Pages

29 May 2010

~Kisah Jaja & Din~

Sapa penah baca novel ini??
Me baru start baca smlm n ari ni da separuh buku dibaca. Mungkin malam ni khatam abis kut. Hehe.
Da lama beli, tp baru sempat nak baca. Beli masa kat Pesta Buku bln 4 retu.

Aku mcm org2 lain juga, minat baca novel. Kalo dulu masa bujang, sebuah buku yg range rega bwh 30inggit ku boleh abis baca dlm 2 ari je. Now ni, dgn terleka fesbuking bagai nak baca dlm masa 2 ari tu da sedikit susah la.

Tp nyer kalo buku by Noor Suraya (Kak Su)..kompem buleh bc cpt je. Aku suka. Ini novelis paling aku minat dan suma buku hasil tulisannya aku da beli dan simpan. Eh. Ada satu aku tak beli- Tanah Adriyanna. But then aku da pinjam kat akak opis, dan da baca. Nak beli juga tp buku2 lama ni payah nak carik dah.

Dulu Kak Su jd penulis novel CESB. Macam buku Keranamu Ain, Biru Ungu Cinta, Rindunya Kian Membara, Nyanyian Tanjung Sepi, Tanah Adriyanna suma dari CESB. Then Kak Su join Jemari Seni. Kat situ la start dgn Surat Ungu Utk Nuha kalo tak silap aku. Lps tu dia buat 3-in-1 novel dgn penulis2 lain. Pun aku ada suma. Ada satu lagi buku dgn Jemari Seni. Lupa lak dah. Tp aku beli masa Pesta Buku last year. Citer kat Ladang Teh Cameron. Aiyarkk..lupa tajuk. Dahlia apa ke tah.

Satu yg bes sbb buku2 dia mcm berkesinambungan. Watak2 dlm novel terdahulu biasanya akan ada dlm novelnya. Mcm buku Jaja & Din ni, ada watak dari novel Nyanyian Tanjung Sepi - bapak tebal novel ni, da jadi koleksi aku pun. Ai loike. Tp tak bermakna kalo tak baca buku terdahulu jd tak paham plak nak baca novel Kak Su yg lain ni. Ok je. Tp kalo penah baca novel terdahulu satu bonus la..buleh tau sapa Dr. Aqmar, lps tu tau la asal usul mak dan bapa Jaja ni.

Satu lagi yg aku sker adalah Surat Ungu Utk Nuha. Mmg bes gilak! Masa ni akak opis yg juga hantu novel tolong order trus pada jemariseni. So, aku dpt buku tu by post lah. Ada sign Kak Su n oso terselit kain perca ungu. Suka..suka..udah la aku ni purple fan kan.

Buku Jaja & Din ni kalo tgk cover mmg rasa mcm 'eh..novel org tua ke bebudak ni'. Tp sbb dulu aku da follow blog Kak Su ni, so, aku tau ianya adalah novel 'org tua'. Hehe. Biasa Kak Su akan tulis skit2 dlm blog dia dulu b4 kuar novel dia.

Suka aku baca sbb novel ni kisah dia 'lari' sket la dari tema novel cinta yg biasa2 tu. Eh, tp mmg slalu buku Kak Su novel dia lain la dari novel yg slalu kita baca yg mana heroin sure digambarkan hensem banget..heroin putih melepak2, cantik2, koman2 pun iras2 Maya Karin kan. Kalo novel Kak Su dia akan gambarkan hero 'biasa2' je. Tak caya baca la Surat Ungu Utk Nuha tu.

Dan dalam Jaja & Din ni, watak Jaja-heroin, ok Kak Su gambarkan orgnya cantik..tp dia buat kisah perempuan yg nak mengurat/meminang lelaki iaitu Din-hero. Bes..aku sker. [berapa kali dah aku tulis suka ni].

Oklah nak smbg baca ni. Bes..

**update 30 Mei 2010**
Selesai pun akhirnya. Bersemangat membaca di bawah sinaran lilin. Walo rasa mcm nak sakit mata tapi ku selesaikan juga.
Eh. Ko ingat ini novel ke nak kata bawah sinaran lilin bagai. Oit..betul arr..smlm umah kat kg ni tetiba terputus bekalan letrik sejak kul 7 ptg. Telefon TnB dia kata ada kabel putus. Mungkin sbb ptg tu ujan melebat giler. Aku tnya lama ke nak baiki dia kata lama. Mmg lama. Kul 2.30pg baru ada letrik. Cdgn nak gi shopping kat TF lps Maghrib pun terpaksa dibatalkan. So, dah tak leh me-online, dah tak buleh me-Jangan Lupa Lirik serta me-cekerama, aku pun gigih la baca novel dgn sinaran lilin. Hehe.

Memang bes! 2 thumbs up utk Kak Su utk novel ini. Bukan sekadar novel, tp diselitkan unsur2 dakwah disitu.
Tetiba terpikir tentang "hidup secara zuhud". Cemana kalo my dear kata "sayang, marilah kita hidup secara zuhud". Tiada tv hatta stesen tv berbayar juga, tiada peti ais [pitammmss], tiada juga mesin basuh. Tidur pun atas lembek je [kalo baca novel sure ada perkataan lembek ni. Lembek ni apa?? mcm 'toto' la kut ek].
Zuhud ni boleh diertikan sebagai satu kehidupan yang tidak mementingkan keduniaan, tidak mementingkan material dan mengutamakan/mengejar kehidupan akhirat yang lebih bersifat abadi.

Tp nyer bila masuk bab Din hadiahkan Jaja anting-anting, aku pun tanya my dear
"abg..abg tak penah tingin ke nak beli 'org' anting2". Dlm samar2 cahaya lilin, my dear pun menjawab.
"eh..nak bakpe..awak kan pakai tudung..mana org napak"
Aku mcm nak gelak pun ada. Napaknya bukan 50% buleh jadi mcm Din, 20% pun lum tentu. Din bagi kat Jaja anting2 tu sbb dia nak dia sorang je tgk isteri dia cantik, bukan untuk tontonan org lain.
Tp aku tak salahkan my dear yg berpikiran camtu. Me myself pun sama. Bkn per, sejak kecik kita da dibudayakan mcm tu. Kalo nak gi jalan2, mesti amik baju jalan. Utk apa..utk org tgk. Cantik..cun. [ok, pas ni sila pakai suar katok ngan baju blok Balqis masa thn 1998 kat UiTM dulu tu je pi KLCC].
Ya, kami masih byk kekhilafan yg harus diperbetulkan.
Lepas tu masuk bab 'hutang' solat Jaja. Dibantu oleh suaminya utk kira berapa hari dia tinggal solat. Mangai...2 thn tanpa henti qada setiap kali selepas solat baru buleh cover. So..disini mmg aku tetiba rasa insaf. Rasa mau qada kan setiap solat aku yg mana ditinggalkan secara sengaja dan tidak sengaja [rasa byk yg 'sengaja' :( ]. Juga sekali lagi aku berazam [sbb byk kali da berazam yg satu ini] nak mengerjakan solat sebaik shj masuk waktu. Yg ini mmg asik coiii je. Walo kat opis, aku bukan jenis 'solat pakej' [pepaham sudah yer solat pakej tu apa], tp mmg asik je ter solat ujung waktu esp Asar. Tuhan..Ampunkan lah dosa aku.
Sbb tu aku kata, buku ni bukan sekadar novel yg membawa kita ke alam percintaan yg indah2, yg asyik masyuk, tp membuat kita tersedar kekhilafan kita. Moga ada 'markah' utk Kak Su di situ nati.
Ending cerita ini pun bes. Kesimpulannya, ini lah novel paling aku suka selain Surat Ungu Untuk Nuha.

kalo nak tau lanjut leh masuk blog Kak Su - http://noorsuraya.blogdrive.com/

Ni plak web Jemari Seni - http://www.jemariseni.com

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign