Pages

26 December 2013

Mari Kenal Syasya Solero

Wah gitewww.. tetiba aku nak promote adik macam comel jeeee... macam cantik jeee.
Ngeee.. yg ini mustahil rakyat Malaysia tak kenal kan.
Glamer adik ni.
Syasya atau minah legoland orang panggil dia. Haha.
Kira cam aku la lambat, baru nak publish entry pasal dia. Haha.

Takde lah.
Pagi tadi la. Masa nak g kerja dengar radio Era.
Dia ada sekali ngan Johara. Wah. Glamer kau dik. Kan...?

Bagi aku, walau dia berumur 16 tahun, tapi aku rasa dia mmg ada bakat dalam berkomunikasi dengan public. Kira cam bagus la public speaking dia (eh. cam salah je term ni. Penat aku nak pikir term apa kalau orang pandai cakap depan public nih). Nak bercakap depan public ni bukan semua orang boleh yer. Itu gifted. Mmg boleh dilatih. Tapi, kalau gifted tu mmg kita nampak la ketokohan. Ce tgk aku.. kelam kelibut sbb mmg nan hado bakat nak cakap dpn orang nih. Gugup oiii...

Dan satu lagi aku rasa dia nyer tahap ke-konfiden-an atau keyakinan atau keberanian tu tinggi. Dgr cam oke je dia saing2 cakap ngan Johara tu. Tahu lah Johara ni kan. Kalau nyakat orang. Tp dia rilek je. Balas2 cakap ngan derang.

instagram syasya solero, macam cantik je

Kau mampu nak celik2 mata then publish kan utk tontonan umum macam cantik je, macam comel je.
Aku tak mampu. Takde kekuatan.
Tapi dia boleh. Lantak la apa orang nak kata kan.
Lps tu buat video satu lagi - mintak maaf (Johara plak dok ulang2 video tu - nak tergelak dibuat nya)

Walau dari satu segi mungkin ada orang tak bersetuju dengan cara dia mem-publishkan video dia, tp dari aspek lain yg kita dapat lihat adalah - tak ramai anak melayu yang ada berkeyakinan camni.
Lihat saja lah di sekolah - bila cikgu tanya - ada soalan tak? Semua diam membisu.
Termasuk la kat U kalo lecturer tanya.
Bukan la takde yg bertanya, ada. Tp yg majoritinya malas nak tanya. Atau malu nak tanya. Ha.. mostly anak melayu kita ni malu.
Nop, aku tak pula ertikan adik kita ni tak tahu malu. Biasa la anak remaja baya2 dia kan. Ada je buat camtu ngan kengkawan. Cuma.. dia ni berani je utk publishkan.

Dan dah rezki dia. Walau ada yg kecam, tp dia pulak dapat rezeki memacam. Trademark dia tu pun orang buat lagu. Orang jemput lagi featuring lagu. Kira dah dapat jadi artis la ni.
Follower instagram pun dah memang tahap artis dah - syasya solero
Lagi satu oke je aku tgk dia ni.
syasya macam cantik je,

Ko memang cantik dik.
Ko memang comel.
Bukan macam macam lagi..

Belajar rajin2 oke. Thn dpn nak SPM (ke tahun lagi satu?)
Biar pelajaran pun cemerlang.
Awak memang ada bakat.

Kredit gambar : Instagram Syasya

*jap.. nak try lah buat video camtu - mampuih ada yg muntah darah kalo aku yang dah kertu ni publish. Ngehngehngeh*

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign