Pages

12 September 2009

~..akhirnya mission accomplished 2~

Ada byk citer dlm citer ini. Mungkin panjang citer nyer,mungkin juga pendek. Tgk pada mood si penulis. Huhu.

Alah..citer pasal persiapan raya. Sama la mcm org lain kan. Hari ni mmg all out lah. Duduk di sekitar Jalan TAR lebey kuang 5 jam. Danggg!!! aku pun tatau cemna aku leh tahan selama itu. Elok dari tak ujan,pastu ujan smpai ujan benti pun aku still di situ. Hoho.

Ekceli ini adalah percubaan keempat aku utk bersiaran di sekitar jalan TAR tu.
Kali pertama-malam..tak lepas bila tgk paking keta takde. Lagipun masa tu mood nak membeli blum dtg sepenuhnya.
Kali ke2 - mood aku dah mari..cumanya..nak paking jadi masalah. Pakat giler nak pi area situ malam minggu eh..bukan malam Isnin. Tgk mcm takde paking je. Balik umah trus.
Percubaan ke3- try ari Selasa ke Rabu malam tah- tak la sesak sgt. My dear da dpt paking dpn2 kedai yg seberang SOGO tu. Sekali aku turun keta tgk keta kat dpn sudah ada kertas putih- kertas saman hooo...takmo lah aku. Tak memasal ajek kan. Lps tu my dear bwk pi Down Town Danau Kota - pun penuh sesak. Tak yah balik sajerk...

So..pada 12/09/2009 [hari ni la] aku tlh set kan minda aku utk turut serta memenuhkan kawasan jalan TAR. [okeh..aku mmg kena set minda kalo nak pi tpt2 sesak camtu..kalo tak nati aku merungut2 sakit kaki la pening kepala la rimas la..tp kalo aku da set minda aku utk bersesak2 tu..tak jadi masalah, Aku ok je walo 4,5 jam stuck dlm org ramai. Haha. Mengada je kan] My dear kata "tah pehapa tah awak ni..itu pun nak set2 minda" Kena la cik abg oii..kang sy bising2 lagi awak sakitttt telinga. Haha.

Kami kuar dari kul 9 lagi sbb nak pi Celcom Jalan Ampang. Incik Sani buat hal. Eh..bukan! Incik Sani tak salah, yg salah SIM kad Celcom. Lepas aku balik dari makan2 kat SS hari tu dia trus tulis 'no network coverage', kadang2 ada 'no access to network'. Smpai la ke pagi. [agaknya tipon tu pun pening bila aku amik gmbr banyak2. Kenyang gak gamaknya dia] Aku dah on off Incik Sani pun tak buleh. Lalu aku call la Celcom Centre menggunakan tipon adik clerk aku tu. Katanya try masuk sim ke hp lain, kalo tak buleh gak maknanya SIM itu rosak. Haiya..suda tuka pun tak buleh gak makanya mmg SIM rosak la tu.
Pegi la pepagi kat Celcom Centre dan hanya beberapa minit aje urusan tersebut siap. Dpt SIM baru. Tp..ada 2 ketidakpuasan hati disini. 1-Kena bayar okeh utk SIM kad baru tu. RM5 yg dia akan masuk dlm bil bulan dpn. No. Aku bkn bising pasal 5inggit tu. Cumanya pasal SIM kad tu rosak bkn aku nyer fault. Reti?? aku tak penah kuarkan pun mendalah tu. Elok la dia duk dlm incik Sani tu sejak aku beli bulan 1 thn 2008 dulu. Aku rasa mmg SIM kad ni jangka hayat dia dlm 2-3 thn je kut. Danggg..!!
No. 2 tak puas ati sbb paking setgh jam pun kena 3inggit. Hemm..malas nak komen sbb servis dia adalah cepat. Akur je lah.

Kami trus bergegas ke Maju Junction - paking shj. Lepas tu kami pi SOGO. Beli dan belah di situ sekejap. Carikkan baju my dear, carik baju keja aku. Aku nak carik baju putih. Mcm bes ajek pakai kemeja/blouse putih. So, dpt kat VOIR. Rega pun okeh [baju putih kebanyakan reganya adalah mahal dari baju kaler2. Apahal ah? ]

Lepas abis di SOGO kami bergegas ke MARA lak. Amik baju. Siap sudah..Yey!! sudah ada baju raya. Baju my dear tempah kat Nusy n aku lak dlm Pasar Rakyat tu. Tp..sedey sbb salah satu baju tu tang ketiak dia mcm ketat. AKu tatau la kut dia ukur kecik ato pun aku tergemuk ttiba. Tp..baju satu lagi tu elok je. Mujur aku anta kat 2 tailor berlainan. Emm..napaknya aku kena antar balik kat tailor aku biasa buat kat KK tu. Sedap dan puas ati. Aku tanak anta retu sbb aku rasa mahal sgt dia amik. Da dkt rate KL dia amik upahnya .

Lps amik baju barulah pi Jln TAR. Tujuan aku berpusing2 ke MARA dulu adalah sbb nak carik tudung utk match ngan baju aku baru amik tuh. Phuh! Mmg la ramai umat kat jalan TAR tu. Nak tgk tudung pun takde selera. Tudung adalah banyak dan berlonggok dan bila berlonggok gitu tetiba aku rasa mcm ''eishh..takyah la beli tudung baru".

Dh rasa mls beli tudung aku pi beli brooch kat CK Rahim tu. Situ kan banyakkkk sangattt brooch. Mmg bikin rambang mata lah. Saja nak beli utk kak ipar aku. Dan beli gak utk mak n diriku sendiri.

And then my dear nak beli minyak rambut dia kat Mydin. Beli yg sekali 3 tu..dpt la murah sket kan. Aku tk larat dh nak berlaga montot dlm Mydin tu. Aku tunggu luar je. My dear kuar je aku da dpt energy utk ke Ariani which aku tak plan pun mao ke situ.

Eh..da bukak 2 kedai Ariani lah. Tatau pun. Masuk situ bila da kena layan ngan SA dia mmg mcm kita da terpaksa beli la kan. Hoho. Bagus kan strategy derang. Beli la 2 pasang tudung di situ. Cehh.. berapa kali da aku masuk situ tp tak penah terbeli tup2 kali ni aku terbeli smpai 2. Danggg!!! Seb bek tk smpai kena swipe. Hoh! My dear tunggu di luar ajek. Mmg elok pun..kang pengsan lak dia dlm tu menunggu aku carik tudung.

Dah! Abis dah. Settled! Tp on d way balik tu ada satu lagi menda aku beli di Pertama. Haha. Ini lama dah mao beli, tp da nak raya ni kan..mao mengambil momen2 kali pertama beraya bersama suami kena la beli gak [ceh!! poyosss]. Tkde la smpai DSLR eh... DLSR ke tu.. Biasa2 aje. Nak jd blogger tegar katanya. Kamera enpon tu asik golappp ajek kalo tgkp gmbr tak cukup chya. Lgpun family aku nak wat bbq mlm raya ke2..tu yg kena ada tu. Ahaks.. Namanya adalah cik biru.
.

Dan dlm kul 3.30pm kami pun masuk dlm keta utk bertolak pulang ke rumah... Gitu lah. Mmg aku rasa ini kali pertama aku all out soping dari pagi hingga petang. Dan ini hasilnya...

Tak la byk sgt. Tkde smpai pun dpt paper bag mcm org lain kat Sogo tu.
Tahap plastik aje. Haha. Beli apa yg patut aje.
Plastik ijo tu adalah plastik baju tempah kat MARA tu.
Ijo plastik sama mcm ijo tema aku thn ni. Huhu.
Beg knapsack tu adalah beg yg kami bawa. Mudah sket, beli dan sumbat je dlm tu.


Owh..ini ada lagi cerita yg berkenaan dgn citer tu. Pjg sgt kalo citer kat atas tu.

~Citer pasal SOGO~
  • Org adalah ramai. Kat ruang legar bwh tu ada jualan baju2 utk jenama Diesel, BUM dan entah apa lagi tah. Ramai nyer org kat bawah tu. Aku tak target pun beli2 kat situ sbb tau dah kompem ramai. Tp selalunya kalo karoke kat sana [ms bukan bln puasa lah] sblm nak karoke/slps karoke aku pi gak join2 kalo ada jualan kat bwh tu. Sng sket. Tp..nak raya ni jgn buat hal lah..buat berlanggar montot ngan org ajek.

suasana kat ruang legar tu. Errk..nak pengsan nengoknya!
  • Aku smpai agak awal. Dan memulanya org tak ramai. Tp lps tu makin ramai..makin ramai..makin ramai dan..sesak dlm tu. Nak jalan pun tak buleh. Mcm sesak kat Jln TAR tu gak.
  • Satu aku puas ati pasal SOGO ini adalah dia bukak kaunter cashier yg byk. Tak mcm JJ yg mmg ada je kaunter dia ttp. Aku pi ari Jumaat waktu lunch hari tu which mmg org ramai lah. Kan pompuan2 suma kuar nak bersoping..leh dia bukak 1,2 kaunter ajek. Byk kaunter yg TUTUP. Boleh?? aku tgk org beratur pjg camtu trus takde napsu aku nak membeli. Tk kuasa la takat sepasang kasut aku nak beratur smpai setgh jam. Kuasa.. tp di SOGO paling lama pun tak smpai 10minit. Ok la camtu. Mmg aku suka beli barang kat JUSCO tp aku slalu perati kaunter bayaran dia slalu sgt tutup. Kena la usung barang2 kita jauh ke kaunter lain yg bukak.
~citer pasal PARKING~
  • Kami parking di Maju Junction. Ya..kami mmg suka paking disitu. Sbb ianya convenient. Paking adalah murah (tk ingat la berapa inggit-RM3 sekali masuk ke apa ke tah..tp murah la dari sekitar2 tu) dan buleh menggunakan T n G. Yess..ai loike. Kan mudah tu. Slalu kalo pi karoke kat SOGO tu pun aku n Dee mmg paking sini, sbb kan paking sogo mahal sket [tapi kalo karoke dpt cop,tak la mahal sgt]
  • Mlm yg aku kata pi Jalan TAR sesak tu pun ada citer pasal paking-Lps tgk keta yg kena saman tu, aku suh my dear carik paking bebtul. Try paking kat depan Campbell tu (ni dulu aku slalu paking gak sbb dia per hour kalo siang) Aku bajet dlm RM5-7 la kut utk sekali masuk malam2 nih. Tp rupanya RM10 ko..SEPULUH HINGGIT SEKALI MASUK OKEH!. Paking sebelah dia RM7. Waa...tak kuasa aku..aku nak pi tu pun tak tentu nak membeli belah lagi dan entah2 dlm setgh jam je nak pi. So, aku suh my dear pusing balik. Ada aku kesah kat org yg jaga dpn tu???. Mmg aku kedekut duit utk paking mencekik darah camtu. Aku mmg tak kesah utk bayar paking kat KLCC, Times Square dll shopping complex which aku tau tpt tu berbumbung,bersimen suma..tp kalo takat tpt camtu sekali masuk 10inggit aku mmg anggap cekik darah dan amik kesempatan. Kaya la ko raya nih.

Dahhh...penat la tulis panjang2. Nak join my dear tgk tv tu..mcm syiok ajek. Suka la Fauziah Ghous ni belakon..

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign