Huh! Maaf la kalau ada sesapa yg kerja sebagai tele-marketer ya. Sbb entry ini mmg ada berkaitan tele-marketer yang annoying amat. Kalau anda tele-marketer, tetapi tidak annoying, anda tidak terlibat dalam entry ini.
Banyak kali dah kot aku buat entry pasal nih.
Heiii... sumpah aku rimas hoi dengan tele-marketer yang entah dari mana dapat no phone kita ni. Sumpah mmg rimas. Boleh katakan dalam sebulan tu sure adalah 2,3 kali derang ni call. Tak jual insurans, jual kerusi urut lah, apa lah.
Kejadian pagi tadi. Dalam kul 10.30 pagi. Sibuk hoi time tu. Tahu dah time tu peak hour utk orang kerja. Call la after 5 ke.
Biasa, mmg aku akan cakap, tolong call selepas waktu ofis. Ni dia insist gak nak bercakap. Oke, cakap.
Sebenarnya nampak nombor semacam je tu, tau dah. Lagi2 bila kita jawab, dia sebut nama penuh kita tu. Tau dah la dari mana.
So, aku loud speaker kan, sambil buat kerja.
Dia pun cakap2.. cerita2.. Sbb dia kata simpanan la apa la. Aku pun tanya, zakat cemna? Simpanan tetap kalau tak dikeluarkan, kena zakat kan. So, cemana?
Budak tu tak boleh jawab. Lps tu dia kata nanti dia tanya boss dia. Aku nak tamatkan je perbualan tu sebenarnya. So, aku kata, dah dpt jawapan call balik. Aku pikir dia tak call dah la sbb seolah kita tak berminat.
Tup tup.. tak smpai 5 minit call balik. Aduhai ko nih.....
Boss dia cakap.
Perempuan.
Cakap cam marah2.
Lps tu dia kata aku yang marah staff dia.
One word.
HEK ELE!!
1st place. Siapa yang call?
2nd place. Siapa yang amik masa sapa?
3rd place. Kalau aku marah, salah ke?
Aku tak marah pun. Tp kalau kenal aku, nada cakap aku mmg agak tegas. Lagi2 plak kalau berkaitan menda2 yang annoying nih. Tegas + Annoying = bunyi cam marah.
Tapi, so-called boss tu yang membebel2 cam nak marah bila aku tanya soalan zakat.
Jawab je lah. Dia tanya bank mana ada potong zakat. Aku jawab Tabung Haji ada. Dia kata sbb T. Haji ada kemudahan tu. So? Kau jawab je lah.
Jawapan dia simple je sebenarnya. Saja aku nak trick dia supaya dia tak cakap panjang2 lagi.
Just cakap je la 'zakat simpanan kena buat sendiri la.. dari percent yang disimpan'
Itu je. Tu pun nak membebel bagai. Aku tahu. Saja aku nak trap.
Tapi, tetiba dia ending kan.
"cik memang berbudi bahasa"
Tappp.. dia letak phone.
Haha.
Cemni nak suruh kita beli insurans dgn dia. Belum guna perkhidmatan dia dah kurang sabar. Dah beli insurans dia sok, mau dia buat kita cam peminta sedekah.
As tele-marketer, kesabaran kena melebihi 100% tau biar pun di maki, di kecam, di caci. Aku tak cakap apa pun. Nak suruh terangkan pasal zakat je. Dia yg hilang sabar. Kasihan.
Dalam bab ni aku salute tele-marketer Astro. Sbb pernah aku call dan masa tu mmg aku marah betul ngan Astro, sebaliknya mereka tak pernah tinggikan suara. Bila buat camtu, kita plak yang rasa bersalah sbb marah2. Yang ini... dah la amik masa kita, nak perli perli orang plak. Sukahati lah labuuu.....
Oke. Kat sini ada cara2 orang nak get rid dengan tele marketer ni. Mungkin boleh digunakan nanti
http://www.sodahead.com/entertainment/when-a-telemarketer-calls-you-how-do-get-rid-of-them/question-1025075/
Rupanya ramai yang kata tele-marketer dari sykt ini rude.
Boleh tgk sini - whocallsme
Blogger ni plak list kan no talipon yg tak perlu dijawab sbb mmg telemarketer yg annoying nih
http://christopherteh.com/blog/2011/10/telemarketer/
Rupanya ramai yang kata tele-marketer dari sykt ini rude.
Boleh tgk sini - whocallsme
Blogger ni plak list kan no talipon yg tak perlu dijawab sbb mmg telemarketer yg annoying nih
http://christopherteh.com/blog/2011/10/telemarketer/
Terima kasih atas komen anda :)