Pages

8 March 2016

Sediakan Payung Sebelum Rumah

Prog baru kat Astro.
Macam best jugak lah.
Cuma waktu tu, 7.30ptg plak. Hari Isnin.
Tapi, dah Astro katanya kan. Dah tentu tentu ada ulangan.
Tapi, tak tahu la bila dan pukul brpa plak ulangannya.

Pengisian yg bagus.
Dia macam bagi tips2 kewangan.
Nak beli rumah cemana.
Nak berjimat cemana.

Eh. Bagus lah utk orang2 yg masih berkira kira nak beli rumah.
Harga rumah skrg ni mmg buat orang mengeluh.
Ada satu rumah area rumah ai skrg.
Apartment lah (situ mmg mostly apartment je naik nya).
Tetiap mggu tgk ada banner dia promo. Kira macam minggu ni dia promo kat tmpt lain, minggu depan plak tempat lain.
Ate nye.. dah berapa lama dah tu.
Tak penuh2 lagi ke.
Harga dalam 300k je (errr... jangan marah la saya letak "je" sbb rata2 harga apmt pun dah lebih 300k skrg ni kalau area KL nih).
Kalau dulu, sekejapan je penuh. Berebut2 orang beli.
Sekarang..ha.. merangkak rangkak juga developer buat promosi yer.

Berhampiran dgn rumah juga, ada satu kondo baru siap.
Kami pernah pergi lah masa developer buka jualan dulu.
3 tahun lepas. Masa tu kami baru nak renovate rumah yg kami duduk skrg.
Saja tgk2.
Memang developer pandang kami atas bawah lah sbb harga rumah tu starting 500k.
3 tahun lps dah 500k.
Sekarang?
Haha.

Dan skrg ni bila lalu mmg nampak lah bersepah banner "utk dijual". 
Sapa nak beli wey kalau lebih setgh juta. Giler!
Dah la tempat pun tak berapa nak eksklusif utk berada dalam kondo berharga 500k.
Lain lah tempat elit2 macam damansara height bagai tu kan.

Macam dalam prog tu cakap, beli lah ikut keperluan, bukan kehendak.
Beli lah ikut kemampuan. 
Kalau ikut kehendak, kami pun nak rumah teres (Semi-D.. haha), taknak yg pre-owned, nak yang baru, taknak yg jauh dari KL, nak yg dekat2 je.
Itu kehendak. Mana nak dpt kat KL ni kalau gitu, dgn harga2 ketika itu dalam 200k (tahun 2008-2009). Tak dapek cheq.. kalau ada pun, rumah pre-owned / rumah second-hand lah kan.
Jadi, ikut keperluan dan kemampuan kami.
Dapat lah rumah yg diduduki sekarang. Walau tak besar mana, walau ada orang kata "tak serupa tahap namanya", takpe lah. Itu je yg kita mampu. Rumah baru - dekat dengan ofis (dan KL) - dan mampu bayar. Pejam mata lah memana yg merungsingkan tu kan.

Eh. Dah melalut apa menda entah.
Nak cakap suh tgk program tu je.
Melalut lalut.

5 juta komen

Alahai...aritu dah tulis siap2 tarikh dan waktu siaran ni sebab nak tgk sgt..last2 terlupa juga...takpe la nnt nak try download atau tggu ulangan...tq kekda for the tips..

kawasan tak berapa nak elit tu i like hahaha.

harga bayu tu dah 6 7 ratus ribu.
kalau orang bebetul kaya motiplah nak beli kat kawasan tak berapa elit tu kan?

alhamdulillah kondo kita ni serba sederhana.
yang penting dekat dengan office kan..

batik pink :
Ada tu ulangan..jgn risau.. tapi tak tahu la bila kan. hihi


MYA :
Kan.. dlm plan mmg kononnya nak jadikan kawasan tu kawasan elit.. tapi entah bila la nak jadi kenyataannya.. huhu.

Tu lah.. Alhamdulillah seadanya skrg ni.. yg penting dkt ngan ofis n dkt ngan area segi tiga emas.. senang aiols nak merambu ramba.. hihi :D

Umah skrg mahai..kondo je pun tp tgh bandar kan..mmg dekat 1/ 2 juta la. Baik balik kampung 1/2 juta dapat banglow

Terima kasih sudi tengok cerita ni :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign