Lama dah tak naik keretapi. Last bila tah. Tak boleh nak recall.
Jadi, nak la merasa naik keretapi.
Ingat nak la merasa naik yang ada tempat tidur tu.
Utk nak amik coach yang ada tmpt tido (sleeper berth) ni pun ada class class dia.
Yang bes Kabin Kelas Satu 2plus (ADNFB)
Yang gini
Tapi, harga. Phew.
Boleh ja sebenarnya nak pilih yang gini
Tapi cam oh.. takpe lah.
Banyak hal kan. Ni taknak tu taknak. Pastu mahal bising plak.
Mmg la. Kata nak backpack, gamble je lah patutnya.
Eh. Travel ni tak backpack sgt ya. Memacam nak hangkut.
Lagi pelbagai info pasal tren intercity ni tgk kat web dia lah yer - KTM Intercity
Harga tgk sini - fare
Tapi tu belum ditambah dengan harga katil seme ni. Tu kira harga basic dia lah.
Aku tu ari tahu harga tu bila aku saja2 try nak beli tiket online.
Plan aku, pergi naik tren.
Balik naik bas.
Gitu.
Bas dari Penang (B.Worth to KL RM34.40/adult)
Tapi bila kira kira, campur tolak darab bahagi.
Rasa cam berbaloi lagi naik kereta jeee..
Huwa huwa huwa.
Takat ni plannya begitu lah.
Mungkin bawa kereta. Tapi tak tahu chemerah atau chekotakkasut tu.
Sbb nak kena tggl kat port selama 3 hari 2 malam kan.
Ada sedikit kegusaran lah nak tinggal chemerah di situ.
Dan... yg paling menggusarkan skrg adalah berita cam gini - Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora
Kena selalu check kat web Meteorologi ni lah tgk ramalan kan. Sini
Dah la kena bahan je ngan bos masa dia antar berita ikan kat Lahad Datu tu kat grup w.app kiterang.
Boleh lak la boss aku buat muka pasrah camtu.
Adoi. Doi. Doi.
Selalu lah gini tau.
Tu ari nak gi Krabi. Gini gak. Dah dkt2 sgt nak pergi nya, masa tu la memacam menda terjadi.
Walau dalam berita tu tpt aku nak pergi ni takde la disebut. Tp risau gak woh.
Mau tak risau.... 3 hari 2 malam kau....
Harap2 oke la semua kan.
Doa. Doa. Doa.
Ini juga percutian sempena anniversary kami yg mana biasanya mmg di celebrate bulan Januari kerana tak mahu bersesak2 di bulan Disember.
Terima kasih atas komen anda :)