Pages

11 November 2014

Transfer NCD Kereta Lama ke Kereta Baru

Sapa dah tahu, okey lah.
Sapa belum tahu, mari kita sharing.

Suppose aku buat menda ni last year, masa aku beli kereta baru tu. Tapi entah la. Cam tak terpikir. Sbb aku ingat, kalau jual kereta lama baru buleh tukar NCD tu, lps tu pulak kakak jual kereta tu pun tak advise. Mmg mampuih la dia tak advise kan.. komisyen beb..komisyen.. dia tahu kereta lama aku mmg NCD dah 55% kan.

Lagi pun, masa last year kan macam ada prob sket masa nak amik kereta tu. Lebih kurang sebulan jugak baru nak dpt kereta. Masa tu la sistem kat JPJ tu down lah apa lah. Nak dptkan nombor aku nak pun tak dapat. Susah dan menyusahkan. Mencik!

So, takpe. Thn ni kita buat. Sama jugak. Jimat dalm 1k jugak kan.

Baik lah, ini adalah prosedurnya. Yang masih digunakan ketika ini. Tak tahu la 2,3 tahun nanti bertukar ke kan.
But, now, mmg gini prosedurnya sbb aku yang uruskan sendiri. Takde agen2 nih. Agen ni tahu call je. Dah la bagi quotation pun salah. Boleh?? Langsung tak reliable. Cenggitu nak suruh kita amik dengan dia.

**Kalau nak transfer NCD insurance kereta lama kita ke kereta baru, kena nama yg sama pada kedua dua kereta. Ni orang insurans tu yg beritahu. As long nama sama, buleh transfer NCD (kalau nama lain, tu aku tak pasti.. ada orang kata boleh.. setahu aku tak boleh.. tp no need to harm nak tanya orang insurans kan).

**Then, pergi ke sykt insurans kereta lama kita. Ini better pergi syarikat, bukan agen. Bagitahu lah kita nak transfer NCD kereta lama ke kereta baru.
**Nanti dia bagi satu borang untuk kita isi and sign.
**Insurans pada kereta lama akan di alter. Kita ada kena bayar sket lah utk tempoh insurans yg masih berkuatkuasa pada kereta lama. Cam aku, kira cam untung sket sbb tempoh dah tak lama. Renew insurance dan roadtax kereta lama pada bulan Januari. So, tak lah kena bayar banyak sgt kan.
**Then, kalau taknak gunakan insurans sykt tu utk kereta baru, kita bawaklah dokumen NCD yg dah ditransfer ke sykt insurans kereta baru.
Itu saja.

Cam aku, aku malas nak pikir2 dah, aku settle situ je.
Kereta lama and kereta baru guna insurans yang sama.

So, sykt tu terus renewkan road-tax kereta baru dengan NCD dari kereta lama.
Takyah nak pening2 kan.
Lagipun, kalau kita buat sendiri insurans apa semua ni, dapat diskaun 10% lagi.

Jadi, sekarang dah selamat lah che merah ku dengan NCD 55% yang diambil dari NCD incik kelabu. NCD incik kelabu jadi 25% (bukan 0 yang since aku tukar pada tahun kedua. If tukar masa baru beli kereta memang akan jadi 0)

Sbb ada dingdong transfer NCD bagai ni, tak buleh la nak buat direct MYEG kan.
So, next year buleh buat thro MYEG. Lagi senang kan. Tp kereta lama sebelum ni aku buat kat pejabat pos je. Ala, senang je kot.. atau lepas ni direct trus p sykt insurans je. Abih citer.

PENTING : Utk urusan pertukaran NCD, empunya atau penama kereta mesti pergi sendiri sbb ada dokumen perlu ditandatangani oleh kita sendiri. Tak boleh mewakilkan orang lain yer ....

**Tgk video viral kat FB yg pasal orang insurans call orang lelaki yg tgh makan nasik tu. Pastu paling kelakar bila lelaki tu cakap "saya ada insurans, KURNIA, insurans kereta saya. Tu pun sbb kerajaan wajibkan, kalau tak, saya pun taknak ambik"
Muahahaha. Kan.. thorbaek la bro.. aku pun nak tiru lah ayat dia bila ada agen insurans call promote insurans dia. Muahahahah.

4 juta komen

Xbiasa sgt..sllu hubs yg bt kan..ngee

AZRINE :
Dear, if nk transfer ncd, tuanpunya sendiri kena pergi sbb ada doc yg kena sign by tuanpunya.
tp kalau nk renew insurance saja.. tkpe lah org lain uruskan..
Nak transfer NCD berbeza dgn renew insurance saja .. ☺

Assalamualaikum sis tumpang tanya, Jika kita bawa NCD kereta lama ke kereta baru (55%). Bagaimana dengan status NCD kereta lama? insuran kereta lama kena bayar full semula (NCD 0 %) atau kereta lama masih teruskan NCD 55% tersebut. *Kereta lama dah 8 tahun

Hai Hafyz,

Waalaikumsalam. Kalau bawa NCD dari kereta lama ke kereta baru - then kereta lama tu akan NCD 0 semula. Ni kalau tukar terus masa baru beli kereta. Maknanya, beli kereta baru then terus amik NCD kereta lama.
Macam kes saya ni, tahun kedua baru saya pindahkan NCD kereta lama ke kereta baru. Tu yg tak turun 0% tu.
Harap membantu :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign