Pages

31 July 2015

#syukurselalu

Selain dari lagu tema Syukur Selalu yang terjerit jerit "syukur selalu...syukur selalu" oleh Black n Dayang ni, aku mmg suka ngan tagline #syukurselalu nih. Macam mengingatkan kita. Self reminder gitew...
Lagu tu suka, tapi.. apakehey nya mcm romb che kiah segala. 

Syukur selalu.
Betul lah tu. Kena syukur selalu.
Macam iklan dia jugak. Cuma part pakcik buta nak pergi bercuti di hari raya tu potong sket lah. Hari raya nak p bercuti dia yer. Amboi. Bukan lah tak boleh. Boleh ja. Tapi, moleknya di hari raya bersama keluarga sanak saudara. Oh. Mungkin dia pergi lepas 1 Syawal la kot. Hehe.

Syukur selalu.
Kadang kita selalu tak bersyukur dengan apa yang ada.
Kita selalu pandang apa yang kita takde, dari apa yang kita ada.
Contoh cam tu ari aku merungut2 macam menyesal beli rumah area aku duk skrg tu (KSU). Kat situ macam dah packed giler. Pastu mcm crowded. Pastu macam kenapa tak beli area tempat lain la apa la.
Pastu myDH tegur "syukur la kita ada rumah kat sini dari orang lain yg beli jauh2. Kena bangun awal gi kerja, balik berjam jam. Kena hadap jammed apa semua"
Terus cam... insofffff. Dan terngiang ngiang lagu "syukur selalu.. syukur selalu" (kejadian ni pas raya yer).

Tu lah aku kata, tak bersyukur apa yg ada. 
Perjalanan hidup kita, memang Allah dah tentukan yang terbaik. 
So syukur.
Takde anak lagi, syukur sbb mesti itu perancangan terbaik untuk kita.
Takde anak, tapi rezeki lain banyak kan. Ke takde? 
Banyak kan. Malahan, terkadang sebenarnya kita dapat apa yang orang lain tak dapat. Jadi, kenapa tak reti bersyukur.
Aku selalu motivate diri aku camtu ja. 

Kita rasa susah, ada orang lagi susah.
Kita naik keta kecik, ada orang pakai motor je ha. Tu yang abang dari Penang bawak balik anak dari Sepang tu. Lagi kesian kan.
Bagi aku iklan syukur selalu tu okay lah. Famili dalam watak utama iklan tu macam terus rasa bersyukur apa yg ada bila dia tgk orang lain.
Bapak dia, bagi sedekah pada orang jual tisu.
Mak dia macam rasa syukur bila at least dia naik kereta, ada orang pakai motor dan payung guna daun pisang je naik motor.
Anak2 plak tgk budak kaki sebelah pun kuat semangat.

Kita selalu pandang orang lebih dari kita.
Sbb tu macam rasa hidup kita lah paling tak best skali. Paling tak lucky skali.
Kena selalu muhasabah.
Bersyukur dengan apa yang ada, sebab tak semua orang ada apa kita ada.
Dan bila kita ada apa yang orang lain takde, zahirkan kesyukuran dengan selalu bersedekah.
InsyaAllah... mudah mudah Allah menerima segala amalan kita.

Salam Jumaat penuh kasih sayang.
Nah ambik lagu nih walau tak suka. Hehehehe.



1 juta komen:

setuju sangat.....
adakala lia pun tergelincir jugak...
tapiii alhamdulillah ada yang mengingatkan...
owhhh...ada tgk iklan tu....mesej dia sangat berguna....
tapiiii tapiiii....cara penyampaian laguu tuuuu...hehee.... =))

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign