Perjalanan gerak balik ke Perak.
Singgah di Rantau Panjang n balik melalui Grik. Phew *lap peluh*
Jauh woiii.... sumpah jauh ku rasakan lalu kut situ. Berapa jam entah.
Oke meh citer di Rantau Panjang dulu.
This Is Rantau Panjang |
Kiterang smpai dalam kul 11. Tgk ada kedai yang dah buat makan lunch. So, lunch je lah. Lagipun kiterang tak breakfast lagi. Kira cam brunch la kan. Bila kenyang perut hati pun senang nak shopping. Gitewww.
Lama tak lama la kat sini, sbb abang aku dah bebising nak balik. Grr.. tapi bagus la pun. Kalau tidak mau aku usung segala toto corelle apa bagai kang. Sempat beli jersi Malaysia, kuali ( pun beli sini? Macam kan kat cokit tu dah tak boleh beli kan) and hbeg. Nak isi telekung. Pastu kan ada tgk hbeg coach (yang dah tentu imitation la kan) kaler purple. Cam cantik je. Tapi tak beli. Lepas tu sepanjang jalan aku terbayang. Kalau beli pun oke. Tapi myDH kata, kalau awak beli, jangan pakai awal2 nati orang tahu awak beli kat Rantau Panjang. Kahkahkah. No. Never lah aku nak beli hbeg gitu oi. Tak mampu buat cara tak mampu. Beli hbeg takde jenama sudehhh...
Dalam kul 12 lebih, setelah selesai berpeluh tiak (n sempat withdraw duit kat Maybank situ), mari lah kita kembali ke pangkal jalan. Kira dah mmg sehala nak ke arah Jeli dari sini. Balik ni dah tak konvoi. Abang aku yg dah resah gelisah tu, ku suruh balik dulu. Tak nyempat2 ha. Beliau mmg tak suka tpt panas2 gini. Ha.. balik lah dulu. While, abang aku lagi sorang - tinggal dulu sbb akak ipar aku masih sebuk membeli belah. Dia takpe.. laju bawak kereta.
Laluan Jeli - Grik. Jalan oke la. Takde la pening berpusing sgt. Sepanjang2 tu mmg kiterang pasang CD Hafiz Hamidun tu ja. Jalan tak biasa lalu kan. Dah la kiri kanan hutan. Walau siang terang benderang, beringat ingat tu kena ada. Dan untuk pertama kali aku menjejak kan kaki kat RnR Puncak Ttwangsa tu. Wahh.. orang lain dah tak heran, aku baru nak heran. Utk itu marilah mengabdikan gambar.
Berselirat pompuan nih. Haha. Lantak ah. Malas nak pikir. |
Hey. Mengapa surau di sini nak amik wudhu payah nau. Sian mak aku yang sakit lutut. Paip nya rendah nau. Mujor air dia sejuk. Sejuk la hati.
Kat sini jumpa balik geng konvoi. But... aku nak berenti kat Tasik Banding. Abang aku cam biasa.. harus taknak. Ha. Taknak sudah. Kau balik dulu sanun. Kihkihkih. Jadi, aku n abang aku lagi sorang berenti Tasik Banding jap. Mau taknak berenti. Entah bila tahun aku akan lalu sini lagi.
Oh. masa nak turun dari banjaran tu kan, ada kejadian. Yang agak menderaukan darah gak la. Tau je lah jalan tu cemana kan. Berbukit2. Nak potong pun kena berhati hati. Ada satu tempat tu, van dari arah bertentangan (eh, da cam berita kat akhbar plak), cuba nak potong, tapi tak lepas. Dan dia dah hampir sgt dpn kereta kiterang oke. Haaaaa... kau.. van bebetul depan mata aku dah. Aku cengkam tangan laki aku dah. Nak suruh dia brek utk brenti je. Tak pe la kalau kena hentam ngan kereta blkg pun. Kalau depan lagi parah kan. Ya Allah. Memang menggigil lah. Cuma nya.. cumanya satu je. Van tu tak laju. Dan being myDH dia mmg tak bawak laju. Apatah lagi bawak lak chemerah yang masih belum seminggu itew. Eh? Kalau dia laju. Entah la. Terima kasih Ya Allah... Dan terus aku terpikir, cemna la keadaan orang exciden secara berdepan camtu. Kenderaan bebetul depan mata kita dan kita tak boleh nak buat apa. Nak elak, kita yang masuk gaung.
Berenti Tasik Banding. Eh. Tasik Banding ke Tasik Temenggor. Kalau tgk artikel ni, katanya Tasik Temenggor. Wat eva it is, mari kita bergambar. Sini ada boathouse jugak kalau nak terai bermalam. Err.. aku ada cam fobia sket tempat camni. Rasa cam errr.. seram kot.. terbayang tetiba ada makhluk kuar dari tasik tu. Eii.. mmg takkan la aku nak naik cruise ke boat house ke apa ke.
Masa duduk kejap situ, ada sorang brother tu tegur. Keja situ kot. Jadi, dapat la turun bawah. Dia tunjuk ikan baung. Giler besar.
Aku ingat da smpai banjaran titiwangsa, smpai tasik banding seme ni dah dkt la nak smpai. Takde nyer. Jauhh lagiii. Tetiba ada lori balak pulak. Satu hal.. aku ni dah la baru marathon Final Destination. Dah rasa ngeri. Nak potong kena tggu jalan yg agak lurus plak. Eiii.. tobat lahum lah rasanya nak lalu sini dah.
Akhirnya. Smpai area Grik dalam kul 5 lebih. Dan smpai rumah kul 7pm (aku singgah kampung lah. Hantar mak seme dulu). Maka, wa tammat lah trip Pantai Timur kami. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan peluang kepada kami sebaik baiknya. Tiada hujan. Perjalanan jugak smooth. Semuanya lancar dan baik. Alhamdulillah....
Esuknya masih cuti. Sempat hantar chemerah servis dulu sbb dah lebih 1k perjalanannya.
999 sebaik sahaja keluar dari Rantau Panjang. |
Genap 1 week dah kena servis 1k. |
Oke lah. Meh la nak cerita. Chemerah memang "family" baru kami. Tu yg ada buat entry sini dan sini. Masa kami ke Tganu n Kelantan tu mmg baru 3 hari lah lepas dapat. Kata orang tu mmg bau kedai lagi lah. Haha. Plastik tpt duduk blkg pun tak buka lagi. Kat h.stay Ganu baru buka.
Ha.. kau.. 3 hari terus orientasi bawak jalan jauh. Huhu. Ye lah, kereta kotak kasut kami dah abis bayar pun. Aku tak jual. Kesayangan kot. Dia mmg tak banyak hal (kecuali yg kena overnite kat UM dulu tu). Selain dari tu, dia oke. Dah bawak ke Perlis Pahang semua dah. Tapi, biar lah dia berehat plak kan. Huhu. Setelah ditimbang tara - chemerah (CFE) ini lah kemampuan kami. Nak pakai honda civic tunggu lah habis bayar ni plak. Kuikuikui. Jadi, takyah skodeng2 tau, sapa la punya chemerah tu. Hikhikhik.
Terima kasih atas komen anda :)