Pages

30 December 2013

XTVT Weekend Terakhir Tahun 2013

Err. Hye!
Takde entry ni ari.
Bz la plak. Perihal opsyen ni tak abis abis. Aiyooo *lap peluh*
Ni baru 5,6 jawatan, kut kena semua jawatan mmg tak balik rumah agaknya nih.
Tapi. Itu lah kerja kan. Jangan nak merungut bagai.
Esuk ada majlis persaraan kat Kuantan. Bos cuti. Maka, daku lah yang kena pergi. Ouch. Harap2 tiada lah gelombang kedua. Kang ada plak sangkut kat Kuantan dan balik KL naik motobot (-_-")

Orait.
Jom kita cerita pasal xtvt last weekend.
Weekend terakhir di tahun 2013 kekdahnya.

Ada pelbagai pengisian jugak lah walau hakikatnya ingat nak duk rumah ja.
Mana mau nyer dok ghomah... percaya le kome.. rasanya susah nak ada duk rumah je dedua hari weekend tu.
Ate' ada je hei (hal) nye...

Sabtu.
Ke Pudu Sentral jap.
Kami naik tren je. Park keta kat Sentul Timur naik tren ke Plaza Rakyat. Tambang singgit pat kupang. Eh. Kalo PWTC yg dkt pun kurang sekupang je tambangnya. Gitu yer. Jauh lagi berbaloi la yer.

Rasa berabad aku tak jejak kaki kat sini. Last masa sebelum beli kereta lah yakni tahun 2005. Wah. Mmg hampir 10 tahun noks. Lps beli kereta mmg aku tak naik bas dah. Mmg aku driving je balik kampung (eh. rasa cam beraninya ya.. skrg rasa cam da takut kot nak drive).
Sejak dia tukar jadi UTC, tukar nama jadi Pudu Sentral. Pun tak pernah jejak.

So, ada hal di sini. Bole la jejak. 
Ada urusan kat salah satu ofis yang ada kat UTC tu. Mmg cam tercangak bangak jugak la nak carik mula tu. Signage ada tp tak membantu. Banyak ofis kerajaan situ. Tapi aku tgk cam takde orang sgt pun. PTPTN ada, Mara ada. Aku rasa instead of Mara apa seme ni better dia letak LHDN sbb LHDN ni lagi ramai kot pelanggannya. Yg cam imigresen n JPN tu takyah ckp la kan. Mmg oke la kan. Tapi takpe.. biar lah.. at least dekat kepada rakyat kekdahnya.

So, settle urusan situ, jalan2 jap kat Pudu Sentral tu. Kedai buku dia bes lah. Novel ada diskaun. Lumayan. Aku tau mana nak carik dah if stok novel aku dah habis baca semua. Ye ke boleh abis baca semua tu? Yg tebal2 melambak tak berusik lagi. 


Mmg nampak cantik. Tp pada aku, aku suka lagi konsep Terminal Bersepadu kat BTS tu. Tu lagi rasa cam waaa.. cam airport. Tu mungkin sbb situ bangunan yg mmg baru while Pudu ni kan kita dah tahu mmg 'Pudu'. So, takde la suasana cam baru kan. Cuma bau 'pudu' zaman2 aku blaja dulu tu dah takde la. Mengimbau kenangan gak ni. Kenangan jumpa pakwe. Kenangan ngejo bas. Eh. Bes la kan. Aku dulu blaja kat Melaka. Tp dari Perak biasanya aku transit kat KL. Selain dari lebih cepat, itu la masanya jumpa boipren. Eiii.. gateiii.. eiii.. Heehee. Terimbau kenangan jap.

Lps tu lepak2 jap situ, jalan kaki ke Masjid Jamek. Nak gi KL Sentral plak. Jalan kaki je. MyDH cam tak caya aku buleh jalan kaki. Hey. Sekius me, dulu ni kawasan jajahan ai tau. Tp dulu, mmg rasa kompiden jalan walau sorang. Sekarang ni walau berdua ngan suami pun rasa was was. Eii.. apa la rasa tak selamat di tpt sendiri.

Gi KL Sentral sebenarnya nak carik survey tiket keretapi. Sekali tgk, ramainya orang. Beratur amik nombor rupanya nak beli tiket. Oh. Kena buat final decision baru leh beli nih. Tak bole tanya2. Sbb orang ramai. Tak jadi beli tiket, gi makan je kat atas tu. Uh. Bukan bes sgt makan kat food court situ, tp belasah la. Asal kenyang sbb tak breakfast.

Ahad.
Masak nasik tomato. Hiwhiwhiw.


First attempt. Boleh laaaaaa.. Ingat susah nasi tomato ni. Rupanya senang je. Takyah dalca bagai. Cukup la lauk ayam n kerabu epal tu. Nanti lah nak tempek resepi. Utk aku gak supaya aku tak lupa.

So. Selamat Tahun Baru ya. Cea.. padahal esok ada entry auto publish :D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign