Pages

6 October 2015

Resepi : Kacang Pool

Baru ku tahu asalnya kacang pool adalah dari perkataan "foul"
Terus rasa fool. Hahahaa (T___T).

Aku pun idak la pro benar makan kacang pool ni.
Tu pun baru sekali makan tu hari masa outstation JB. Sedih. Haha.
Tapi, okay lah. Suka je. Buleh lah makan. So, buleh la buat sendiri sementara suka buat roti ni kan.

Okay. Mari kita share resepi kacang pool.
Untung2 tak perlu nak berjalan smpai ke JB nak makan kacang pool.
Tapi, rasa tu idak la mabeles dan superb macam kat JB.
Tapi, buleh la kata orang tu kan. Heheee..
Ai guna resepi yang di campur dari blog-blog. So, thanks to blog rezwati n simply sha

Okay, mari kita tgk apa bahan dan cara yg ai buat tu hari.

Bahan-bahan.
1 tin kacang foul (toskan air dan lenyek2 kasar)
1 tin kacang panggang (baked beans) *saya guna tin kecik sahaja.
200g daging kisar
Bawang (bawang kecik pun buleh, bawang besar pun buleh)
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 setengah sudu besar  serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu cili blender
2 cawan air (agak2 la ikut bahan kita sbb kuah mudah pekat)
Garam 
Gula
Kiub ayam (suku atau separuh sahaja)
Butter / margerine utk menumis (minyak biasa pun buleh saja)
Kalau suka buleh letak 1 sudu teh jintan manis dan 1 sudu teh jintan putih (goreng tanpa minyak dan dikisar) *tapi tu hari saya tak letak

Garnishing :
Telur mata kerbau
Bawang besar - potong dadu
Lada - potong dadu (saya guna cili padi)
Limau kasturi / limau nipis

Cara-caranya :
1. Kisarkan bawang, bawang putih dan halia (dan juga jintan kalau digunakan)
2. Campurkan bahan kisar dengan serbuk kari daging & serbuk ketumbar dan juga cili blender. Masukkan sedikit air dan jadikan pes.
3. Panaskan minyak/butter/margerine dan tumis bahan yg telah menjadi pes sehingga berbau harum.
4. Masukkan daging kisar dan kacau rata. Masak sehingga daging agak masak.
5.Masukkan air dan didihkan kuah.
6. Apabila kuah telah mendidih, masukkan kacang foul yang telah dilenyek dan kacang panggang bersama sos nya.
7. Masak sehingga pekat. Tambah garam dan gula. Kalau letak kiub ayam, jangan letak garam byk sgt sbb kiub da sedikit masin.
8. Kalau suka agak berkuah, cairkan sedikit.

Settle.
Boleh cicah dengan roti bersama telur, bawang, lada dan limau.
Sedap weh.

*Kacang foul adalah kacang parang dalam tin
gambar dari blog CMG
Kalau susah cari, pergi kedai yg menjual barangan/makanan arab. Pasti ada.
Tu ari pergi kedai arab Berkat Madinah kat Ampang tu, mmg melambak. Pelbagai brand lagi ada.

4 juta komen

Alaaaa.. kacanag pool memang sedap gila babun punya. Lama dah teringin nak buat, tapi tak terbuat pun hehe

cambest jek.. nak buat gak ar nnt

mmg payah nak carik kacang pool nih... ari tu carik satu giant x jumpa...

CIK ANITA :
Sila lah buat.. senang sajork.. =)


NAD :
Sila lah.. hihi


ST :
Kan... nxt time pergi kedai arab je..mmg kompem ada :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign