Pages

4 January 2017

Lantai Rumahku Meletop!

Ha. Cam tajuk drama gitu.
Exaggerate sangat lah kan.
Tapi, betul lah. Memang lantai rumah ku meletop!
Sapa tahu, tahu lah yang lantai rumah (tiles) memang boleh meletop.
Daku tak tahu. Dan memang terperanjat betul.

Sebenarnya dah ramai kejiranan kiterang tu lantai meletop.
Dari tahun 2014 camtu lah dah dengar citer lantai pecah ni.
Tapi, kiterang macam takde apa kot. Takde plak rumah kiterang kena pun.
Dan tak terjangka dek akal keadaan meletop dia ni sangat teruk dan menyeramkan (T___T).

Tup tup, tahun 2016, dah ada kaptenRizq plak kena.
Tak sangka betul!
Bermula dengan lantai bilik (12 November 2016).


Hari Sabtu. Lepas zohor camtu. MyDH kat bilik air. Akak ngan kapten kat bilik.
Tetiba bunyi crack - pastu meletop letop. Kuat bunyi dia sampai myDH kat bilik air pun keluar lah tanya bunyi apa.
Bunyi dia memang menyeramkan.
Patut lah sebelum ni, waktu malam. Dengar macam orang kopak tiles kat rumah atas. Pikir takkan lah dia renovate malam2 buta kan. Memang bunyi macam nak pecah je siling rumah kita. Rupanya sebab ni lah. Masa tu pregnant and masa dalam pantang, dok dengar orang tu renovate rumah. Patut kan lah. Lantai dia pecah rupanya.

Ni kena kat rumah kami plak.
Lepas kena tu, myDH panggil orang baiki.
Sebab mak nak datang. Bilik tu bilik tetamu which kalau mak datang mmg duk situ.
So, ganti dalam 10 tiles pun kena RM500.
Masa tu akak pikir2 gak, nak buat laminate.
Dah google apa semua nak buat laminate. Tapi, ayahRizq kata - ganti dulu lah yang pecah tu.
MakRizq pun sokay lah. 

Tup tup lepas 2 minggu, jadi lagi. Kali ni meletop kat ruang tamu plak (3 Disember 2016). Hari Sabtu gak (Allah memang nak bantu kami sbb kalau terjadi mesti waktu kami kat rumah. Kalau ttiba jadi masa kami kat ofis, mau lagi terperanjat agaknya balik balik tgk rumah dah meletop. Huhu).
Kali ni lagi teruk.
Sbb kaptenRizq tgh lena tido kat depan tv.
Masa tu plak akak kt dapur tgh duk nak prepare food dia.
1st time masa tu nak bagi dia makan.
Dah la masa tu ayahRizq keluar.
Kali ni memang dasyat. Tahap cam raksasa transformer nak keluar dari dalam tanah tu.


Okay. Exaggerate lagi.  
Haha.
Terus angkat dak Rizq and lari masuk bilik. Gigil oii. Nak capai fon pun tak sempat.
Lantai tu terus crack..crack..crack.. ye lah. Bukan kita boleh nak tahan tahan dia kata "eh, cukup cukup, jangan pecah lagi"
Naseb masa tu gak ayahRizq balik rumah.
And naseb baik juga dia tak crack dari depan pintu. If not, tak buleh buka pintu rumah.
Kali ni kena panjang. Terus nak sampai ke depan balkoni.
Bayangkan lah dengan terangkat2 kerusi n coffee table.


Kat atas tikar biru tu letak toto n dak Rizq tgh tido atas toto tu.


Kali ni aku malas nak pikir apa apa dah.
Keselamatan kami lebih2 lagi si kecik tu perlu diberi perhatian.
Buatnya dia tgh dok meniarap pecah tiles tu.
Ish. Nauzubillah. Mintak dijauhkan Allah.

Takde pikir apa dah, terus carik kontraktor.
Takde nak survey2 ke apa.
MyDH terus w.app orang tu.
Esuknya terus orang tu datang tgk n buat kira kira.
Senang.
Kami terus decide buat laminate floor.
Buat terus satu rumah.
Abis citer.

Tapi, memang dasyat lah kejadian rumah masa tu kan.
Huru hara macam baru lepas pindah.
Tapi, team kontraktor ni bagus.
Makna kata takde lah berhabuk sgt rumah.
Sbb dia tahu kita ada baby apa kan. 
Dalam 3 hari settle.
Suppose dalam 2 hari ja. Tapi sbb rumah kami banyak banyak banyak sangat barang makanya derang susah nak kena tolak sana tolak sini, tu yang jadi tiga hari.
Within one week, rumah kami totally berubah wajah. Haha.

Peralatan

Bilik kaler ni. Macam resort gitew.

Hall, dapur kaler beige ni. Masa ni bilik
tetamu tak siap pasang lagi.

Phew...!
Moga moga takde lah kejadian tiles pecah lagi.
Untuk makluman, memang byk apartment yang ada kejadian tiles crack n meletop ni.
Tatau lah sbb apa. Kontraktor yang buat laminate ni kata sbb gam tak cukup.
Tapi, ada member engineer kata bukan sbb tu. Sbb tak ikut spec katanya (tp gam tak cukup tu, tak ikut spec lah kan). Entah. Rasa nak bawa ke BPA je sbb mgt dah lepas tangan since rumah dah habis warranty. Tengok lah cemana. BPA ke Tribunal Pengguna ke.
So, pada yang pasang tiles, esp apartment berhati hati lah. Rumah kami kena masa tahun ke 4 kami duduk sini. Ada lagi malang tahun ke2, tahun ke3 dah kena. Majoriti rumah KSU dah kena.

Kami ambik Zaldeco untuk buat laminate floor ni. Memang berurusan dengan En. Faizal tu je lah. Dia yg dtg amik ukuran. Masa 1st day pun dia ada tunggu orang dia pasang.
Dekat FB dia ada banyak gambar dia buat rumah kiterang tu.
Haha. Bikin malu sbb dalam gambar nampak berselerak habis barang masa tu. Macam tongkang pecah.
Gambar dari FB Zaldeco Inspiration

Derang tolak kabinet bawah tv tu then pasang laminate floor.
Memang kami takde masa dah nak compare2 sbb masa dah suntuk (mak nak dtg and kiterang ada family vacation ke PD) plus tiles yang crack tu sangat menyakitkan mata (serta hati).
Hari Sabtu pecah - Ahad orang tu dtg ukur apa semua - Isnin bayar - Rabu sampai Jumaat dia siapkan. 
Total - RM7,000.

Memang urut dada je tau tetiba melayang segedebuk. Tapi, think positive ja. Ada hikmah nya tu. 
Hikmah - takde risau kaptenRizq jatuh, meniarap, merangkak. Dia pun seronok je ketuk ketuk kaki dia sambil meniarap skrg ni. Dia suka bunyi kaki dia "kelekak..kelekak" kena papan laminate tu. Hihi.
Yang tak hikmah - smpai sekarang barang tak terkemas. Barang rumah ni banyak lah sangat. Skrg tgh nak jual barang2 tak pakai. Buai dakRizq selamat dah jual. DakRizq memang tak pakai buai. Beli masa kat kg. Guna pun tak smpai sebulan. Lepas ni nak jual playpen dia, carrier car seat dia, separuh lagi novel mak dia (separuh dah settle), katil bilik tetamu, almari dan memacam lagi lah. Nanti nak iklan. Huhu.

3 juta komen

RM7000?? Mak oii.....sib baik mak ayah dak KaptenRizq mampu....tersedak Acik Yani dengar...huhuhuh.....apa-apa pun nasib baik KaptenRizq tak apa2, kot kena pada dia...alahai, tak mo bayangkan lah....

menyeramkan...
tapi pnh jadi di rumah pengasuh auni adli dulu, rumah quarters.
berlubang ruang tamu dia. udahlah dia mengasuh anak-anak org. terjadinya malam, syukur anak2 asuhan tak ada.

huhuhu...kat umah i lantai bilik kitorang. memang mcm u cakap la...meletop-letop my husband kata. I tgh keje masa tu. And masa tu x amik amna lagi. Sampai la husband x baiki lagi... huhuhuhu... skang pun sejak ada amna memang tido kat bawah je, senang nak buat susu etc. so relax2 la nak betul kan tu...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign