Pages

20 December 2013

Lagi Lagi Novel

Aku ni kan tak boleh kalau dengar pesta buku pesta buku ni.
Menggigil kaki tangan seme nak pergi.
Yang BBW tu ada la ngajak myDH pergi. Tapi tak hendak di layan nya. Maleh dia nak pergi. Jauh pun sket dari umah. Lagi aku kata sesak2 kat sana. Nak pergi 2,3 pagi mmg tak la. 

Aku bukan je peminat novel. Tapi aku pun minat buku2 lain - apa2 jenis lah. Asal buku. Melambak dah tatau nak letak mana. Tu tak masuk majalah In-Trend n Apartment yang aku tak pernah miss beli setiap bulan. Tu pun masa pindah ada majalah yang aku dah jual. Tp buku2, novel2 mmg takkan la jual. Kesayangan kot.

So, pergi je lah Pesta Buku 1 Malaysia ni. Ahad tu.
Kat PWTC. Kurang publisiti. Ramai tak tahu pun.
Last year pun aku pergi. Masa tu ofis suh pergi utk perasmian.
Tahun ni, kalau takde sykt2 novel tu update kat FB derang, aku pun tak tahu.
Takde banner langsung.

Pesta Buku yang ni mmg kecik je pun. Amik kat ruang legar bawah tu je.
Lain lah yang bulan 4 nyer tu. Tu mmg International kan.

Tapi, kecik pun, ada gak aku borong.

Ngeee.
Wedding breaker n 13jam A380 tu saja aku beli. Sebenarnya masa tu tengah sesi amik signature penulis (Evelyn Rose) n bergambar bersama pelakon The Wedding Breaker. Jadi drama gak. Tapi, malas aku nak beratur. So, tak payah lah. Novel E-Man Sufi - baru tu - beli sbb Bukan Kerana Aku Tak Cinta tu bes. Buku My Indo Chick - Marissa - feveret author. Kerana Dia Ratu Sehari - Adiwarna - himpunan cerpen tp diselenggara oleh my feveret author gak - Noor Suraya. Harus beli. Dan beli buku tu dapat kalendar tahun 2014. Yey. 

Ikutkan melambak lagi stok novel aku tak habis baca. Baca sekerat - rasa cam ah, tak best plak - tukar buku lain. Tp kena habiskan jugak. Rugi la tak abis.
I love you stupid - baca sekerat.
Mr Sirap Bandung - baca sekerat.
Terlerai kasih - baca sekerat.
Bila Cinta Membara - dpt free - tak baca lagi.
My precious Iris - masih ber plastik
Asam Pedas Untuk Dia - baru setat baca
Kisah Cinta Seribu Wajah - belum baca
Takdir Itu Milik Aku - masih ber plastik.

Sebenar ada aku nak beli lagi. Buku Deadly Mist ni.


Dengan ini.

Tapi myDH kata.. 'tak payahhhh'

Baik lah.
Kita simpan utk Pesta Buku thn dpn ya.. hihi
Tapi buku Mudahnya Menjemput Rezeki tu murah ja. Nanti aku nak carik kat bookstore je lah.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign