Pages

20 May 2014

Tombol Oh Tombol

Buat hal betul lah.
Boleh pulak terkunci dalam rumah sendiri (-_-")

Kisahnya. Malam sebelum kiterang nak ke Cameron Highland.
Jumaat malam.
Balik kerja tu oke ja. Buleh bukak pintu. Pastu myDH kuar jap beli nasik goreng.
Skali dia nak kuar utk kunci padlock kat grill dah tak buleh bukak pintu.
Bistu, cemna ni?
Aku rilek je sebenarnya. Sbb ada experience byk kali gak lah dengan tombol mombol nih.
MyDH kalut.
Aku rilek je g kupas mangga - makan mangga dulu.
Makan nasik goreng segala.
Alah. Mesti buleh bukak lah.
Dulu kat hostel, masa kat uitm pun pernah jadi. Nak pergi kelas time tu. Terkunci. Kadang2 kalau terkunci kami try bukak ngan kad. Ala, dulu kan public phone ada pakai kad. Tebal sket kad tu kan. So, kadang2 buleh je terbukak kalau kita 'swipe' kad tu kat celah pintu tu (tp tu pun ada cara dia - bukan buleh simply2 swipe. Haha). Tapi, satu hari tu tak boleh - dah tu nak pergi kelas pulak tu. Terpaksa call maintenance. 
Skali pulak kat rumah sewa. Terkunci dalam bilik. Entah cemana kami godek2, mahu jugak terbukak.

So, sbb ada byk experience aku rilek ja.
Aku cakap, apa nak risau, worst come to worst - kita call guard je mintak tolong bukak.
Tapi, kena la try. Lagi satu masalah sbb guard nepal nih. Kang kita cakap2 dia paham ke tak. 
Godek2, guna segala peralatan yg ada dlm rumah.
Akhirnya terbukak lah tombol tu.

Tapi, kau rasa setakat tu je ke citer nya. Satu hal pulak bila kunci yg ada dalam pintu tu tak mahu terbukak. Susah jugak sistem tombol ni rupanya. Tp ye lah, tak kan dia buat mudah2 je. Kang senang je pencuri bukak masuk rumah orang. Dia cam ada satu lagi kunci dalam pintu tu. Latch kot nama dia. Entah. Aku tak pasti lah pasal sistem tombol nih.
Pintu siap berlubang dah ni. Tapi, tetap tak buleh bukak. Giler btul lah.

Mujo sel otak berhubung.
MyDH try call adik dia. Adik dia buleh la bab tukang2 ni sbb mmg bidang dia. Kerja pun bidang itu gak. Dan Alhamdulillah, rezeki kami, adik dia masih kat ofis (kul 11mlm dah time tu). Dan mmg opis adik dia dalam 10minit je dari rumah kiterang. Syukur.

Tapi, sebelum adik myDH sampai, entah cemana laki aku godek, tercabut gak la 'selak' tu. Buleh bukak.
So, bila adik ipar aku tu sampai derang cuma pasang balik lah.
Adik ipar aku siap bawak la tombol baru. Tapi, masalah pulak sbb yg kunci dalam pintu tu tak sama saiz. Panjang pulak. Terpaksa amik yg kunci kat bilik lain dan bubuh dalam tu.
*sigh*

Aku time tu dah ter lena dah.
Derang godek smpai kul 12 lebih.

Phew. Pintu, pintu. Kau buat hal pintu.
Mujo dia buat hal malam. Kut nya masa kiterang dah siap2 nak keluar pergi Cameron?
Mmg potong mood lah. Sesilap tak pergi terus.

Rasa cam nak tukar je kunci pintu utama ni. Takmo pakai tombol. Pakai door handle cam ni pulak. Ke lagi senang terkunci camni.
kredit : Here
Kang buat camni tau lah
kredit : here

p/s : Masa tu takde rasa nak google apa ke. Tapi bila google rupanya ada keyword "tombol pintu terkunci dari dalam". Maknanya, kes ini common case. Muahahahaha.

5 juta komen

kalau kejadian ni sebelum gi cameroan msti mood spoil habis kan..hhuhuh..
n sib baik jgk leh repair balik.. huhu

sib baik gak x happend during emergency...bahaya gak tu eh...mungkin tombol pintu jenis ni memang mudah rosak kot...

kawasan umah sy pon byk yg jem.. nak2 rumah lama hold b4 serah ke pembeli...

masa duduk rumah sewa sebelum kahwin dulu, zana pernah terkunci kat balkoni sidau baju & time tu sorang2 kat rumah.. lama giler duduk kat luar nak tunggu member balik.. nasib baik diaorang keluar gi beli makan jer.. kalau diaorang balik kampung? jerit panggil jiran suruh call bomba la kot kan? hihihihi

hihihi .. mmg spoillah jwbnya kalau nak pg berjln jadi camni ...

klu ukar lg jimat lg bgs... janji x menusahkan.. dibuatnya jadi mcm tu lg.. haru .. haru...

kemahin cr idea siap mkn mangga dulu

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign