Sebenar nak keluarkan entry birthday plak, tp tak sempat nak abiskan draf entry. Bz like a bee la plak. Amik je lah entry yg belum publish ni dulu.
Adoii.. bz sangat ni.. aduyai nya pun...
Adoii.. bz sangat ni.. aduyai nya pun...
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik
While for my other half
FEBRUARI
Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi
Oh. Aku suka yg 'Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran'. Patut arrr tak pernah nak bagi bunga ke apa ke. Dia romantik dalaman rupanya. Hikhikhik.
Tarikh lahir lak.
Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
Kredit artikel :
Bulan kelahiran : Forum Cari
Tarikh lahir : senyumsokmo
Terima kasih atas komen anda :)