Pages

7 January 2016

Rekod Cuti dan GCR

Jot down untuk dijadikan rujukan bebila nanti.
Ini rekod cuti saya bagi tahun berakhir 2015.


Owh. Memang pecah rekod selepas 11 tahun berkhidmat.
Rekod paling terbanyak cuti. Dan rekod baki cuti paling sket. Sadis (T____T).
Saya tak pernah ambik cuti sampai 25 hari untuk setahun.
Tahun 2015 cuti sampai 25 hari sbb 10 hari dah diperuntukkan untuk umrah.

Dan biasanya baki cuti saya banyak.
Tahun lepas jadi sket sbb ada pelarasan yg unit cuti buat.
Kalau ikut pekeliling, dah dapat cuti 35 hari untuk setahun.
Tapi, entah cemna, unit cuti kata, dia dah tanya JPA, JPA kata, cuti saya jadi 25 hari. Sbb saya ada lantikan baru pada tahun 2010. Oleh kerana lantikan kedua saya tu selepas Januari 2009, maka dia ikut pekeliling lain. 
Mulanya saya macam rengsa juga.
Cemna pula lantikan pertama saya ke perkhidmatan awam Februari 2004 tu tak dikira, sedangkan pencen saya dikira dari tarikh lantikan pertama saya. Pelik nih.
Tapi, malas lah nak bebising. Walau, ramai juga senasib dengan saya, yg dilantik sebelum 1 Januari 2009, yg cutinya dipendekkan ke 25 hari setahun.

Jadi, cuti saya last year adalah 25 hari sahaja. Bukan 35 hari.
Mujur juga saya bawa (carry forward) 12 hari cuti dari tahun 2014.
Kira dapat lah 37 hari utk tahun 2015.
Bila saya dah ambil 25hari, baki cuti tahun 2015 tinggal 12 hari saja.
Saya decide untuk masukkan semua ke dalam GCR.
Lagipun tahun lepas dah keluar satu pekeliling baru berkaitan cuti.
Antara lain yg terkandung dalam pekeliling ini adalah :
"bagi pegawai sedang berkhidmat yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya berkurangan, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama"

Makanya, untuk tahun 2016, saya dapat semula cuti 35hari.
Alhamdulillah.
Err.. ini untuk lantikan sebelum Januari 2009 saja tau.
Kalau selepas tahun 2009, cuti adalah maintain sehingga anda pencen.
Boleh baca pekeliling yg di link kan.
If tak faham, tanya je lah yg handle cuti / HR jabatan anda okey.

Jadi, tiada cuti di carry forward untuk tahun 2016 ni.
Baki 12 hari dah bawa ke GCR.
Lagipun, manalah tahu kalau dapat HLP. Bila HLP, dapat CBBP. Bagi CBBP melebihi 12 bulan, baki cuti rehat akan luput. (saja pakai akronim saja, sapa tahu, tahu lah apa ke mendakah singkatan nama ini. Hehe). Jadi, tak payah lah nak banyak2 cuti. Nanti tak habis, dia luputkan je. Dah la tak boleh bawa GCR juga.
Cea. Macam dapat lah. Konfiden itu perlu ya anak-anak (hai..bila lah nak keluar result ni.. tak sabar tau nak tunggu dah ni).

Untuk rekod, sehingga tahun 2015 GCR yang telah dikumpul adalah 79 hari. Ditambah 12 hari baki cuti tahun 2015, total GCR ada 91 hari. Ada 59 hari lagi sebelum cukup 150 hari. Sempat tu dalam 6 tahun lagi kumpul. InsyaAllah. Huhu.

So, itu lah cerita rekod cuti dan GCR saya.
Mungkin agak "apa-ke-benda-ni" pada yg bukan penjawat awam.
Tapi, rasanya yg penjawat awam pun pening juga ni. Kan??
Hehe.

Tapi, perlu diingatkan, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab anda sendiri untuk merekodkan segala baki cuti, cuti yang dikumpul, cuti untuk GCR. Jangan berharap pada sistem walau kita skrg guna HRMIS. Sekali sistem down, abis cuti kita yg berpuluh2/beratus hari yg kita dah kumpul tu. Duit tu chekkkk.. GCR tu adalah duit yg kita kumpul selain dari duit gratuiti kita. Elok kita rekod sedari awal kita kerja ni. Kalau kita dah kerja berpuluh tahun kang, lagi susah nak rekod dan nak trace.
Nak nak pulak kalau awak kerja berbeza2 jabatan atau kementerian.
Dan orang yg uruskan cuti pun bukan orang yg sama sepanjang masa.

Jadi, simpan rekod anda bebaik okeyh :)

3 juta komen

banyak tu cuti setahun 35 hari... :-)

cuti GCR tu mmg kena rekod sendiri. Bukan boleh percaya sgt ngan sistem ni..

ST :
banyak...dan kami akan kumpul utk gantian sebagai duit tunai masa pencen nanti. ikut gaji ketika pencen tu :)

CPT :
Betul. Takde sistem pun, kena rekod gak sendiri.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign