Pages

12 January 2016

Banyak Kos Kawen Zaman Sekarang Ni

Tetiba!
Haha.
Saja la kan.
Dok tgk trend kawen zaman skrg ni.

Tu ari dok kecoh kat laman sosial pasal orang kawen simple je tu.
Alah, bertandang belah lelaki mmg la simple kan. 
Setgh orang buat kenduri doa selamat ja.
Ce tgk masa majlis belah perempuan. Outdoor photoshoot dia boleh tahannn.. Haha. 
Tapi, bkn salah dia pun. Orang yg pi viral kan. Dah jadi satu hal pulak dikatakan "bangga".
Kesian. Kesian. Kesian.
Zaman viral meng-viral ni. Ko hadam je lah dikkkk...

Last weekend pergi wedding.
Anak kepada sepupu.
Mak tak dpt datang, so, mmg lah kena mewakili mak.
Berpuluh kali mak pesan jangan tak datang plak.
Ye lah..ye lah.. ye lah..

Dalam kul 12.00 dah sampai dewan. Orang pun tak ramai lagi. 
Jumpa semua sedara mara, salam2 peluk cium.. gi makan.
Seleso.. dewan besar, jadi takde la nak kena bangun2 bagi laluan orang lain nak makan.
Dari awal duduk, smpai ke sudah duduk kat meja tu. 
Abis kepek ubi setgh balang. Haha.
Sesambil tu sembang2 la ngan sedara mara yg ada.
Lama gak la lepak sana. Dalam kul 3pm baru gerak balik.
Abis... takkan nak datang makan je kan. Teruk sgt pangai tu namanya.


Pengantin pun sampai awal.
Dalam kul 1pm.
Senang. Takyah tertunggu-tunggu.
Ha.. part ni dikatakan byk kos nih.
Dah jadi trend pengantin dengan dayang2 dia kan.
Kali ni siap ada bodyguard sekali.
Amboi aih.



Selalu aku duk cakap ngan myDH, mujo kita kawen tahun 2008, takde lagi trend2 dayang ni. Kut tak sapa la saya nak panggil sbb semua kengkawan dah mengelek anak masa tu. Takde ke dilayan nak suruh jadi dayang apa bagai nih. Haha.
Kompom baju dayang2 kena sponsor. Humang aih.
Ada takde, masa kita dulu ada flower girl je. Jadi lah kan. Muehehe.

Tu tak masuk lagi kena ada photobooth (masa kenduri tu ari, depa buat photobooth kat dalam, jadi macam orang tak nampak, so, takde orang nak bergambar sgt. Cam rugi plak buat mendalah tu. Patut letak luar).
Pastu skrg ni trend bagi doorgift dalam botol lak. Huhu.

Takpe lah kan, nak wat cemna. Kena ikut peredaran masa lah.
Dulu pun kita nya majlis kira ikut trend gak tu.
Beria ber out door photo shoot tu kan... rela berabis2 situ kheenn... Haha.
Lepas tu kemana album kemain tebal dan berat tu?
Tersimpan terus... setahun sekali je buka. Tu pun nak buang habuk2. (T____T).

Kepada adik2 nak kawen tu, simpan lah duit.
Kalau majlis simple pun, berhabis gak.
Nak simple cemna kan. Makanan pun semua naik harga sekarang ni.
Bukan kata makanan, aku duk carik2 hadiah utk orang kawen ni pun, nampak nau beza masa aku beli hadiah2 kawan2 aku dulu dgn skrg ni. Memang jauh sgt beza harga dia tu.

Ni anak buah aku duk gedik juga nak kawen ni. Dia lelaki.
Dia cakap kat kiterang, takpe, kami nak buat simple2 je.
Ye lah tu.. dah masuk mak pak sedara apa semua kang, mau nak buat simple.
Dah la orang tu anak dia sorang je perempuan.
Jejaga je lah ..... huhuhu.

4 juta komen

huhuhu... susah jugak kalo nk ikut trend... tu la... siap duit ja la kan nk kawin...

mujur la zaman kita simple jak weddingnya... x dak dayang2, x dak photobooh... heheheh...

Saya pun kawen lg simple wak..hahah
Kawen zaman 1998..bayangkan la..hahahaha

Segalanya mahal. X tau nk berjimat kt mn lg. kesian org zmn skrg yg nk kawin ni

Sweet Tooth :
Terpaksa ikut trend depa skrg ni. Tmbh lagi zaman2 media sosial ni kan.. Huhu


Chekgu Azrine :
Okay..okay..buleh bayangkan. Hihihi.

Ibu Lala :
Memang pun.. kita yg tak buat majlis kawen pun terasa bahang kenaikan harga barang ni kan.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign