Pages

20 April 2009

~bUkU~


Hari sabtu bersamaan 18haribulan April tahun 2009.
Aktiviti penuh.Dan aku rasa seronok skali.
Aktiviti bersama rakan,aktiviti berseorangan serta aktiviti bersama my dear.
Pukul rata.
Bes sgt..walo mlm nyer kul 9 lebey aku dh tak sedau diri.

Mula dgn pagi itu.Jam 7.30 pagi.Spti biasa.xtvt 2 minggu skali iaitu pi pasar cokit.Kali ni tak byk sgt duit abes. Cuma beli ikan,sotong,sayur nak buat mee je. Lain tak yah..sayur kobis yg beli kat TF masa balik kg last week byk lg dlm p.ais.Tu pun balik kg skali lagi pun ada lagi kut.
Hua Hua Hua.

Lps tu bekpas,bc sokkaba,mandi (iyer..sila abaikan sekiranya ada ter tahu yg aku pi cokit tk mandi..huhu..) trus siap2 utk bertemu dgn Dee plak.

Karoke session! Bes! Puas ati! Release tension amat!
My dear anta.
Dee smpai lmbt sket sbb katanya jem kat jln loke yew ke mana tah.Kena pusing balik.

So, dlm 5,6 lagu gak aku nyanyi sorang. Mana nak tekan remote pilih lagu lagi, mana nak pegang mic lagi.Sudahnya aku tekan audio..biau dia nyanyi sorang2.
Antara lagu aku-
-Matahari (angel..akak pun sker nyanyi lagu ini di karoke..sgt me release kan tension)
-Gantung- Melly Goeslow (lagu ini juga sng utk di karoke kan)
-Bertakhta di Hati -Faradhiya tu (ini lagu wajib)
-Tak Mungkin kerana sayang (lagu ini juga bes walo ada tinggi dan rendah..tp pedulik..nyanyi je)
-Lagu wajib berduet ngan Dee - Gelora
Dan tah lagu apa lagi tah..byk lagu indon je yg bes.

2 jam lam tu..kali ni aku mkn spegeti,Dee lak makan nasik goreng.Slalu aku yg mkn nasik goreng. Terbalik sudah.

**terjumpa opismet aku kat Sogo nih.Seb bek bukan golongan kak nap.Kalo tak ari ni mesti my dear aku dh kena soal kenapa biarkan aku jalan ngan kawan aku. Hah!


Lepas tu Dee antar pi PWTC-pesta buku lah. Kalo tak nak pi naik tren je.Tp dh on d way, Dee antar je.Dari jauh napak org ramai giler. Sesak. Rasa mcm nak pitam tgk org ramai. Tp oleh kerana ini tpt feberet rasa pitam itu segera ilang.
Booth kraftangan karangkraf aku tgk paling ramai org. Napaknya mereka ini sudah glamer. Wess..cik Zeni si wartawan karangkraf..dpt bonus la kome ek.Aku nak capai buku pun susah. Tujuan asal aku ke pesta buku ni nak beli buku masakan. Aku dh amik buku masak2 kat karangkraf ni. Tup2 tersalah bc promo dia. Dia tulis 7 buku 26inggit. Rupanya buku tu tak leh campo2. Buku yg rak bwah je..buku atas lain rega.
Aku dh beratur2, tup2 masa nak bayau tu baru tau.

"kak..yg ni kena kira satu2 ye kak..sbb dia lain harga"

Aku pun sdikit terkujat dh..cover malu pun ye gak ni.

"eh..bukan dia tulis kat situ 7-26inggit"

"tak..tu buku (apa tah dia sebut publisher tu), ini campo2 ni"
"err..takpe la..takyah lah"

Haha.Aku kan selamba je..Aku tak beli pun. 7 keping buah tu aku tinggal je

"ini je lah satu" aku tunjuk majalah Pa N Ma tu. Puh..seb baik aku ada amik majalah tu. Kalo tak kena la bayau buku resepi tu.Kalo kira satu2 rega dia lebey kuang 5inggit setgh.7 x 5.50 = 38.50. uih..berhampiran RM40..mahal..mahal.

Eh..puanstoberi beli majalah Pa N Ma lah..haha.bukan nak beli sgt ekceli.Aku tgk ada satu tajuk cam bes je..aku amik je tanpa selak..(takde la aku nak selak,letak,selak,letak atau mcm ada setgh org siap bersila trus..haiya..org ramai tu..agak2 la kalo nak bersila pun..apa ko ingat ni kunikoniya ker..adehhh) Tajuk yg menarik perhatian aku adalah "kenapa gagal hamil" Ha.. itu yg menyebabkan aku sambar je majalah tu. Bila bc ada satu page je artikel tu dan takde apa yg best pun pasal tajuk tu. Hua Hua Hua. Seb baik la majalah bulan Feb. Dh turun singgit.

Lps tu pi hall satu lagi. Beli majalah Ujang n Apo. Tetiba napak booth jemariseni. Wahh.. bes ini. Aku kan penah baca novel Surat Ungu Utk Nuha tu. Dan aku juga tak penah miss buku keluaran kak Su- Noor Suraya. Aku ada suma koleksi dia. Kak Su ada.Tp aku tak smpat amik signature atau bergambar ngan dia.Tgh kelam kabut nak pi mana tah. Dan aku beli 2 buah novel kat jemariseni.Satu buku baru kaksu,n satu lagi apa tah. Budak yg jg booth tu kata bes. Memula dia suh beli novel hlovate tu. Aku taknak..mulut aku mcm laju je nak kata buku tu tak bes. Tp..kang tup2 budak tu penulis dia tak memasal je kan. Aku ckp aku dh bc kawan opis punya. Tah..aku penah baca novel hlovte tu..tak buleh masuk arr ngan jiwa aku. Tu jiwa remaja belasan thn buleh lah. Aku kan dh remaja tua. Hua Hua Hua.

Dh abis tu, aku naik balik hall atas. Sbb my dear suh balik kul 4. Pusing2 lagi. Ter masuk booth al-hidayah. Buku2 agama. Apa tah aku nak carik. Tgk ada buku nama2 indah. Ada byk.. dan aku rasa buku satu tu bes. Ada ayat2 yg elok diamalkan masa pregnant. Aku memula cam malas je nak beli. Kang mesti my dear bising2. Tp..apa salahnya nak beli. Nati bila nak kang,susah lak nak carik.Tk mahal. 15inggit dpt 13.50 je. Beli je..simpan..

Buku2 hasil tangkapan ku di Pesta Buku 2009


Tak thn dh aku. Rasa nak pitam. Org dh makin ramai.makin ramai. Trus kuar. Tunggu my dear kat teksi stand dpn tu.

Tetiba kan..bila my dear dh smpai, naik keta je aku mcm tingin nak makan chezzy wedges.Ampang Park le my dear kata. Sekali ujan..baju aku..waaa...trus tak jadi nak beli sbb ujan area ampang park tu.kompem la umah aku pun ujan. Baju dh la byk kat penyidai. Siap ngan towel bagai. Balik je trus. Takyah beli chezzy wedges. Tp..bila smpai kat umah, napak penyidai dh kosong. Napak aku nyer penyidai beroda tu dh kena tolak kat tepi pintu. Huhu. napaknya jiran aku dh tolong angkatkan. Org berbudi kita berbahasa. Aku mmg slalu tolong derang angkat baju masa ujan kalo derang takde kat umah. So, kali ni derang turun.

Dh napak baju dh clear aku pun ckp kat my dear "baju dh slamat..jum lah pi pasar malam jalan TAR"

"eh..kata nak pi psr malam keramat" (mlm sblm tu dh plan nak pi pasar mlm kat jusco au2 tu. Besar gak psr tu.mlm minggu gak.paking la kat jusco tu)

"takyah la..bia penat seharian ni"

Jadi tk turun keta..trus pi jalan TAR.Hua Hua Hua.

Sng banget kalo umah kat tgh bandar ni.
Bygkan kalo umah kat PJ ke Shah Alam ke..maunye nak pi balik KL. Idak laa...

Bak kata Dee"nati kalo Reen pindah umah jauh, mesti rindu nak jalan2 KL camni"

itu la antara sbb aku nak carik umah area KL ni je.

Paking kat Maju Junction..jalan kaki, beli kain buat baju, beli makanan2, lepas tu balik, beli KFC kat Maju Junction.

Mlm tak masak dh. Makan je KFC dan makanan2 yg dibeli kat Jln TAR.

Lepak2 dpn tibi,selak2 buku yg aku beli..dan lps tu tak sedau dh apa berlaku. Aku tertido dpn tibi. Aku bukak mata sket..tgk my dear tgh tgk cekerama.Dan aku bangun..smbg tido kat bilik.

Abis citer ari Sabtu itu.

Pnstoberi:Puas rasanya kalo kita dpt menghabiskan masa bersama org2 tersayang!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign