nak cakap pasal urusan apa. Dah cakap tu yang dia kata kena bawa mak ke centre la apa la.

So, bila aku cerita pasal branch takde duit ke kakak bertugas tu, dia kata kena call cawangan, bagitahu nak keluar berapa. Buleh je dik nak keluar duit kat cawangan tu katanya, tapi kena call dulu lah. Sbb branch ni ada limit berapa sehari yang dia buleh keluarkan. So, depa ni kena dapat approval la kalau nak keluar lebih. Tp perempuan yang bagi info ke aku tu ari, macam tak galakkan pergi branch la. Senang2 pergi centre je katanya. 

Dah isi borang semua, ambik nombor. Oh. Canggih kiosk ambik nombor kat BSN ni ek. Siap kena masukkan IC bagai. Haha. Tp lepas tu rupanya silap yg kiterang buat tu sbb kami nyer urusan tak melibatkan akaun. Ada juga staff yang membantu. So, okay la kan.

Pastu kaunter yang aku berurusan tu pun mudah je. Elok je layan. Lupa plak nama adik tu.
Dan pegawai depa pun okay juga. 

So, secara keseluruhan mmg aku berpuas hati.
Thumbs up untuk BSN Ipoh.
Keep it up good work.
Kekalkan begitu. Pelanggan pun senang hati je rasa.

Apa yang kami kesalkan adalah kesilapan info yang diberikan oleh operator yang jawab call aku. If tak tahu nak bagi info, suruh je lah aku ke HQ di jalan Ampang tu. Dekat je pun dengan ofis. Kalau tak, aku buleh settlekan urusan tu di KL sahaja. Tu pun naseb mmg kami ada urusan di Ipoh. Kalau tidak, sesia kan. Dengan aku cuti nya lagi. Takpe lah kan. Dah selesai pun urusannya.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign