Pages

13 January 2017

Punch Kad Merah

Ha!
Naseb lah sekarang tak pakai punch kad merah hijau kuning tu.
Rasa macam dah tak ramai pun pejabat govt guna punch kad gitu kan.
Ah. Tak kesah lah.
Bukan nak citer pasal punch kad tu.

Nak citer nya - dah hampir 14 tahun kerja - ini kali lah punch kad ku kaler merah.
Oleh kerana kami guna pass card je, maka takde la nampak kad tu kena tukar.
Dulu yer lah.
Tapi, kali ni derang keluarkan nama.
Makanya, bulan 12 tu ari punch kad akak dah jadi merah sbb bulan 11 byk kali lewat.
Konon nak perbetulkan lah.
Sekali bulan 1 ni pun merah gak.
Aduyai.

Apa option yang ada?
Option nya :
1) Mintak masuk WP3 - masuk 8.30pg balik 5.30ptg - macam tak "kena". Orang lain tu buleh ja.
2) Keluar rumah pukul 6.30pagi - hai, dah macam orang Rawang plak kan. Orang jauh tu tak pe lah. Ni kita rumah tak smpai 10km pun nak pergi pejabat 2 jam awal kah?
Yang sekarang ni pun bangkit pukui 5 pagi. Takkan nak bangkit kul 4 pagi siap siap.
Ke mandi sesiap sebelum tido - bangun - basuh muka - sarung baju - angkut dak Rizq terus.
3) Paksa mgt bukak nursery gak - haha. Banyak kali dah ni diusulkan dalam meeting MBJ. Selain masalah tempat, masalah bajet juga menjadi kekangan. Okay.
4) Pindah rumah depan ofis.
5) Option bersara pilihan - jadi full time housewife - sambil2 tu jadi dropship jual online apa apa. Haha.

Hoih!
Byk strategi dah buat, tak lepas juga.
Pagi tadi berjaya keluar rumah jam 7pagi.
Fine lah. Lif memang penuh. Tu std.
Okay dah jalan apa semua.
Tapi, bila dah antar dak Rizq, ada alam flora basuh jalan pulakkkkk.
Dah jadi jammed.
Beli nasik lemak pun beratur ramai orangggg... selalu takde pun.
Lambat juga jadinya.. aiyooooo.

Matik lah orang HR masuk tatatertib kang.. huhuhu (T___T).

Utk rujukan :

1 juta komen:

2016, total late Cik Ila 14 hari. Nasib baik semua alasan diterima.
Azam tahun baru tak mau ada lewat lagi. Huhuhu....

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign