Pages

7 March 2014

Masalah Penstoran

Aku rasa aku ada masalah penstoran la kat rumah aku tu.
Bukan rasa. Mmg iyer.
Dek kerana perangai 'sayang barang', kat rumah tu berlonggok barang yg - kalau buang nanti nak guna balik, padahal tak guna pun sampai bebila. Sgt pftttt.... -_-"

Yang dihangkut dari rumah lama - bawa ke rumah sekarang - masih banyak.
Satu lagi penyakit aku - walau barang tu macam pre-loved, aku tak boleh nak jual. Entah ek. Ha, tu mmg penyakit gak tu. Aku tgk orang senang je jual baju, jual tudung pre-loved apa seme. Aku cam ada ke orang nak beli baju kurung camtu. Eh. Ada you... habis baju dia. Padahal biasa2 je kot. Tapi, aku nak buat camtu, masih belum terbuka hati. Nak bagi free ke orang atau bagi ke rumah anak yatim - tu takpe, tapi nak jual tu cam.. masih teragak agak ada ke orang nak beli baju/barang terpakai nih. Tapi rumah anak yatim pun dah tak mo baju baju nih. Umah anak yatim kat kampung aku tu pun, tak mahu dah baju sbb cam lambakan (ye lah..orang hantar baju buruk2..dah jadi tpt longgokan baju lama plak)

Jadi, rumah aku penuh barang!
Yang kadang aku pun sakittt mataaa.. apsal aku tgk rumah orang lain barang dia minima je.
Geram betul aku.

Aku kena gak buang barang2 aku tak guna.
Tapi.. kang bila dah buang tu la baru nak guna.
Masa tu la baru.. la... dah buang baru nak pakai.
Selalu camtu. Kan?

Satu lagi yang memenuhi rumah aku is - buku.
Ya. Buku.
Kegilaan aku pada buku membuatkan berlambak buku2 kat rumah aku.
Tidak tertakluk kepada novel, yang banyak adalah majalah, buku2 kesihatan, buku motivasi, buku agama.

Tu tak masuk album, photobook.
Tu tak masuk ke dapur. Dengan Tupperware, segala mak nenek bekas plastik (which, tu ari aku dah buang bekas yg bukan tupperware - pun masih byk lagi)
Pfttt..
Mmg ada masalah storan aku ni.
Mmg kompom.
Aku kalau boleh nak minima kan barang dalam rumah aku ni. But how... urgh.. problem!

Aku ada follow satu blog ni http://iheartorganizing.blogspot.com/

Bes. Sbb dia salu tunjuk dia nyer cara susun2.
Blog omputih la.

Dan kebetulan latest entry dia pasal rak susun barang.
Yang pada masa yang sama, aku mmg nak carik rak camtu.
Gambar kredit to blog itu lah.


Kemas kan? Suka. Nak carik.

Ikea?
Bukan lah. Ada kedai furniture yang ada rak2 camni, lebih lawa pun ada. Dan yang penting lebih murah dari IKEA. Huhu.
Aku tahu ada satu kedai tu kat KL nih.
Nanti nak pergi.
IKEA tu kadang sudahlah kena pasang sendiri. Nak ngangkut ke mansion atas langit aku tu kang satu hal.
Kedai ni, sesilap terus hantar ke rumah - siap pasang pun boleh (erk, tak muat lif plak kot).

p/s : Aku ada terpikir nak beli bakul rotan kat HKK ni nak isi majalah / novel / buku. Pastu tgk harga - buat aku terpikir - lebih baik aku beli rak cam kat atas tu terus. Lagi kemas...!

2 juta komen

Assalamualaikum kekda. samalah kita. haritu beria updated kat fb nak jual novel. sampai skrg tak jual.. sayang kot dekat buku2 ni. hehee... sheila pun kena beli rak gak. rumah macam tak kemas sangat sekarang, sedih tengok. hmmm. kekda kalau dah pergi kedai tu, buat review ekk. boleh pergi borong rak kat situ gak Y________Y

Kak... Lawanya rak mcm ni. Kalau beli bkul tu mcm takbest sbb tak nampak duk dlm bakul. Kalau rak ni nampak terus....

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign