Pages

5 December 2013

East Coast Trip : Day 2

Oke, sebelum meneruskan cerita di hari kedua, meh nak jawab soklan kawan saya ni :
ChentaHati said...
puanStoberi-- tu kat RnR temerloh... ada pintu gerbang dan jambatan, kan?

"bukan RnR Temerloh sbb tpt kami makan tu takde kedai makan. Hanya ada toilet, gazebo utk orang makan bekalan n kedai kecik2 jual jajan2. RnR Temerloh ada kedai makan kan, dan kalau outstation ke Caw. Kuantan, kami selalu singgah situ :) Gambar pintu gerbang dan jambatan di ambil masa on d way nak exit Kuantan"

Hari kedua : Ahad. Ganu dah kerja. Jadi, tak la crowded sgt.

Breakfast
Kami breakfast kat Nasi Dagang Kak Pah.


Oke sini kelakar. Masa kami smpai dalam pukul 8 lebih (pagi) tu orang ramai. Agaknya orang ofis keluar makan la apa la. So, beratur panjangggg... lps tu kedai ni ada nasi dagang, nasi lemak je. Budak2 (anak buah) taknak makan nasi dagang, jadi order nasi lemak. While, kak ipar aku tak makan nasi dagang tu, tp nak nasik lemak lauk nasi dagang. Terus jadi kelam kabut. Muahahah. Tau je lah, orang dah la ramai, pastu kiterang pulak order bagai2 kan. Di tambah plak makcik amik order tu (aku suspect makcik amik order tu la kak pah) suaranya high volume. Adeh.. rasa merah muka jap.

Bebudak seme nak nasik lemak. Jadi order nasik lemak, lepas tu kompius plak cara nasik lemak dia. Oke. Sumpah tak tahu yg nasik lemak Terengganu takde sambal bilis. Grrr.. naper aku takde terbaca pasal ni. Padahal aku dah baca byk blog sebelum pergi Terengganu nih. Lps tu dah makcik tu letak2.. aku tgk eh, naper nasik ngan ikan bilis goreng je ni. Sambal? Jadi, kiterang pun angkut je lah tray tu. Rupanya ada sambal. Sambal ikan. Adeh.. jenuh acik tu jerit.. suruh amik sambal. Dgn orang2 yg beratur tu pun tolong jerit panggil kiterang. Muahahahah. Glamer jap kami satu family. Dah la duk hujung.. agak jauh sket dari kedai dia. Aiyarkkk...


Takpe, lps ni tahu dah. Orang Terengganu makan nasik lemak ngan sambal ikan. Ikan apa tah. Ikan aye kot. Tak tahu.. Org Ganu please clarify ikan apa.


Oke la nasi dagang dia. Aku tak suka nasik dagang ni pun makan. Sedap ikan dia. Mmg sedap. Tapi nak beratur tu yg cam tak sanggup.
Lokasi : Food Court Pantai Batu Buruk. Tgk orang ramai2 beratur tu, dia lah tau.

Jalan-Jalan

Lps breakfast terus ke Taman Tamadun Islam (TTI).


Aku tak naik cruise pun sbb mak taknak naik. Aku pun cam tak pe lah.. malas plak rasa nak ber cruise seme tu. Jadi, jalan2 dlm TTI naik buggy sudah. Tiket masuk : RM20 dewasa. Mak warga emas RM15. Naik buggy RM45 (utk 3 orang - sejam). Naik buggy lagi best sbb ada staff dia bagi penerangan. Lps tu ada certain masjid yg ada tayangan video. Dah keluar dari situ, lepak minum2 jap kat restoran D'Benteng kat TTI tu (dpt kupon diskaun bila beli tiket TTI. Redeem kat restoran ni. Sorang dapat RM2 - utk dewasa sahaja kalau tak silap).
Oh. Abg aku buat photo bomb kat blkg tu rupanya. Huhu.


Seronok tgk kincir angin tu. Besar. Real punya dia berpusing2.
Ada kesah masa nak pergi tgk kincir tu.
Nak turun buggy, chenoteputih aku tertiarap atas jalan tar.
 Huwa.. rasa nak 
nangis sbb belum seminggu beli. 
Mujo dia dah ada 
protector screen. Tp tetap la rasa 'libanglibu'.


Solat zohor kat Masjid Kristal. Memang masjid tu area TTI saja. Tak jauh pun.  Masa nak kuar masjid tu cam hujan renyai2. Tp tak jadi hujan pun. Alhamdulillah.


Kami terus ke Muzium Negeri. Tapi tak masuk sbb tinggi. Mak tak larat naik tangga. Kami pun cam maleh. Tak yah la.

Terus ke Pasar Payang beli kepok la. Sini pun ada kesah gak. Kat tpt parking. Kiterang parking kat area kedai baru dpn Pasar Payang tu. Dkt la pun. Tak jauh. Ada penguatkuasa majlis bandaraya kat situ. Kira orang yg kutip duit parking tu la kan. Tup2 balik tu, tgk handle tpt buka pintu kereta abang aku (belah penumpang depan) dah tercabut. Cabut tapi elok je letak atas bumbung kereta. Adui la. Padahal abang aku bebetul park dkt sebelah grup penguatkuasa tu melepak ramai2 (cam ada khemah). Kiterang suspect geng derang la patahkan tu. Lps tu dah takut, terus letak balik atas kereta. Bila tanya, mampuih la tak ngaku. Apa la. Patut kiterang gertak je nak report polis sbb cam ada kes cubaan utk ceroboh kereta kan. Dan.. kalau kena kat chemerah... mmg bukan gertak je.. mmg ku report bebetul. Chemerah pun time tu belum seminggu. Grrrr.....  Tp bila kiterang 'simulasi' kan balik cerita tu, nak gelak pun ada. Kelakar lah.. Tp tak bertanggungjawab la kan.. dah la Tahun Melawat Terengganu. Ko tgk plat kereta luar, ko boleh buat sesuka hati. Tak bayo parking kang, tahu lah.

Next - mesti la ICT - Ikan Celop Tepung. Tempat pilihan Warong Pak Nong. Muahahaha. Aku tak kira. Aku nak jugak pergi. Nak. Nak. Nak. Memula set kat GPS, tapi cam aku tak berapa nak kompiden. Aku konvoi nih, kang salah tempat mau kena kecam ngan abgcik aku. So, keluar lah segala Note, S2 carik. Guna maps kat phone lagi senang. Mmg agak ke dalam sket tpt dia. Nun kat Mengabang Telipot. Kira arah nak balik homestay kami tu lah. Arah ke Batu Rakit. Landmark kira Univ Terengganu. Dah dkt la tu. Tpt dia mmg berdepan ngan pantai. Orang toksah nak cakap la. Ramai.......

MyDH n akak ipar aku tukang rebut.
Cam yang semua orang tahu, kaedah kedai ni, layan diri. Beratur - amik gunting n pinggan - tunggu seafood tu siap goreng - rebutttttt..... Giler ah. Ter tonggeng2 orang berebut kan sotong n udang.

Abg aku tukang potong sotong.

Celop celop n eskrem jagung.
Lazat. Makan reramai. Habis semua. Tak sedar.


Sotong 4 eko (beso lengan). Udang 17 eko (nak cukupkan 20 eko dah tak boleh nak tggu dah). Kepok leko 12 ketui. Ikan 4 eko. Beserta air jagung berapa ek 7 ke. Lupa dah. Total : RM59.00


Begini lah keadaannya.

Dah makan, hantar mak balik rumah untuk berehat jap while us pergi beli kopok leko kat Bukit Tok Beng. Ni pun, nak nak nak jugak. Tak bole tidak. Nak kopok BTB gak. Pening laki aku (-_-"). Naseb arrrr.....


Malam kami dinner kat bawah jambatan kat Kuala Ibai. Medan Ikan Bakar Shelly Seafood. Ni pun dah siap set kat GPS. Pun sesat jugak (T___T). Bukan sesat la... cam tak masuk susur bawah jembatan tu. Ni kat area Masjid Terapung. GPS pun sesat, tak pakai GPS lagi sesat. 

Oke kedai ni. Harga berpatutan. Tapi aku tak berapa suka style ikan bakar camni. Aku suka jenis yg cicah air asam/kicap tu. Jadi, bagi aku - mmg lagi bes kat Bagan Lalang la. Huhu. Tapi bagi orang lain yg suka camni, oke ja. Sedap ja pun tomyam dia seme tu. Tapi ramai orang. Datang awal, atau datang after 9pm. Tp ikan/seafood dah abis lah.


Balik tido..esuk nak ke KB lak.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign