Pages

24 January 2017

Kepuasan

Eh. New entry?
Yup. Bkn draft. Fresh entry i told ya.
:)

Apa kepuasan anda dalam kerja?
Untuk orang bekerja lah. 
For me, duduk dalam bidang HR ni, kepuasan bila dapat menolong orang.
Mesti ada yang kata - tak duduk HR pun boleh tolong orang.
Betul lah tu.
Tapi, ini dalam skop kerja kita.

Pertama, rasa puas hati bila dapat tgk orang naik pangkat, hasil dari penat lelah usaha kita untuk dapatkan jawatan tersebut.
Hurm. Susah nak faham kan.
Secara ringkas - jawatan tu takde, tapi kita wujudkan, then ada orang naik pangkat.
Suka!
Walau hakikatnya - kita buat, kita tak naik pangkat pun. Hehe.
Oh. Perlu diingatkan, proses nak dapatkan jawatan tu bukan mudah ya.
Berulang alik ke JPA, buat budget etc etc.
But.. but.. saya puas hati bila orang yang memang patut naik pangkat, naik pangkat.
Dan.
Bukannya orang yang asyik nak jawatan tinggi, tapi lupa semakin tinggi jawatan, semakin bertambah juga tanggungjawab. Orang begini, mohon mereput di tepi tasik. Ke sana sini menjaja suruh wujudkan jawatan naik pangkat. Konon untuk orang lain, padahal untuk diri sendiri.

Then, satu lagi kepuasan bila mempermudahkan kesulitan orang.
Being HR yang jaga pertukaran, memang selalu lah dapat surat orang mohon tukar.
Memasing dengan masalah tersendiri untuk mohon (ehem, guna kabel tu biasa juga. Ehem!)
Tapi, yang betul betul buat hati tersentuh bila ada pemohon yang berjauhan dengan anak.
Ibu yang terpaksa berjauhan dengan anak kecil.
Sedih kan?
Maka, sedaya upaya, dalam meeting, saya akan try propose.
Masa big boss lama dulu, memang kadang sampai kita plak kena marah bila defend orang nak tukar ni. Huhu. Takpe lah. Kita dah buat yang terbaik.

Tapi tu lah.
Kadang orang tak tahu.
Kadang tu, sebelum dapat tukar komain dia call kita gitu gini.
Dah dapat... jumpa dalam toilet pun tak tegur.
Bila kita dah gosip gosip, baru nak "hai kak.."
Kuasa lah aih. 

Tidak lah kata nak mengungkit pula.
Kita pun tidak lah minta segunung emas mahupun McD bagai.
Hanya ucapan terima kasih pun dah cukup buat kita rasa lega dan seronok.
Cam semalam lah.
Ada yang mohon tukar - dapat.
Just say "thank u kak.." Dua kali dia ucapkan.
Memang tarik nafas lega. Senyum sendiri.
Alhamdulillah.
Ibu dan anak dapat disatukan.
Ya. I know. Its hurt. Very much. Bila kita berjauhan dengan anak.
Alangkan antar kaptenrizq sekejap kat babysitter pun rasa cepat cepat nak ambil, apatah lagi dapat bersama dengan anak masa hujung minggu je. Ditambah dengan ada masalah peribadi yang lain.

Tak.
Tak. Bukan saya "kedarah" sangat dengan ucapan terima kasih.
MyDH pun dah pesan "tu kan memang kerja kita"
Ya.
Orang tak ucap pun, saya dah rasa berbesar hati sangat membantu.
Dah rasa puas dalam kerja.

Selain tu, saya kerap juga dapat emel/pm di FB dari jabatan luar. Yang bertanya perihal HR.
Mana semampu, saya akan bantu.
Sebab saya memang seronok untuk membantu. Boleh upgrade skill n knowledge dalam bidang saya ni. Sebab nanti nak sambung Master dalam bidang HR plak. Eh? Hahaha.
Nak tnya JPA macam formal kan?
Feel free to contact me. Mana yang boleh tolong, saya tolong :)

Tahun ke5 di HR.
Ya. Saya seronok dengan kerja saya ini.
Dan sekarang ada boss baru.
Oh. Saya belum bercerita perihal majlis persaraan bos lama.
Bos yang disayangi. Bos yang selalu gado gado (manja). Ko mampu gado ngan bos gred 54? Haha. Pasal ekon pun boleh gaduh. Tu masa pregnant. Sudahnya bila kaptenRizq keluar, dah bebudak opis kata muka cam bos. Hahaha. Nanti kita cerita ya.
Kami raikan secara private di hotel. 
Cea. Private halanya.


Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign