Pages

31 December 2013

2013 Wrap Up

Oleh kerana tiada apa yang menarik sgt pun untuk tahun ini, maka mari lah kita wrap up secara pukal saja ya. Memula aku nak buat by bulan, tp cam takde byk sgt yg berlaku kalau ikut bulan. So, kita ikut-suka-hati je lah yer

Wrap up Pasal Karier
Pasal karier ni, cam biasa. Masih duk di unit HR. Dah lebih setahun, Alhamdulillah, makin mahir dengan segala atur cara urusan kerja HR. Tahun 2013 ni rezeki myDH plak dapat APC setelah tahun 2012 aku dapat. So letak sijil sebelah2 je. Maklum la, satu ofis kekdahnya. Heehee. Alhamdulillah. Selain pada tu, oke oke saja pasal karier. Tahun ni tak banyak course luar KL. Tapi, dapat gak la fulfill 7 hari setahun tu.

Wrap up Pasal Family
Tahun ni pasal family pun statik saja. Takde any family yang menambah bilangan baik family aku mahupun mertua. Tahun ni pun takde majlis perkahwinan ke apa. Cuma awal tahun tu ari agak kelam kabut sket sbb mak warded. Banyak plan kansel berikutan mak yg tak sihat. Tp sepanjang tahun ni, Alhamdulillah kesihatan mak makin baik walau dah diagnosis ada masalah jantung. Aku pun selalu amik cuti utk uruskan appmt mak kat spital. Memula IJN, then skrg kat Hosp Serdang. Berkenaan ni aku mmg ucapkan berbanyak terima kasih utk MyDH yg buat mak aku seperti mak nya sendiri. *terharu*
Tapi ada satu ujian dalam family aku bila kakak aku sakit secara tetiba. Nak dijadikan cerita, dia jatuh sakit sehari selepas aku selesai buat operation laparoskopi. Mmg tak disangka-sangka. Tapi, apa nak buat. Ujian Allah itu pelbagai kan. Kami harus laluinya dengan tenang dan tabah.
Raya tahun ni kami sekeluarga berbaju pink. Kami 3 beradik sahaja di kampung tahun ni. Abang aku kat Johor tak balik raya. Kakak masih sakit. Disambut secara sederhana je lah.

Wrap up Pasal TTC
Tahun ni ada perubahan sket pada usaha TTC. Bulan 2 aku tekadkan hati utk call klinik Dr Hamid Arshad dan buat appoinment. Ni pun setelah aku rasa aku tak buat apa2 treatment dalam tempoh 2 tahun. Aku rasa cam, apa nak jadi la aku nih. Orang lain yg buat treatment da beranak pinak, aku je asik tangguh. So, call dapat appmt memula bulan 7, tp dipermudahkan Allah bila appmt aku di awalkan bulan 4. Dan tetiba aku di diagnosis ada cyst. Bulan 4 first jumpa doktor, bulan 5 terus operation buang cyst. Ha. Laju kan buat keputusan. Huhu. Mak pun cam tak bagi pada mulanya. Tapi, aku yakin ini mungkin satu jalan yang Allah nak permudahkan untuk aku. Dan aku selamat jalani laparoskopi di Klinik Dr Hamid. Dengan MC sebulan. Bebtul rest di rumah. Maka, ada juga history dalam perkhidmatan aku bila mana aku MC selama sebulan. Hikmah di sebalik ujian ni, aku skrg mmg amalkan pemakanan secara sihat. Alhamdulillah.

Wrap up Pasal Percutian.
Tahun ni takde bercuti sgt. Bulan 3 je pergi Genting Highland. Tapi tahun ni ada percutian family ke Kelantan n Terengganu. Lama sgt dah rasanya kami tak konvoi begini. Mmg bes la kan. Selalunya kami bercuti berdua je.
Lps tu suppose bulan Januari aku ke Vietnam, tp sebab mak tak sihat, jadi burnt tiket. Walau pahitttt rasa nya.. tapi takpe lah. Bebila kita pergi yer.

Wrap up secara keseluruhannya.
Sebagai rumusan, tahun 2013 ni bagi aku, oke oke saja. Ada pasang surutnya. Kalau tgk dari segi graph mmg ada turun naiknya. Bermula dari awal tahun dia cam menurun sket. Kelam kabut. Memacam keputusan kena buat hingga aku buat satu decision. Ye, mmg merugikan.... tapi aku rasa aku tak boleh nak cope 2,3 menda dalam satu masa. Kalau nak fokus on treatment, fokuskan itu aje. Takyah nak fokus 2,3 menda serentak. Aku perlukan kualiti bukan kuantiti.
Seterusnya dalam pertengahan tahun dah oke walau aku kena buat laparoskopi tu.
Nak masuk akhir tahun tu, makin oke. Kereta pun dah habis bayar. Dan dapat buat penambahan aset gak. Selamat datang chemerah :)
Lps tu makin oke bila plan bercuti bersama family menjadi gak akhirnya.
Walau tak banyak bercuti, tp Alhamdulillah, tahun ni gak dapat jugak aku realisasikan hajat nak makan makan kat Menara KL. Kami celebrate anniversary ke-5 (cum my birthday yang ke-34) kat situ. Hi-tea je lah pun kan. Hihi.

Tercapai kah azam tahun 2013?
Aku carik2 gak entry azam tahun 2013. Tiada! Haha. Tiada rupanya.
Bukan je entry azam. Entry wrap up tahun 2012 pun tiada.
Haha.
Jadi, aku pun tak tahu tercapai ke tak azam.
Sebetulnya aku malas nak letak azam2 ni. Dan azam pun tak semestinya pada awal tahun je kita buat kan.

Jadi, apa azam tahun 2014?
Ada la... rahsia.. haha.

Oke lah uols.. tu je lah.. sama-sama lah kita berharap tahun 2014 ini akan lebih baik dari tahun 2013. Giteww..
-google-

p/s : Gmbar kat google hari ni comel. Hihi. Nombor berjoget joget

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign