Pages

26 January 2017

Discussion Group Dr Tasha

Heee.
Rasa rasanya dulu pernah ada entry gini.
Masa tahun lepas.
Rizq pun belum ada.
Tapi, asyik delay. Langsung tak jadi.
Cumanya, lps dari tu, sy dapat new friends and trus ada whats app grup pun.

Ok.
Dr Tasha still nak buat discussion group tu.
And, rasanya ini peluang baik pada rakan rakan TTC untuk join.
Ye lah. Percuma. And dapat terus berbincang dgn our expert dalam bidang ni.

So, untuk rakan rakan TTC.
Feel free to join.
Oh ya. KL Fertility akan berpindah ke DC Mall.
Sedikit masa lagi.
Tempat yang lebih luas, lebih selesa.

Ini detail yang Dr Tasha emel pada saya.

***
I hope Ida can let your TTC friends know that the following session is now scheduled mengikut different topics. Ask them to suggest any other topics jika ingin berbuat demikian. The discussion will be small presentation then leave lotsa time for discussion. Talk in mix BM and English:

All Saturdays and about 12 - 130pm
1. 25/2/17: A-Z mengenai rawatan IVF
2. 11/3/17: Ingin Hamil. Apa yang perlu dibuat?
3. 8/4/17: Kitaran haid tidak teratur dan permasalahan PCOS
4. 6/5/17: Permasalahan endometriosis dan saluran peranakan tersumbat

5. 15/4/17 We still have the normal IVF forum as usual. 

Do let me know which of your TTC friends is interested in which discussion ya. Can contact directly to Dr Tasha.

****

Sapa yang berminat nak join, boleh direct emel Dr Tasha di emel : natasha@klfertility.com
Just inform nak join sesi mana, and bagitahu dapat info dari Ida.
Okay.

Setakat ni ramai yang pilih nak pergi sesi 4. Yang ada topik PCOS tu. 
Tapi takpe. Just emel ja doctor. If masih ada kekosongan, boleh join. Atau boleh join yang lain lain jugak.

Atau ada yang nak tanya tentang rawatan atau pengalaman treatment saya dengan Dr Tasha, boleh emel saya - idaramli2011@gmail.com

25 January 2017

Rizq's First Tooth

Dak Rizq dah tumbuh gigi.
Masa umur dia masuk 6 bulan.
Masa tu bufday mak iyer.
Tapi. 
Tapi.
Tapi.

Sebatang cuma.
Suppose 2 batang kan.
Bila baca artikel2, normal katanya tumbuh sebatang.
Normal tu normal lah.
Tapi kang, gigi dia tak sama tinggi lah kan.
Satu pendek satu tinggi. 
Eh. Tak cantik nya.
Tak seragam!
Huhu.

Baby teeth: Order of appearance

In what order will your child's baby teeth come in?
Most children's baby teeth — also known as primary teeth, deciduous teeth, or milk teeth — emerge in a certain order. Exactly when they'll appear can vary, but here's what you're likely to see as your child transitions from gums to 20 pearly whites.

Lower central incisors
The bottom middle teeth typically come in first, between 4 and 7 months. These little pioneers usually arrive around the same time.

Upper central incisors
The upper middle teeth come next, usually between 8 and 12 months. Your bunny looks so hoppin' cute!

Upper lateral incisors
Around 9 to 13 months, you'll see the upper teeth to the right and left of center, giving your baby a row of four Tic Tacs across the top.

Lower lateral incisors
The lower teeth to the right and left of center make their debut around 10 to 16 months. Now your baby can flash quite the toothy smile.

Upper first molars
Your child's first molars — the wider teeth toward the back of the mouth — erupt on the top between about 13 and 19 months. They won't have much to do until their pals on the bottom show up.


Lower first molars
The companion molars on the bottom emerge around 14 to 18 months. Now your toddler can really show those crackers who's boss.

Upper canines
Also called a cuspid, the upper canine fills the gap between the incisors and first molars at 16 to 22 months. Fun fact: These teeth are sometimes called dog teeth.

Lower canines
The lower cuspids make their appearance around 17 to 23 months. Your child's smile is probably the brightest it'll ever be, since baby teeth are whiter than permanent teeth.

Lower second molars
The rear molars usually poke through on the bottom first, between 23 and 31 months. Kids don't usually complain of much teething pain at this stage — maybe because they're busy looking at their favorite book five times in a row.

Upper second molars
Around 25 to 33 months, the final teeth — the rear molars on the top — creep into place. By age 3, most kids have a full set of 20 baby teeth and can give you a brilliant grin.

Kredit Artikel : babycenter

Seronok memang seronok tgk dak kecik ni tumbuh gigi.
Tapi..
Tapi..
Hanya bf mom yang mengerti.
Datang dia geram tu......
Dulu guna gusi pun dah cukup.
Ni tambah plak gigi yang ya hampun tajam nya!
Haha!



24 January 2017

Kepuasan

Eh. New entry?
Yup. Bkn draft. Fresh entry i told ya.
:)

Apa kepuasan anda dalam kerja?
Untuk orang bekerja lah. 
For me, duduk dalam bidang HR ni, kepuasan bila dapat menolong orang.
Mesti ada yang kata - tak duduk HR pun boleh tolong orang.
Betul lah tu.
Tapi, ini dalam skop kerja kita.

Pertama, rasa puas hati bila dapat tgk orang naik pangkat, hasil dari penat lelah usaha kita untuk dapatkan jawatan tersebut.
Hurm. Susah nak faham kan.
Secara ringkas - jawatan tu takde, tapi kita wujudkan, then ada orang naik pangkat.
Suka!
Walau hakikatnya - kita buat, kita tak naik pangkat pun. Hehe.
Oh. Perlu diingatkan, proses nak dapatkan jawatan tu bukan mudah ya.
Berulang alik ke JPA, buat budget etc etc.
But.. but.. saya puas hati bila orang yang memang patut naik pangkat, naik pangkat.
Dan.
Bukannya orang yang asyik nak jawatan tinggi, tapi lupa semakin tinggi jawatan, semakin bertambah juga tanggungjawab. Orang begini, mohon mereput di tepi tasik. Ke sana sini menjaja suruh wujudkan jawatan naik pangkat. Konon untuk orang lain, padahal untuk diri sendiri.

Then, satu lagi kepuasan bila mempermudahkan kesulitan orang.
Being HR yang jaga pertukaran, memang selalu lah dapat surat orang mohon tukar.
Memasing dengan masalah tersendiri untuk mohon (ehem, guna kabel tu biasa juga. Ehem!)
Tapi, yang betul betul buat hati tersentuh bila ada pemohon yang berjauhan dengan anak.
Ibu yang terpaksa berjauhan dengan anak kecil.
Sedih kan?
Maka, sedaya upaya, dalam meeting, saya akan try propose.
Masa big boss lama dulu, memang kadang sampai kita plak kena marah bila defend orang nak tukar ni. Huhu. Takpe lah. Kita dah buat yang terbaik.

Tapi tu lah.
Kadang orang tak tahu.
Kadang tu, sebelum dapat tukar komain dia call kita gitu gini.
Dah dapat... jumpa dalam toilet pun tak tegur.
Bila kita dah gosip gosip, baru nak "hai kak.."
Kuasa lah aih. 

Tidak lah kata nak mengungkit pula.
Kita pun tidak lah minta segunung emas mahupun McD bagai.
Hanya ucapan terima kasih pun dah cukup buat kita rasa lega dan seronok.
Cam semalam lah.
Ada yang mohon tukar - dapat.
Just say "thank u kak.." Dua kali dia ucapkan.
Memang tarik nafas lega. Senyum sendiri.
Alhamdulillah.
Ibu dan anak dapat disatukan.
Ya. I know. Its hurt. Very much. Bila kita berjauhan dengan anak.
Alangkan antar kaptenrizq sekejap kat babysitter pun rasa cepat cepat nak ambil, apatah lagi dapat bersama dengan anak masa hujung minggu je. Ditambah dengan ada masalah peribadi yang lain.

Tak.
Tak. Bukan saya "kedarah" sangat dengan ucapan terima kasih.
MyDH pun dah pesan "tu kan memang kerja kita"
Ya.
Orang tak ucap pun, saya dah rasa berbesar hati sangat membantu.
Dah rasa puas dalam kerja.

Selain tu, saya kerap juga dapat emel/pm di FB dari jabatan luar. Yang bertanya perihal HR.
Mana semampu, saya akan bantu.
Sebab saya memang seronok untuk membantu. Boleh upgrade skill n knowledge dalam bidang saya ni. Sebab nanti nak sambung Master dalam bidang HR plak. Eh? Hahaha.
Nak tnya JPA macam formal kan?
Feel free to contact me. Mana yang boleh tolong, saya tolong :)

Tahun ke5 di HR.
Ya. Saya seronok dengan kerja saya ini.
Dan sekarang ada boss baru.
Oh. Saya belum bercerita perihal majlis persaraan bos lama.
Bos yang disayangi. Bos yang selalu gado gado (manja). Ko mampu gado ngan bos gred 54? Haha. Pasal ekon pun boleh gaduh. Tu masa pregnant. Sudahnya bila kaptenRizq keluar, dah bebudak opis kata muka cam bos. Hahaha. Nanti kita cerita ya.
Kami raikan secara private di hotel. 
Cea. Private halanya.


23 January 2017

Entry Baru

Ouuu...
Januari pun dah nak sampai ke penghujung nya.
Ada berapa entry je bulan Januari ni.
(T___T)

Ada byk cerita tertangguh.
Tapi, banyak lagi menda yg super important perlu diuruskan.
Masuk office terus sarapan kat tempat je.
Lepas tu buat kerja.
Pukul 10 - pumping session.
Tapi biasa nya dalam pukul 10.30 ke pukul 11.00 pagi.
Then sambung work work work.
Then kul 1 rehat. Makan. Pumping session again.
Work work work.
4.30 - pumping session and solat Asar.
Gitu lah rutin harian sekarang di office.
Not to worried sbb guna double pump.
So, masa tak digunakan terlalu lama.
Alhamdulillah, masih fully bf (7mths,23days)
and pray until 2 years :)

Oh.
Next week ada majlis.
Baru nak buat akikah dak Rizq.
Jemput datang ya semua kengkawan.
Kecil kecilan saja.

Piknik di tepi kolam.
Huhu.
Oraitlah.
Saja nak update.
Takde la entry "punch kad merah" tu sentiasa kat atas.
Huhu.

Ok.
Bye.


13 January 2017

Punch Kad Merah

Ha!
Naseb lah sekarang tak pakai punch kad merah hijau kuning tu.
Rasa macam dah tak ramai pun pejabat govt guna punch kad gitu kan.
Ah. Tak kesah lah.
Bukan nak citer pasal punch kad tu.

Nak citer nya - dah hampir 14 tahun kerja - ini kali lah punch kad ku kaler merah.
Oleh kerana kami guna pass card je, maka takde la nampak kad tu kena tukar.
Dulu yer lah.
Tapi, kali ni derang keluarkan nama.
Makanya, bulan 12 tu ari punch kad akak dah jadi merah sbb bulan 11 byk kali lewat.
Konon nak perbetulkan lah.
Sekali bulan 1 ni pun merah gak.
Aduyai.

Apa option yang ada?
Option nya :
1) Mintak masuk WP3 - masuk 8.30pg balik 5.30ptg - macam tak "kena". Orang lain tu buleh ja.
2) Keluar rumah pukul 6.30pagi - hai, dah macam orang Rawang plak kan. Orang jauh tu tak pe lah. Ni kita rumah tak smpai 10km pun nak pergi pejabat 2 jam awal kah?
Yang sekarang ni pun bangkit pukui 5 pagi. Takkan nak bangkit kul 4 pagi siap siap.
Ke mandi sesiap sebelum tido - bangun - basuh muka - sarung baju - angkut dak Rizq terus.
3) Paksa mgt bukak nursery gak - haha. Banyak kali dah ni diusulkan dalam meeting MBJ. Selain masalah tempat, masalah bajet juga menjadi kekangan. Okay.
4) Pindah rumah depan ofis.
5) Option bersara pilihan - jadi full time housewife - sambil2 tu jadi dropship jual online apa apa. Haha.

Hoih!
Byk strategi dah buat, tak lepas juga.
Pagi tadi berjaya keluar rumah jam 7pagi.
Fine lah. Lif memang penuh. Tu std.
Okay dah jalan apa semua.
Tapi, bila dah antar dak Rizq, ada alam flora basuh jalan pulakkkkk.
Dah jadi jammed.
Beli nasik lemak pun beratur ramai orangggg... selalu takde pun.
Lambat juga jadinya.. aiyooooo.

Matik lah orang HR masuk tatatertib kang.. huhuhu (T___T).

Utk rujukan :

12 January 2017

Cuti Cuti Lagi

Ngeh ngeh ngeh.
Rizq sudah ke Melaka.
Sudah ke PD.
Eh. Jap. Citer PD blum ada ek.
Ok ok. Nanti citer gak.
Sekarang kita pergi lagi satu negeri.
Mak bawak awak pusing satu Malaysia dulu, then baru kita melangkah keluar pula ya.
Hobi travel diteruskan dengan ahli baru kami yang juga nampaknya macam kaki travel.
Hihi.
Eh. Dak kecik ni, kalau pepagi kita cakap kat dia nak gi jalan, memang takkan dia nak nap lah. Mesti tahan mata sampai lah naik kereta. Hihi.
Kali ni jauh sket ya. Mak pun tak pernah pergi sini tau.


Yaih.
Cam biasa.
Mak yang tak sabar :P

10 January 2017

Beli Car Seat Dak Rizq

Ye. Citer dak Rizq lagi.
Iyo lah. Baco yo lah yo.. nanti kito cito lain plak.

Car seat kedua dak Rizq.
Wah. Kemain ko. Umur baru 7 bulan dah 2 car seat.
Hiwhiw.
Dulu guna carrier car seat. Entah masa tu konon cam nak carrier yg blh jadi car seat, yg boleh jadi stroller itu ini begitu begini, last last malas nak bukak letak. Padan lah sangat. Pastu pakai pun tak lama, dah kena tukar.

Spti yg penah citer sebelum ni, kaptenRizq is dun have any prob utk duk dalam car seat.
Kecuali dia nak feeding, mmg kena angkat lah (tak advisable utk bf baby dalam kereta bergerak sebenarnya).
Nak tido takpe. Dia boleh lelap je dalam tu.
Mudah.

Tu yang kami pun seronok je nak carik car seat.
Riki riki lama dah.
Mula nak carik yg jenis isofix.
Pastu ada orang kata sweet cherry (SC) ada jenis isofix yang murah.
Dah siap riki warehouse SC ni, siap call kata nak dtg. Tapi tak jadi.
Lagipun bila dah baca baca review, tak confident plak rasa.
Pergi Happikido. Survey lagi.
Tapi, masa pergi Happikido ni, lain di carik, lain plak dapat.
Bahaya betul lah Happikido nih. 

So, ada satu yg kami berkenan. Sbb rear facing buleh recline 3 level. And level baring tu memang sebagaimana kami nak. KaptenRizq pun rilek je duk dalam tu masa test tu. 
Cumanya masa tu hanya ada display stock. Dia suh bagi no fon. Bila dah sampai dia akan call katanya. Tapi sampai ke sudah tak call. Never mind. Mungkin dia igt kami serebeh serabai camni takde nya bebtul nak beli.

Takpe. Apa ada hal.
Terus ke distributor ku carik.
PM kat FB dia, tanya ada tak stock yang kami nak tu n tanya price.
Ada diskaun. Bagus.
Last Saturday terus pergi.
Tempat tu pun area2 PJ. AyahRizq biasa la area situ, tapi exact location tu dia pun cam tatau. Tak guna waze just terus guna nav kat kereta ja. Sampai lah warehouse tu.
Terus tanya brand kami nak.
Memang ada. Tanya sket2 je lah sbb memang dah survey lama dah pun kan.
Test letak dak Rizq dalam tu pun diam je dia. Hihi.
Lama jugak lah kat warehouse tu.
Settle bayar terus pasangkan dalam kereta.

Yang bagus pergi distributor ni derang boleh advise apa yg patut.
Pastu bila pasang pun, memang dah tentu tentu dari yg pakar kan.
Dia ajar lah pasang cemana apa semua.
Luckily, car seat ni mmg isofix juga. Tapi tak dipanggil isofix. Dia panggil latch (US). Isofix ni biasa ada mendalah panjang kat bawah tu.



Kalau nak rear facing, kita pusing kan lah car seat tu agaknya. Agaknya lah. Aku pun tak berapa mahir sbb tak pernah tanya bebtul berkaitan isofix ni.
Tapi kalau latch takde menda panjang2 tu.
Lagi tak semak.
Memang mudah.
And brand kiterang beli ni 2in1. Boleh latch (pada kereta yg ada isofix) dan juga boleh guna seat belt biasa. Dan seat belt pun takde semak sbb dia pasang ikut bawah.

Yer. Menepati semua kriteria aku nak. Puas hati.
Ada latch, tak bulky, buleh extend, boleh recline, harness pun elok. Dan yg penting kaptenRizq selesa. Ibu pun gumbira.
Dan ini kaptenRizq yg duk dalam nya. Bila up gmbr ni kat FB, ada yg ingat Rizq duk depan, ada yg ingat buat forward facing. Hihi.
No no no.
Ni rear facing lah kawan kawan. 


Sbb tak dapat kurang harga, makanya ayahRizq mintak memacam kat tokey dia.
Haha.
Limau pun dia mintak. Ye lah. Kata dekat raya cine dah kan.
Lantak. Tapi takde limau lagi. Dengan topi construction tu pun tokey tu bagi. Haha.
Paper bag mintak gak. Pastu dapat mug, tabung, buku nota. 
Thank u ya.. 

Tapi, best lah gi warehouse sini. Toilet pun bersih. Siap ada tempat nappy changing. Rizq siap tukar diapers lah kat sini. Sbb lepas tu kami terus nak gi kenduri. Hihi.
Tempatnya adalah GBS Marketing Sdn Bhd. Kat PJ.
Barang mainan pun ada gak.
Nak beli online pun boleh. Web derang [growingkidz]
Lega hati mak dah. Car seat ni pun baru. Keluaran Sept 2016.  Penting gak utk tahu date ni sbb car seat pun ada expired dia.

Kalau nak beli car seat, it is advisable utk dapatkan review2. Dan juga aspek2 yg kita perlu beri perhatian :

Those are the statistics. Here are a few steps you can take on the way to keeping your children safe:

**All car seats sold in the U.S. are required to meet or exceed Federal and ASTM Safety Standards.
**Car seats should also be NCAP crash tested, the industry benchmark for evaluating seat performance in the event of a severe accident.
**Parent Central at SaferCar.gov provides excellent reviews on all U.S. car seats. The site also rates each car seat based on its ease of use – an important consideration, given the above statistic that 73% of car seats are used incorrectly.
**For all-in-one seats and convertibles that transition to boosters, you can also check booster seat ratings at the Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).
**Third-party review sites, like Consumer Reports, also offer unbiased comfort and safety reviews.

All that said, we’ll add one more layer to the equation – four additional considerations before purchasing a car seat:

**Extended Rear-Facing: You may have heard a lot about rear-facing versus front-facing car seats. Let’s cut to the chase: without a doubt, rear-facing is the safest way for your children to ride. Consider purchasing a seat that rear-faces to 40+ pounds. Remember, just because your child hits the minimum required to front-face (1+ year and 20+ pounds), doesn’t mean she should. Rear-facing saves lives.
**Extended Front-Facing: As with the transition from rear- to front-facing, your child will likely hit the minimum height and weight required to transition to a booster before he’s actually ready, physically and developmentally. Choose a seat with a high front-facing weight limit (up to 70 pounds) and only transition to a booster when your child outgrows her car seat.
**Check the expiration date: Some car seats have a 5-year life, which means they’ll likely expire before your child has the chance to outgrow them. If you’re buying an extended-use or all-in-one car seat, choose one with an 8-, 10-, or 12-year lifespan.
**Never buy used: It’s tempting to spring for a deal on a used seat, but you should know that age, wear, and accidents (even just a teeny, tiny fender bender) can compromise a car seat’s safety features. Unless you are 110% sure of a seat’s history – never been in an accident, never left in a spot where the sun shines brightly, etc. – don’t risk your child’s safety for a discount.

6 January 2017

Rizq Dah Makan!

Okeh.
Rizq Iskandar dah start solid food.
Dia masuk 6 bulan pada 1 Disember 2016.
Pernah tanya paed, blh bagi awal tak. Macam dalam 5 bulan lebih ke.
Tapi paed kata, tunggu lah 6 bulan.
Baek.

Tapi takde la mak jadi rigid bulat bulat nak juga bagi genap2 dia 6 bulan kan.
1 Disember tu hari Khamis.
Hari Khamis kerja. 
Lagipun mak nak jadi orang pertama yang suap dia solid food.
Jadi, hari Sabtu - 3 Disember baru mak bagi.
Alah..yg masa tiles meletop tu. Huhu.

Mak dah siap beli Beaba.
Mak ada citer dah kan.
Citer banyak2 kali kang orang menyampah.

Apa first solid food Rizq Iskandar?
Avocado. 
Yes. Puree avocado.
And. Rizq Iskandar sangat suka.
Banyak dia makan.
Sampai mak naik risau. Kang sakit perut kang nih. 
Paed kata 2,3 sudu. Ni dah bersudu sudu ni.
Mak buat avocado+kurma+ebm.
Haha. Masa ni mak tak beli lagi cup n bowl dia.
Mak  belasah guna mangkuk correlle. Haha.



(ada orang citer anak dia tak suka avocado. Siap jeluak jeluak. Hihi. Tu lah. Kalau kita pun tak suka, takkan anak nak suka. Kan? Dak Rizq ni gamaknya dia dah biasa rasa dari dalam perut dulu. Mak pun bukan suka sangat. Tapi, sejak dari belum conceive kan dia, sampai lah masa pregnant, mak selalu buat jus avocado coklat (jus alpukat). Kadang beli kat kafe ni ha. Jadi, tiada masalah utk dak Rizq makan)

Memang ada research kan, baby akan suka makan apa yg dia pernah rasa masa dalam perut.
Ni ada sedikit artikel berkaitan. Artikel penuh kat sini [Baby's Palate And Food Memories Shaped Before Birth]
In other words, if you eat broccoli while you're pregnant, there's a much better chance your baby will like broccoli.

Alhamdulillah, Rizq Iskandar memang gemar makan.
Suap je. Mudah je dia makan.
Harap harap berkekalan lah sampai besar.
Mak sebenarnya dah siap buat schedule tau.
Macam gini.

Tapi, tak displin. Tak ikut pun. Malas pulak nak stick 4 rules tu. Lambat.
Nampak dia suka and takde apa apa alergi - teruskan.
If nampak lain dalam masa sehari. Stopkan.

Pastu opah dak Rizq datang, dia kata cam omputih je makan puree bagai ni.
Mak pun buat lah bubur nasi.
Bubur nasi beras perang - then blend halus. Takyah tapis2 dah. Guna Beaba tu dia jadi halus mulus ja.

Setakat ni dak Rizq suka avocado, butternut squash.
Carrot kurang suka. Sweet potato pun boleh la. Beli kaler purple.
Epal memang dia tak suka. Tatau pasal. Tak masam pun. Tp dia buat expression muka eiwww cam masam nau.
Puree kurma single pun pernah. Memang suka lah kan. Manis. Tapi lepas tu mak yang cemas sbb dia tak berak 2 hari. Kang sembelit lagi payah.
Cepat2 pi beli papaya. Buat puree papaya. Tak sampai setgh jam makan papaya terus berak. Haha.
Apa ni... citer berak la plak.
Tapi dak Rizq suka juga papaya.
Kalau bubur nasi tu, biasa ada campur juga lah carrot, pastu tambah ebm. Bagi ada rasa susu sket, takde lah dia refuse sgt.

Sekarang dah 7 bulan. Dah boleh pelbagai kan lagi food dia.
Cuma nya mak tgk dia tak berapa suka reheat food.
Dia suka yg baru masak tu.
Makanya, mak nak kena beli thermos utk bekalkan ke rumah nenek asuh dia. Mak nak beli slow cooker gak utk masak bubur dia setiap hari.
Ha. Beaba tak boleh buat bubur tau. Masak nasik boleh.
Kat rumah mmg dia agak refuse kalau makanan yg reheat ni. Tpi kat umah nenek, nenek kata dia habis je makan. Kesian plak dia.

Utk permulaan baru nak kenal2 food ni, mak beli stock kat Jaya Grocer, Inter Mark. Haha. Lantak la mak masuk situ cam bibik2 ja. Situ ramai omputih ja membeli. Mak je yang masuk situ gaya bibik2 ja. Dah la beli setakat sepotong butternut squash, sebiji avocado ja. Haha. Naseb lah kan.

Tapi, best Jaya Grocer situ. Sayur Kale pun ada. Dulu masa mak duk sebok2 buat juicing tu, takde plak nampak kale. Sekarang dah ada. Pastu memacam sayur pelik2 dari luar negara tu memang ada. Carik lah situ. InsyaAllah ada.
Mak pegi situ seminggu sekali. Dah sebulan lah mak pergi tetiap minggu. And mak tgk barang kat situ memang terbaik. Kalau buah betik pun memang manis n fresh rasa dia. Jagung pun mak penah beli. Buat rebus, rangup je lagi rasanya. Memang derang jaga kualiti lah situ since tempat orang ado ado kan. Eh. Food dak Rizq je mak beli kat situ. Utk menda lain mak still beli kat Tesco, kat Ongtaikim. Takpun cokit. Haha.

Senang sgt bagi dak Rizq ni makan.
Sekarang balik kerja laju laju mak buat puree utk dia as dinner.
Walau dia lepas nyusu, tapi dia rilek je makan lagi. Hihi


Masalahnya skrg - makan suka, minum susu pun kerap - tapi apsal tak naik berat banyak banyak. Aiyoo.. ni kang paed bebel bebel lah kat mak ni. Metabolisme tinggi cam mak dia gak nya.

4 January 2017

Lantai Rumahku Meletop!

Ha. Cam tajuk drama gitu.
Exaggerate sangat lah kan.
Tapi, betul lah. Memang lantai rumah ku meletop!
Sapa tahu, tahu lah yang lantai rumah (tiles) memang boleh meletop.
Daku tak tahu. Dan memang terperanjat betul.

Sebenarnya dah ramai kejiranan kiterang tu lantai meletop.
Dari tahun 2014 camtu lah dah dengar citer lantai pecah ni.
Tapi, kiterang macam takde apa kot. Takde plak rumah kiterang kena pun.
Dan tak terjangka dek akal keadaan meletop dia ni sangat teruk dan menyeramkan (T___T).

Tup tup, tahun 2016, dah ada kaptenRizq plak kena.
Tak sangka betul!
Bermula dengan lantai bilik (12 November 2016).


Hari Sabtu. Lepas zohor camtu. MyDH kat bilik air. Akak ngan kapten kat bilik.
Tetiba bunyi crack - pastu meletop letop. Kuat bunyi dia sampai myDH kat bilik air pun keluar lah tanya bunyi apa.
Bunyi dia memang menyeramkan.
Patut lah sebelum ni, waktu malam. Dengar macam orang kopak tiles kat rumah atas. Pikir takkan lah dia renovate malam2 buta kan. Memang bunyi macam nak pecah je siling rumah kita. Rupanya sebab ni lah. Masa tu pregnant and masa dalam pantang, dok dengar orang tu renovate rumah. Patut kan lah. Lantai dia pecah rupanya.

Ni kena kat rumah kami plak.
Lepas kena tu, myDH panggil orang baiki.
Sebab mak nak datang. Bilik tu bilik tetamu which kalau mak datang mmg duk situ.
So, ganti dalam 10 tiles pun kena RM500.
Masa tu akak pikir2 gak, nak buat laminate.
Dah google apa semua nak buat laminate. Tapi, ayahRizq kata - ganti dulu lah yang pecah tu.
MakRizq pun sokay lah. 

Tup tup lepas 2 minggu, jadi lagi. Kali ni meletop kat ruang tamu plak (3 Disember 2016). Hari Sabtu gak (Allah memang nak bantu kami sbb kalau terjadi mesti waktu kami kat rumah. Kalau ttiba jadi masa kami kat ofis, mau lagi terperanjat agaknya balik balik tgk rumah dah meletop. Huhu).
Kali ni lagi teruk.
Sbb kaptenRizq tgh lena tido kat depan tv.
Masa tu plak akak kt dapur tgh duk nak prepare food dia.
1st time masa tu nak bagi dia makan.
Dah la masa tu ayahRizq keluar.
Kali ni memang dasyat. Tahap cam raksasa transformer nak keluar dari dalam tanah tu.


Okay. Exaggerate lagi.  
Haha.
Terus angkat dak Rizq and lari masuk bilik. Gigil oii. Nak capai fon pun tak sempat.
Lantai tu terus crack..crack..crack.. ye lah. Bukan kita boleh nak tahan tahan dia kata "eh, cukup cukup, jangan pecah lagi"
Naseb masa tu gak ayahRizq balik rumah.
And naseb baik juga dia tak crack dari depan pintu. If not, tak buleh buka pintu rumah.
Kali ni kena panjang. Terus nak sampai ke depan balkoni.
Bayangkan lah dengan terangkat2 kerusi n coffee table.


Kat atas tikar biru tu letak toto n dak Rizq tgh tido atas toto tu.


Kali ni aku malas nak pikir apa apa dah.
Keselamatan kami lebih2 lagi si kecik tu perlu diberi perhatian.
Buatnya dia tgh dok meniarap pecah tiles tu.
Ish. Nauzubillah. Mintak dijauhkan Allah.

Takde pikir apa dah, terus carik kontraktor.
Takde nak survey2 ke apa.
MyDH terus w.app orang tu.
Esuknya terus orang tu datang tgk n buat kira kira.
Senang.
Kami terus decide buat laminate floor.
Buat terus satu rumah.
Abis citer.

Tapi, memang dasyat lah kejadian rumah masa tu kan.
Huru hara macam baru lepas pindah.
Tapi, team kontraktor ni bagus.
Makna kata takde lah berhabuk sgt rumah.
Sbb dia tahu kita ada baby apa kan. 
Dalam 3 hari settle.
Suppose dalam 2 hari ja. Tapi sbb rumah kami banyak banyak banyak sangat barang makanya derang susah nak kena tolak sana tolak sini, tu yang jadi tiga hari.
Within one week, rumah kami totally berubah wajah. Haha.

Peralatan

Bilik kaler ni. Macam resort gitew.

Hall, dapur kaler beige ni. Masa ni bilik
tetamu tak siap pasang lagi.

Phew...!
Moga moga takde lah kejadian tiles pecah lagi.
Untuk makluman, memang byk apartment yang ada kejadian tiles crack n meletop ni.
Tatau lah sbb apa. Kontraktor yang buat laminate ni kata sbb gam tak cukup.
Tapi, ada member engineer kata bukan sbb tu. Sbb tak ikut spec katanya (tp gam tak cukup tu, tak ikut spec lah kan). Entah. Rasa nak bawa ke BPA je sbb mgt dah lepas tangan since rumah dah habis warranty. Tengok lah cemana. BPA ke Tribunal Pengguna ke.
So, pada yang pasang tiles, esp apartment berhati hati lah. Rumah kami kena masa tahun ke 4 kami duduk sini. Ada lagi malang tahun ke2, tahun ke3 dah kena. Majoriti rumah KSU dah kena.

Kami ambik Zaldeco untuk buat laminate floor ni. Memang berurusan dengan En. Faizal tu je lah. Dia yg dtg amik ukuran. Masa 1st day pun dia ada tunggu orang dia pasang.
Dekat FB dia ada banyak gambar dia buat rumah kiterang tu.
Haha. Bikin malu sbb dalam gambar nampak berselerak habis barang masa tu. Macam tongkang pecah.
Gambar dari FB Zaldeco Inspiration

Derang tolak kabinet bawah tv tu then pasang laminate floor.
Memang kami takde masa dah nak compare2 sbb masa dah suntuk (mak nak dtg and kiterang ada family vacation ke PD) plus tiles yang crack tu sangat menyakitkan mata (serta hati).
Hari Sabtu pecah - Ahad orang tu dtg ukur apa semua - Isnin bayar - Rabu sampai Jumaat dia siapkan. 
Total - RM7,000.

Memang urut dada je tau tetiba melayang segedebuk. Tapi, think positive ja. Ada hikmah nya tu. 
Hikmah - takde risau kaptenRizq jatuh, meniarap, merangkak. Dia pun seronok je ketuk ketuk kaki dia sambil meniarap skrg ni. Dia suka bunyi kaki dia "kelekak..kelekak" kena papan laminate tu. Hihi.
Yang tak hikmah - smpai sekarang barang tak terkemas. Barang rumah ni banyak lah sangat. Skrg tgh nak jual barang2 tak pakai. Buai dakRizq selamat dah jual. DakRizq memang tak pakai buai. Beli masa kat kg. Guna pun tak smpai sebulan. Lepas ni nak jual playpen dia, carrier car seat dia, separuh lagi novel mak dia (separuh dah settle), katil bilik tetamu, almari dan memacam lagi lah. Nanti nak iklan. Huhu.

3 January 2017

Hai 2017!

Selamat datang tahun 2017,
Dah 3 hari pun dok dalam tahun 2017.
Dan kita pun dah masuk Rabiul Akhir.
Yer. Mak belum ganti puasa.
Huhu.
Sebulan yong. Sebulan.

Takpe. Pelan pelan kayuh.

Banyak btul cerita tertangguh.
Samada nak buat entry pelan pelan.
Atau, langsung tak payah.
Detik kelahiran Rizq Iskandar pun belum cerita lagi.
Memang nak memorikan semua di sini.
Tapi tu lah.
Kekangan masa betul.

Rizq Iskandar dah masuk 7 bulan.
Alhamdulillah dengan rezeki Allah ini.
Semakin banyak akal nya.
Baby yang memang tak banyak ragam.
Alhamdulillah.
Allah permudahkan rezeki kami tang ini.

Ok. Nanti sembang lagi.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign