Pages

10 July 2014

Persediaan Hari Raya

Kejap je dah 12 Ramadhan.
Mmg cepat je masa berlalu.
Ahad ni dah separuh Ramadhan.
Apa pun, moga amal ibadat kita semasa bulan Ramadhan ni akan berterusan istiqamahnya sehingga bulan2 yang lain [dari segi amalan sunat yg dibuat masa bulan puasa ni lah - rajin baca Al Quran, solat sunat, etc].
InsyaAllah. 

Tu citer puasa.
Citer raya pulak.
Ha.. terpikir nak buat citer raya sbb tadi drop komen kt blog Su.
Dia kata dia macam rasa hambar nak raya ni.

Hurm.
Aku lak cemna?
Entah ek. Cam takde perasaan je nih.
Takde rasa excited, takde rasa gundah gulana ke apa.
Rasa biasa2. Huhu.


Persediaan pun.
Baju raya utk hari raya pertama mmg dari bulan 4 dah siap. Haha. Mmg la agak melampau. Tapi, malas nak tempah lambat2, nati takde orang nak terima lah apa lah.

Jadi, mmg baju raya kami bulan 4 dah siap.
Sungguh pun begitu, tak pernah try pun. Sejak amik dari tailor, baik aku, baik myDH, tak pernah try. Nasib la kalau ter ketat ke ter longgar ke.
Ada je elok terletak dalam almari. Nasib lah.
Tema kami tahun ni - purple black. Entah. Ye ke warna tu. Gitu lah kot lebih kurang.  Tak ingat dah. Haha. Sbb simpan pun dalam almari bilik tetamu. Jarang2 bukak lemari tu.

Pastu ada la baju kurung siap [nak buat baju ofis sebenarnya], beli masa HKK. Ha, lagi la. Dari bulan 3 dah simpan tak pakai. Biar situ.

Itu je lah.
Baju kasual, seluar ke, ingat nak beli jugak.
Pastu rasa, ah takyah lah. Sbb nak simpan utk travel bulan 10 nanti.
Hurm. Tu pun tak ready apa lagi tu. Apa pun tak booking. Visa pun tak buat lagi. Tapi tu semua orang kata sekejap je. Tp nak booking penginapan, nak ada visa plak. Risau jugak tu sbb macam tetiba je nak pergi situ (takde la tetiba, sbb tiket mmg beli awal tahun dulu). Mmg kena plan bebetul nih. Nak sewa kereta ke cemna ke.
Tu pun antara sebab macam takpe kot tak prepare utk raya sgt.
Bantuan khas yg dpt tu - kalau buleh nak simpan utk travel tu lah. Tapi, rasa cam tak dapek je nak simpan. Huhu.

Raya pertama mungkin dgn family mertua dulu. Tak tahu plan mereka ni cemana. Samada beraya di sini (lagi aku suka) atau balik Pahang. Aku rasa mmg balik Pahang lah tu. Then raya ke3 kot baru balik Perak. Tapi, kalau takde sapa kat rumah ngan mak aku masa raya pertama - maybe kite akan tukar plan tu lah. Kami flexible. Takde la rigid cam ah, takde takde.. ikut turn, turn tetap turn.  Alhamdullilah dapat keluarga mertua (dan suami) yang flexible :)

Cuti raya!
Hihi. Ai apply 5 hari! Muahaha.
Cuti byk lagi. Tapi tgk lah cemna. If boss bagi - sokay lah.
Saja amik before raya tu lama sket.
Nak buat kuih raya. Hahahahha. Rajin lah sangat.

So, begitu lah cerita utk hari raya.
Oh lupa. Kali ke-6 beraya as TTC'ian. As childless.
Ah. Malas ah nak pikir pasal tu. Mmg la orang akan tanya 'eh, kamu bile lagi? bile lagi? Anak mana?'. Lantak lah. Orang ada mulut, derang berhak tanya. If orang tu belah sedara aku n aku dah biasa, aku jawab je anak saya masih dengan Allah. Dia belum bagi lagi.
Kalau tak biasa tu - takpe lah. Senyum lah. Sambil terus makan lemang cicah rendang. Dan air sirap. Hahaha. Apa ada hal!


4 juta komen

Heheheh...rasanyer entri2 kita semua TTCian ni berkisar isu 'anak' start baca entri Sue kan? Hahaha...takpe la KekDa...kita harungkan jer la...senyum sampai pipi kembang setaman.....semata2 nak jaga hati org, hati kita berdarah takpe.... :)

Baru je terfikir tadi masa jalan nak g kerja, terfikir... tahun ni sempat ke tak nak beli beg raya? sempat ke nak shopping macam masa kat KL. Sama laaa... rasa biasa. Maybe sini susah nak nampak benda yang up to date.. so rasa belum excited.. huhu..

Duit raya tak tukar lagii~~

cool kekda...dorang jeles agaknye kite enjoy berdua...hahah....jangan biarkan kedengkian mereka menjejaskan mood raya kite...skang ni ngah blaja be relax aje mcm kekda..ihihi

mmm, sama kot...rasa raya ni x le se excited dulu2...tapi excited sket sbb tahun ni raya umah mak i, setelah 3 years raya umah MIL coz hubby kena keje masa raya. persiapan, xde buat apa pun, baju x beli lagi, kuih raya ada la order. hahaha...bunyi mcm boring pulak nak raya kan... :-P

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign