Sebelum ni aku tak pernah lagi beli kain pasang secara online.
Sbb cam tak puas ja kan. Nak tgk sendiri, nak 'rasa' sendiri kain tu. Lembut ke keras gedegang ke cemana kan.
Tapi, kali ni aku try gak beli secara online.
Sebab memang tergoda bila tgk gambar2 kt IG dia.
Cemana aku bule jumpa online shop ni?
Bermula bila dia hantar kain ke NadiyaNissa
Pastu tengok cam cantik je kain2 dia.
Tunjuk ke adik unit aku - Ayu - pastu terus dia nak beli.
Jadi, kami pun join beli sekali.
Tapi, takde postage fee pun. Harga da includes pos.
Bes kan...
Satu lagi yang bes, service nya cepat.
Takde la kau rasa alamak, lambatnya nak dpt kain ni.
Masa yg beli ngan Ayu tu, Ayu w.app tanya pagi - dalam tgahri bank in duit semua - esuk paginya dia bagi tracking number n plingg... petang tu dah smpai. Bes kan.
Aku mmg plan nak carik cotton utk buat dress (susah nak carik tailor yang pandai jahit dress. Uhukss).
Aku beli yg ni.
RM55.
Lps tu, dia ada buat Giveaway.
Sesaja la masuk.
Sekali termenang ko.. hihihi. Gembira rasa hati. Sbb aku jarang2 join GA GA ni. Malas lagi pun.
Cam tak caya bila derang gitau menang. Hihihi.
Jadi, dia kata pilih la kain mana nak.
Aku cam eh, betul ke ni. Kang aku pilih mahal kang.
Dia kata takpe. Memana pun boleh.
Mula aku cam nak pilih yg sepasang RM90 tu. Tapi kang, agak2 la kan.. percuma kot. Jadi, setelah merambang mata, aku amik yang ni.
Tu pun jenuh. Dia announce pemenang hari Ahad. Suruh pilih kain. Kan aku kata rambang mata. Pastu tanya2 myDH yang mana lawa.
Pastu Isnin tu, derang yg ingatkan balik dah pilih ke kain.
Alo..kita ni malu la kan, kut kita yg nampak excited sgt nak dapat kain free, tapi ni derang yang tanya balik.
Jadi, Isnin malam tu baru bagi design mana yang nak.
Selasa dia hantar n Rabu smpai.
Suka nya.. terima kasih STUDIOCOTTONS.
Tengok la i.g dia. Pasti rambang mata I tell u.
Pastu tengok plak FB dia.
Lagi lahhh.... (*_*)
Tak sabar oih nak buat baju yang love love tu... #sayasuka
Terima kasih atas komen anda :)